ADS 468x60

.

Thursday, December 23, 2010

Satu Medan Transformasi Diri

Assalamualaikum..
Segala syukur dan puji bagi Allah kerana masih memberi peluang pada kita hidup serta merasai dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman..
Selawat juga buat junjungan Rasulullah S.A.W kerana dengan berkat usaha baginda yang begitu kental dalam menyampaikan Islam di muka bumi ini , memberikan kita peluang yang amat berharga  untuk sama-sama hidup di bawah naungan Islam yang syumul...
Musim sejuk di Mesir sudah  tiba....
Nikmat yang paling besar dalam musim sejuk ini sudah tentu makan dan tidur...
Perkara ini sudah menjadi suatu norma kehidupan masyarakat yang bermastautin di dalam negara empat musim..Tatkala tibanya musim sejuk secara automatiknya malam akan menjadi panjang...Perut juga akan semakin kuat mengadu kelaparan menagih makanan daripada tuannya....Walaupun mesir terletak di benua Afrika namun tempias musim sejuk masih dirasai.....tapi tidaklah mencecah suhu di bawah tahap beku....
Namun perubahan cuaca di sini turut merubah manusia itu..tidak kiralah daripada positif kepada negatif atau sebaliknya...

Sehubungan dengan itu,Persatuan Perubatan Cawangan Iskandariah bertungkus lumus menganjurkan B.O.O.M(Blooming Out Of Mediocrity)...Satu program yang amat bermanfaat buat ahli perubatan yang kelihatan tidak bermaya pada musim sejuk ini untuk terus bergerak aktif menggapai ilmu sebanyak mungkin...
Barisan pejuang kumpulan The Breakers bagi BOOM ke-2

Alhamdulillah setelah selama dua minggu ana mengikuti program BOOM , pelbagai manfaat yang mampu ana cungkilkan melalui aktiviti LDK dan pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan..Sedih dan terdiam seribu bahasa apabila BOOM2 telah melabuhkan tirainya.

Monday, November 22, 2010

Secoret tinta Mengukir Warkah Muhasabah Diri

Suatu hari,hati ini terasa sayu lalu fikiran pun memberi arah tuju kepada jasad untuk berjalan sambil menghirup udara di luar..Berjalan-jalan di persisiran laut Mediterrinean pada waktu pagi pasti mampu merawat fikiran yang sedikit serabut... 
Keindahan suasana matahari terbenam pasti dapat merawat pemikiran yang kusut
Mungkin akibat kelelahan mempelajari ilmu perubatan di sini yang semakin hari semakin mencabar..Setiap hari pasti akan dihidangkan dengan intipati ilmu yang sukar untuk dihadam dan diproses supaya menjadi pati-pati yang akan melekat di dalam fikiran..Bukan mudah untuk menjadi seorang doktor.. Setiap kalimah yang keluar daripada mulut profesor perlu dihafal sebanyak mungkin...Bukanku mengeluh tapi inilah kenyataan yang kami telah lalui..Sistem module yang diamalkan oleh universiti yang benar-benar menguji kami sebagai bakal doktor yang perlu mengeluarkan ilmu yang dipelajari semaksima mungkin apabila diperlukan....

Thursday, November 18, 2010

Cinta Si Budak Agama

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.


Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.
Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Saturday, October 23, 2010

Lahirnya Cinta Pandang Kedua

Sewaktu langkah pertama di bumi anbiya ini,pelbagai luahan hati yang digambarkan oleh sahabat-sahabat yang lain.Ada yang terkejut,gembira,kecewa dan takjub masing-masing dapat dilakarkan melalui tafsiran mata…Namun apa yang pasti itu adalah kisah pandang pertama kami..Kalau orang-orang tua berkata  pandang pertama melahirkan rasa cinta yang amat berkuasa namun cinta kami pada bumi mesir bermula dengan cinta pandang kedua ….

Masjid ini menjadi saksi kepahlawanan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan bala tenteranya mempertahankan Islam


Memang hakikat mesir tidak sama dengan Malaysia..Banyak perbezaan yang dapat dilihat melalui lahiriahnya…Dengan keadaan mesir yang sibuk dan bising..Bayangkan bandaraya Kaherah saja mempunyai 29 juta penduduk!!..

Bandar Kaherah yang sesak dan padat dengan penduduk seramai 29 juta orang

Monday, October 4, 2010

Tercapainya Impian Di Bumi Anbiya`


Alhamdulillah...Penantian yang sudah lama ditunggu akhirnya datang menjemput tuannya untuk bersama menyelusuri lembaran yang baru....Antara mimpi dan realiti ana sudah berada di mesir yang terkenal dengan jolokan ardul kinanah...Mungkin segelintir  manusia merasakan bahawa perkara ini hanya perkara yang biasa...Tetapi bagi ana,peluang ini merupakan peluang yang paling bermakna bagi seorang insan yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak seberapa senang hidupnya.Membesar dalam keadaan yang agak susah sejak kecil hingga dewasa.Pengalaman yang lalu menjadi satu motivasi untuk terus melangkah  menggapai impian yang dicitakan agar hidup ini sentiasa dalam redha ilahi..


Bergambar bersama keluarga sebelum bertolak ke Mesir


Menyelami Jiwa Amru Al-Asr


Sudah tiba masa untuk ana mengislahkan diri.Mentajdid kembali niat yang baru di sini..Kini peluang yang besar berada di depan mata hanya menunggu sang penakluk yang berjiwa kental untuk menakluki ilmu yang tersimpan di bumi anbiya` ini.Mungkin inilah satu keistimewaan mesir yang dikatakan Amru al-asr sewaktu beliau menyatakan cita-citanya kepada Khalifah Saidina Umar Al-Khattab untuk menakluki Mesir.Siapa gerangan insan yang bernama Amru Al-Asr ini.??


Sunday, September 5, 2010

Aqidah Bola Besi

Bismillahirrahmanirrahim...


Pertemuan usrah kami kali ini di dalam sebuah bilik di Masjid Negeri Shah Alam

Alhamdulillah Allah telah meluangkan masa hambanya ini untuk menukilkan sebuah ilmu yang baru diperolehi daripada kembaranya di Shah Alam baru-baru ini.Memang cantik aturan Allah.Memang benarlah atas dasar ukhuwah dan tarbiyah mampu untuk mempertemukan dan menjalinkan persahabatan hambanya walaupun liqa`nya jauh beribu batu.Persahabatan inilah yang dibina atas landasan aqidah dan fikrah yang sama walaupun sebelum ini kami tak pernah kenal antara satu sama lain.Ana masih ingat lagi kisah yang diceritakan oleh naqib ana semasa ditarbiyah di sekolah izzuddin shah dahulu iaitu berkenaan kisah persahabatan yang terbina atas dasar tarbiyah.
           Ceritanya berkenaan Imam Hassan AI-Banna yang pernah mengatur sebuah pertemuan dengan ahli ikhwanul muslimin secara mengejut.Pada pagi itu beliau membuat pengumuman untuk bertemu dengan para pengikutnya dari pelosok tanah Arab .Jadi dipendekkan cerita seluruh ahli pengikutnya hadir sebagai tanda wala` mereka kepada pemimpin.Namun tidak diduga di dalam pertemuan itu Imam Hassan Al- Banna hanya mengucapkan salam kepada pengikutnya .Tanpa merungut sepatah kata,mereka pun pulang membawa diri  ke tempat masing-masing.Lihatlah begitu hebat aura persahabatan yang dibina atas dasar Fikrah Islamiah.Mereka sanggup turun beribu batu jauh,semata-mata untuk mendengar ucapan daripada ketuanya walaupun hanya ucapan salam sahaja.Jadi seharusnya kita serapkan semangat ini  ke dalam sanubari,agar kita mampu menongkah arus,berkorban masa dan tenaga untuk menerima tarbiyah walaupun liqa`nya jauh beribu batu.Namun sekiranya hati-hati kita telah diikat atas dasar ukhuwah islamiah insyallah tempat yang jauh itu mampu didekatkan dengan hati-hati kita yang ikhlas.Insyallah hari ini ana akan memberikan satu analogi yang baru dipelajari daripada Abang Adam Tan sahabat kepada Abang Fathi yang bertugas sebagai pensyarah di UITM.





Saturday, September 4, 2010

Wahai Pemuda


Assalamualaikum .....madah disulam,mengatur bicara..



Wahai pemuda,
Ayuh kita mengatur semula,
langkah perjuangan as-sabiquna awwalun,
Kita bangun sederap demi sederap,
Meniti semula jejak perjuangan salaffussoleh,,
Mengobarkan kembali panji perjuangan Islam,
yang telah lama terpadam,
suram tanpa disentuhi cahaya,

Wahai pemuda,
Perjuangan ini menuntut pengorbanan darimu,
menagih masa,harta,jiwa dan ragamu,
Singkaplah kembali sunnatullah,
Rahsia kebangkitan Islam,
Menuju ustaziatul alam,
Mencorak dunia berpandukan al quran dan as sunnah,
Memimpin dunia menuju ke syurga..

Saturday, August 28, 2010

Perjalanan Membawa Seribu Satu Makna(Hari Pertama)

Assalamualaikum..
Hari ini ada satu perkara yang ana nak luahkan.Rahsia kerajaan yang telah disimpan oleh ana dan beberapa sahabat
bukan niat ana nak bocorkan rahsia.Tapi ana perlu coretkan di sini agar kita sama-sama dapat bercerita hingga ke anak cucu.Bagi para pembaca pula..Jadikanlah pengalaman ini sebagai panduan untuk menjelajah ke TAMAN NEGARA.Yang pasti peristiwa ini sudah pasti akan menjadi satu iktibar bagi kami menerokai alam Allah yang begitu luas ini...

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturanperaturan
Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).” (Surah Ali ‘Imran 3: 137)

Segalanya bermula di sini..

Kami bergambar di hadapan rumah sebelum memulakan ekspedisi
Setelah kami merancang hampir seminggu,akhirnya Allah telah memberi kami peluang untuk membuat ekspedisi kali ini.Perjalanan yang agak jauh.Tiada seorang pun di antara kami yang pernah menjejakkan kaki di Taman Negara Kuala Tahan...iaitu Hutan Khatulistiwa yang tertua di dunia.Mungkin sebab inilah menjadi tarikan bagi kami untuk berjalan melihat akan keindahan alam begitu utuh yang tidak dimamah dek usia..Bukan seperti hutan konkrit yang dicipta oleh manusia..punya banyak kelemahannnya..

MENARA JAM MEKAH (MENARA ABRAJ AL-BAIT)


Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai  “Menara Jam Diraja Mekah” adalah sebuah kompleks yang masih dalam pembinaan di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan menara ini dijalankan oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group. Jika pembinaan menara ini siap mengikut jadual, ianya akan menjadi salah sebuah menara yang tertinggi di Arab Saudi dan juga merupakan sebuah bangunan hotel yang terbesar dan tertinggi di dunia berdasarkan fakta berikut...

Bahagian 1: Peristiwa Hitam yang Tercoret di Lembaran Sejarah

Assalamualaikum..
Mungkin sudah lama ana tidak memulakan bicara di dalam blog ini.Bukan tidak mahu mencoretkan sesuatu di sini,tapi ana cuma mencari sedikit ketenangan di desa.Tapi hari ini insyallah ana akan berkongsi sedikit ilmu untuk dicurahkan...teringat  dengan kata2 murabbi ana dahulu~Ilmu ini umpama sungai yang mengalir,jika dihalang pasti keruh airnya,berjuta kuman pula pasti sudah mula menyebarkan tenteranya untuk merosakkan kejernihan air tersebut..Begitu juga Ilmu...sekiranya kita menyimpannya..sudah pasti virus2 lupa mula menyerang ilmu di benak fikiran kita..Jadi,jernihkanlah ilmu itu dengan mengalirkannya kepada mad`u agar dapat dimanfaatkan bersama~

Bermulanya di sini~~~~~~~~~~~
Kremlin menjadi saksi akan peristiwa hitam di zaman komunis
Sedang ana berehat di rumah...ana terpandang ke sebuah buku sejarah yang amat tebal...Di dalamnya terkandung beribu macam kisah terdahulu yang telah dirakamkan menjadi sebuah buku..Menjadi tatapan kepada kepada pembaca bukan sekadar untuk menjadi hiasan..tetapi juga dijadikan iktibar..Buku sejarah itu seolah-olah skrin yang lebar di panngung wayang.Di sana menceritakan berbagai macam peristiwa yang tragis dan mencengkam jiwa manusia..Walau masanya telah berlalu...tetapi aura peristiwa yang dirakamkan di dalam buku itu masih hidup untuk memberitahu generasi yang akan datang tentang kewujudannya

Membacanya seolah-olah membawa ana menjelajahi semula kehidupan.. 

Tuesday, July 13, 2010

Beradab dalam Berbeza Pendapat

KITA harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeza-beza. Pemahaman dan seterusnya penafsiran terhadap sumber-sumber Islam yang asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak sama di kalangan para imam dan ulama mujtahid. Kerana itulah ia membawa kepada wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi.
Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Kekalutan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila munculnya sekelompok 'agamawan reformis' atau digelar juga 'progresif' yang mendakwa bahawa pendapat mereka sahajalah yang betul lalu mereka ini ingin melakukan apa yang disebut 'pembaikan' (islah) atau pembaharuan (tajdid) dalam masyarakat.
Pembaharuan ini ingin dilakukan atas pelbagai nama dan platform sama ada 'minda tajdid', atau mengemudi 'bahtera itu dan ini' dengan pelbagai slogan pula seperti 'kembali kepada al-Quran dan Sunnah', atau 'mengikut amalan generasi Salaf' dan seumpamanya.

Wednesday, June 23, 2010

Kes Lesen Judi"Baca dan Renungkan"

Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh

KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.
Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.



"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.

Saturday, June 19, 2010

Surat Anak Assyahid Cengiz Songuz

 "Ayah perlu pergi ke sana (Gaza) supaya terbit senyuman di wajah anak-anak yatim (di sana)"


Cengiz Songur dari Konya telah bergabung dengan armada Kebebasan. Ketika ia mengumumkan kepada keluarganya bahawa dia akan pergi ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, salah seorang daripada enam orang anaknya perempuan meletakkan surat ke dalam saku jaket.

Cengiz Songur tidak menyedari kehadiran surat itu sehingga ia menaiki atas kapal ke Gaza.Surat itu bermula dengan kata-kata: "Aku mempunyai beribu-ribu perkataan untuk memberi tahumu, tetapi sekarang semuanya tersangkut di tenggorokku. Aku takut, ayah. Aku merasa takut kerana aku melihat kesedihan di mata kakakku dan ekspresi bimbang di wajah ibuku. Ayah, jangan merasa takut. Pergilah ke sana, Ayah. Pergi ke sana untuk menerbitkan senyuman di wajah anak-anak yatim itu, pergi ke sana dengan iringan doa dari ibu. Pergi ke sana walaupun anda tidak akan dapat kembali. Hal ini indah untuk menjadi anakmu, saya sangat bangga padamu ayah. "

Bagaimana Rasulullah SAW Mentarbiyah Remaja?

Assalamualaikumwarhmatullah...


childmusDari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.
Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. ' (HR. Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).

Tuesday, June 15, 2010

Esei Temuduga Mara

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberikan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu bersama para pembaca yang dihormati sekalian.Sudah  hampir sebulan setengah ana menetap di Kuantan untuk menuntut ilmu dan mempersiapkan diri sebelum berangkat ke Mesir.Hari ini cuma nak berkongsi tentang esei Mara yang mungkin berguna buat adik-adik yang bakal menduduki SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Insyallah..

Esei Mara (Ana punya-Medic Timur Tengah)

INTRODUCTION

Dr. Hairul Anuar that is what people will address me one day. It not just an imagination but it is my own target to be a muslim doctor. My full name is Hairul Anuar bin Mahat. My former school was SBP Integrasi Gopeng. I am the third of five in my family. My father, Mahat bin Delon works as a policeman and my mother only a housewife. I have three brothers and one sister. One of my brothers now still doing his first degree in University Malaya. While my second brother studying in Kuala Kangsar Community Colleague. And another two, my little brother and sister, both of them in primary school.

Wednesday, June 9, 2010

Konspirasi Oleh Golongan Illuminati

 

I - Mengenali Sejarah
 
*beri perhatian kepada tulisan atau istilah yang dihitamkan dan disendengkan kerana ia akan berkait dengan tajuk-tajuk seterusnya.
*bab ini hanya menceritakan sesuatu subjek secara ringkas tanpa huraian yang mendalam kerana akan dikembangkan dalam bab-bab seterusnya.
TIDAK ramai daripada kita menyedari mengenai realiti bahawa politik dunia hari ini berada di bawah kuasa pemerintahan golongan penyembah syaitan yang mengadakan konspirasi sejak zaman berzaman melalui gabungan pertubuhan-pertubuhan rahsia atau secret societies.

 Sejarah kewujudan dan kelahiran secret societies bermula seawal pemerintahan raja-raja Mesir purba (firaun) yang mengambil masa ribuan tahun dahulu. Ia bermula dengan sejarah pemerintahanFiraun Horus yang lebih dikenali dalam catatan hieroglif Mesir purba sebagai Tuhan Matahari atau Sun God.
Menurut catatan purba, Horus dilahirkan permaisuri Mesir benama Isis ketika matahari sedang naik (menurut sumber lain, nama Isis sebelum ditabal menjadi permaisuri ialah Merri) Horus dikatakan lahir pada tarikh 25 haribulan pada bulan terakhir mengikut Kalendar Matahari. Apabila dirujuk kitaran pusingan bumi semasa kelahirannya, catatan astronomi Mesir purba pula merekodkan, kedudukan tiga bintang yang dinamakan hari ini sebagai The Three Kings pada tarikh Horus dilahirkan berada pada bacaan 135 darjah daripada bintang Sirius. Manakala kedudukan matahari pula berada pada bacaan 315 darjah daripada Sirius jika dilihat dari bumi. Bumi pula berada pada bacaan 315 darjah dari Matahari. Dan kedudukan itu selari dimana Three Kings, Sirius, Matahari dan Bumi berada di satu garisan yang sama. Kenapa fakta seperti itu diketengahkan, akan dijelaskan nanti.

Pemuda Pilihan Rasulullah


   Alhamdulillah akhirnya dapat juga ana mencari kesempatan untuk berkongsi beberapa kisah yang amat menarik untuk diikuti.Walaupun sekarang ini masih berada dalam keadaan sibuk mengikuti kursus pre medic di Kolej Shahputra  namun usaha untuk berdakwah tidak boleh dilupakan.
 Hari ini saya tertarik untuk menarik perhatian pembaca tentang seorang pemuda yang menjadi pilihan Rasulullah untuk mengetuai sebuah peperangan yang amat besar pada zaman itu.Ramai tentera Islam meragui akan kekuatan pemuda itu disebabkan mungkin faktor pengalaman dan umur.Siapakah gerangan pemuda tersebut?



Beliau adalah Usamah bin Zaid.Umurnya mencapai 20 tahun ketika Rasulullah SAW memilihnya untuk menjadi komander pasukan yang terdiri dari kaum Muhajirin dan Ansar. Siapa gerangan pemuda yang memperoleh kepercayaan dari Nabi SAW sehingga baginda menempatkannya pada jabatan yang besar, menyandarkan kepadanya tugas besar dan memuliakannya ini?

Saturday, May 1, 2010

Bingkisan Cerita dari Bumi Gopeng

















Assalamualaikum warahmatullah hiwbarakatuh....
Bila terlihat gambar ini,teringat kembali nostalgia  bersama rakan-rakan di SBPI GOPENG.Inilah kali pertama kami menyambut hari raya Aidiladha di sekolah tanpa ibu bapa di sisi.Namun inilah pengorbanan yang perlu dilalui dalam perjuangan menuntut ilmu di sekolah.Biar tanpa ibu bapa di sisi namun keriangan sahabat-sahabat perjuangan menjadi pengubat rindu di dalam hati.

Sabda rasulullah S.A.W`Tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya itu seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri'.

UKHUWAH.Inilah ungkapan yang amat bermakna dalam kehidupan seseorang insan.Sudah menjadi satu keperluan untuk manusia menjalinkan hubungan dengan manusia yang lain.Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa pentingnya kita untuk menyayangi saudara kita.Kawan itu bukan sahaja sahabat ketika duka tetapi ketika kita terluka juga.

Pagi itu cuaca agak mendung dan dingin sekali.Tulang sum-sumku umpama ditusuk jarum yang kecil apabila disapa oleh deruan angin yang agak sepoi-sepoi bahasa.Hati terasa sedikit syahdu apabila mendengar suara takbir yang berkemundang di  udara yang memecah kesunyian pagi di bumi gopeng.Biarpun kami berada di dalam bulan peperiksaan,namun kami tetap meluangkan masa untuk menyambut hari yang bersejarah ini.

Tuesday, April 27, 2010

Kedatangan Islam Memartabatkan Wanita

Wanita seringkali dikaitkan dengan punca kepada jatuh atau bangunnya sesebuah tamadun. Kejatuhan Tamadun Rom sebagai contoh runtuh akibat daripada perebutan kuasa dan wanita antara si jelitawan Cleopatra, Marc Anthony dan Julius Caesar. Malah beberapa tamadun silam juga hancur akibat eksploitasi keatas kaum wanita yang dijadikan objek seks untuk merosakkan moral masyarakat setempat.
Namun, kedatangan Islam telah mengangkat darjat wanita ke kedudukan yang sangat mulia sehingga diabadikan di dalam Al-Qur’an seperti surah An-Nisa dan Maryam. Tokoh-tokoh wanita yang punya personaliti unggul dalam sejarah Islam seperti Khadijah, Asiah, Fatimah, Aisyah, Sumayyah, Hafsa, Nusaibah, Ratu Balqis, Siti Zulaikha, Asma’ , Khaulah dan ramai lagi (tidak tertulis nama-nama mereka) telah memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pembinaan sebuah tamadun Islam yang ulung suatu ketika dahulu. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan faktor diri wanita merupakan cerminan kepada jatuh atau bangunnya sesebuah bangsa, Negara dan tamadun.
Kejadian wanita di dunia ini ibarat bunga. Ia bukan sekadar penyeri, tetapi punya hikmah tersendiri bagi yang mengerti. Rasulullah s.a.w sendiri mengibaratkan wanita sebagai pohon semalu. Setiap elemen yang menghiasi kejadian pohon semalu (bunga, duri, dan akarnya) amat berkait rapat dengan kejadian wanita.
Pertamanya, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh yang menggambarkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya iaitu malu kerana ingkar kepada syariat agama, berkelakuan tidak senonoh dan hidup bergelumang dalam kemaksiatan.

Sunday, April 25, 2010

HANZHALAH BIN ABI AMIR

Malam telah menyelimuti kota Madinah Al Munawwarah, bintang -bintang yang bertaburan membawa kedamaian dan ketenangan serta mimpi indah, yang jelas malam itu sebenarnya malam biasa, tapi tidak sama sekali bagi Hanzhalah bin Abi Amir Radiallahuanhu . Hari itu hari dimana mimpinya terwujud, hari yang lama datangnya hari yang lama ditunggunya hari itu Hanzhalah naik ke pelaminan.

Hanzhalah menikah pada suatu malam yang besok paginya terjadi perang di Uhud. Hanzhalah minta izin kepada Nabi Shalallahu alaihi wa salam untuk bermalam bersama isterinya. Sementara dia sendiri tidak tahu dengan pasti apakah malam itu malam pertemuan atau  malam perpisahan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa salam memberinya izin untuk menginap malam itu bersama pasangan pengantinnya.

Saturday, April 24, 2010

Mivtza Oferet Yetzuka

Perkataan di atas adalah sangat asing bagi kita semua. Namun ianya sangat popular di kalangan rejim pengganas Zionist Israel yang sentiasa dahagakan darah pejuang-pejuang kebebasan Palestin dan Al Quds dan realiti beberapa tahun yang lalu menunjukkan mereka sangat dahagakan darah setiap penduduk Palestin terutamanya di Gaza tanpa mengira usia.
Apakah sebenarnya Mivtza Oferet Yetzuka?
Ianya adalah perkataan di dalam bahasa Hebrew yang bermaksud “Operasi Ketenteraan ke atas Wilayah Selatan”. Di dalam bahasa Inggeris adalah “Operation Cast Lead”.

Bagi rejim pengganas Israel, Wilayah Selatan adalah Semenanjung Gaza. Dari istilah ini, kita telah mengetahui akan maksud mereka iaitu mereka masih menggangap Gaza adalah milik mereka sepenuhnya. Tujuan Operasi ini adalah untuk memerangi Hamas namun realitinya adalah untuk memusnahkan dan membunuh kebanyakan dari penduduk gaza.

Wednesday, April 21, 2010

Manusia Menolak Ketuhanan Kembali kepada Kejahilan

 Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....
   Hubungan manusia dan ketuhanan merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada di dalam jiwa dan roh setiap insan.Di dalam al quran Allah telah menerangkan tentang keperluan untuk hambanya menjaga`hablumminallah' terlebih dahulu daripada `hablumminannas' iaitu hubungan sesama manusiaSememangnya menjadi fitrah manusia untuk mempercayai akan kewujudan tuhan kerana  hakikatnya terdapat satu unsur yang wujud dalam diri dan minda kita bahawa ada satu kuasa besar yang melindungi dan memberi rahmat kepada kita.

Tuesday, April 20, 2010

VIRUS KAPEL

Assalamualaikum warahmatulah hiwabarakatuh.....
       
 
          `Herol,macam mane kita nak selesaikan masalah kapel kat skewl kita nie.Aku risau lar tengok budak skewl kita makin lame makin dah tak endah dengan segala nasihat yang kita berikan.Aku rase kita perlu cari jalan lain untuk menegur mereka,'keluh sahabatku Safwan,Presiden BASHAR yang sentiasa komited dengan kerjanya di dalam dakwah di SBPI GOPENG.Entahlah pelbagai cara yang kami buat untuk mencegah masalah ini.Setiap malam kami pasti akan membincangkan tentang masalah baru yang perlu kami selesaikan.agar sekolah kami makin hari makin bertambah baik.Apabila malam menjelma,kamilah menjadi burung hantu di sekolah untuk mengintip kalau ada makhluk perosak yang hendak melakukan projek EXTRAVAGANZA. Nak cari masalah tu amat senang tapi jalan penyelesaiannya amatlah payah.Tapi apakan daya tanggungjawab ini telah menjadi separuh daripada darah daging kami. `Entahlah safwan oi,aku pun tak tau nak wat camne.Kat skewl aku dulu mane ade pompuan n masalah kapel nie.Masalah jambu ade r..hehe..tapi kalo ang nak gk tau jawapannya.... aku rase sebab utamanya  adalah NAFSU'..
  

Monday, April 19, 2010

CINTA, BERCINTA, TERCINTA

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

 
  Cinta,bercinta,tercinta.....satu ungkapan yang menjadi kebanggaan remaja kita sekarang nie...Namun sejauh mana kita memahami tentang konsep bercinta yang hakiki dan diredhai oleh Allah S.W.T
 Sebenarnya perasaan cinta lelaki pada wanita dan sebaliknya adalah perasaan kemanusiaan lahir dari dasar fitrah yang ALLAH S.W.T. ciptakan dalam lubuk hati yang sangat dalam, yang merupakan kecenderungan kepada jenis lain apabila mencapai tahap kematangan akal dan fizikal.

Saturday, April 17, 2010

PANDAI BUAT TAK PANDAI JAGA


Assalamualaikum....alhamdulillah akhirnya segala2nye perjuangan batch 3 IGOP di dalam SPM telah membuahkan hasil apabila dapat menaiki takhta yang ke-27...hehe....... Ana baru balik dari Hari Anugerah Cemerlang  yang ke-7 yang agak meriah....Agak banyak perubahan yang ana dapat lihat terutama Badan Kepimpinan Pelajar mungkin menjadi lebih sistematik lagi...Insyallah...
Tapi hari ini malas plak ana nak berkisah pasal sekolah yg tercinta itu kerana mungkin ana akan merugikan titisan air mata yg amat berharga ini...haha..touching ckit...(^_^)
Dalam perjalanan pulang ,pemikiran minda ini terawang-awang memikirkan tentang kejatuhan akhlak muda-mudi sekarang terutamanya isu tentang pembuangan anak yg semakin menjadi-jadi.Kesian,bayi2 kat M`sia nie........Jadi hari ini ana akan bercerita di bawah tajuk `Pandai Buat Tapi Tak Pandai Jaga'Saksikanlah....
`Phewwwit.....lawa giler awek nie'..waa..Itulah bicara ungkapan pertama yang bakal dikeluarkan oleh mulut2 remaja kita apabila melihat perempuan yang cantik.Maka bermula dari situ bermulalah misi pemburuan seorang lelaki untuk memenangi hati wanita tersebut.Mungkin seseorang itu akan menang dalam percaturan untuk memenangi hati wanita itu,namun persoalannya adakah mereka mampu untuk menjaga batas2 pergaulan yg disyariatkan Islam.Jawapannya semestinya`TIDAK'.
     

Friday, April 16, 2010

Mengenang Perjuangan As Syahid Syed Qutb



Kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir berlaku pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. . Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun . Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.
Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan ‘Gagasan Islam’ dengan jelas dan mantap ke dalam Ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan ‘kejam’ menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.

Agen Mossad Membunuh Pemimpin Hamas

BISMILLAH...

Mungkin anda akan rasa boring membaca artikal ini kerana terlalu panjang, namun BACALAH mungkin ianya bermanfaat untuk kita yang masih hidup yang mana
kita sebenarnya menuju kematian. Mati? ya mati... SYAHID itu adalah
cita - cita kami. selamat membaca :
mahmud mabhuh senyum
Mahmud Mabhuh, aktivis HAMAS yang dibunuh agen Mossad di Dubai ditunjukkan gambarnya dalam keadaan senyum. Cara pembunuhannya seperti filem
Hollywood atau Bollywood seperti cerita di bawah.
Yahudi dan agen Yahudi dikenali semenjak lama sebelum Nabi Muhammad SAW sebagai bangsa jahat. Mereka membunuh Nabi dan pengikut Nabi. Nabi Muhammad SAW
sendiri pernah hendak diassasinate oleh Yahudi dengan mencampakkan batu
besar dari atas rumah tempat Nabi SAW berteduh.Allah mengkhabarkannya
kepada Baginda melalui Jibril as.
Sheikh Ahmad Yaasin berderai kepalanya akibat peluru berpandu dari Apache. Serpihan darah dan daging memenuhi jalan dan dinding rumah. Tetapi wajahnya seakan
tersenyum ‘menerima akibat’ dari sebuah jihad. Isteri saya ngeri
apabila melihat wajah mayat-mayat yang mati secara ngeri, tetapi tidak
wajah Sheikh Ahmad Yaasin. Para syuhada Palestin ramai yang wajahnya
demikian. Barangkali inilah yang disebut oleh Nabi SAW, mafhumnya: ‘Sesiapa yang kasih bertemu Allah, Allah kasih bertemunya’.


Sunday, February 14, 2010

PERTUBUHAN DAJJAL : THE ILLUMINATI DALAM DUNIA MODEN


money
Bagi mereka yang tidak tahu apa yang tidak kena wang kertas USD$1 ini, mungkin mereka akan terus tertanya-tanya. Namun bagi mereka yang sedar, anda adalah sebahagian daripada umat Islam yang sedar dengan petanda akhir zaman.
The Unfinished Pyramid with An All Seeing Eye
one-dollar-bill
Perhatikan bentuk piramid yang tidak sempurna dan mempunyai satu mata (One-Eyed) yang terapung dalam satu bentuk segitiga di puncaknya. Segitiga yang mempunyai satu mata itu pula memancarkan cahaya seperti matahari. Satu mata itu memerhati semua yang berada di bumi. Satu mata itu dinamakan ‘The All Seeing Eye’.
Piramid yang tidak sempurna itu pula mempunyai 13 tingkat sebelum dipisahkan dengan segitiga The All Seeing Eye yang terapung. Paras 13 tingkat ketinggian itu juga mempunyai maksud sendiri. Kemudian dituliskan motto Novus Ordo Seclorum dalam bahasa Latin yang bermaksud New Order of the Ages atau New World Order, adakah ia bermaksud ‘pemerintahan dunia yang baru’ atau ‘pemerintah’ itu sudah muncul?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...