Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Cinta,bercinta,tercinta.....satu ungkapan yang menjadi kebanggaan remaja kita sekarang nie...Namun sejauh mana kita memahami tentang konsep bercinta yang hakiki dan diredhai oleh Allah S.W.T
Sebenarnya perasaan cinta lelaki pada wanita dan sebaliknya adalah perasaan kemanusiaan lahir dari dasar fitrah yang ALLAH S.W.T. ciptakan dalam lubuk hati yang sangat dalam, yang merupakan kecenderungan kepada jenis lain apabila mencapai tahap kematangan akal dan fizikal.
Pada dasarnya, kecenderungan serta segala rentetan kesan daripada cinta bukanlah suatu yang kotor dan keji. Kotor dan bersihnya sesebuah cinta bergantung kepada hati sebagai tempat lahirnya kecenderungan itu sendiri, terdapat hati yang bersih dan halal, dan ada juga hati yang kotor dan haram.
Maka kebingungan menjawab hukum cinta merupakan satu sikap yang sangat bodoh dan naif. Untuk apa kita membaca Al-Qur`an, Hadis dan ajaran -ajaran syariat? Dan untuk apa kita diberikan akal yang dapat membezakan antara yang hak (benar) dan yang batil (salah)? Jika perkara besar dan fitrah ini tidak dapat difahami dengan baik. ALLAH S.W.T. telah merakamkan prinsip-prinsip dasar penilaian terhadap suatu perkara di dalam Firman-NYA:
"Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada ALLAH S.W.T. wahai orang-orang berakal,agar kamu mendapat keberuntungan"
[Al-Maidah, 5:100]
"Halal itu jelas, haram (pun) jelas, dan di antara keduanya ada hal-hal syubahat yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang, maka barangsiapa yang bersih dari syubahat itu maka ia mentaati agama dan wibawanya akan bersih, dan barangsiapa yang terjebak dalam syubahat bererti ia tlah jatuh kepada haram, sebagaimana pengembala di sekitar tanah terlarang dan nyaris mengelilinginya, ketahuilah bahawa setiap tuan memiliki tanah
terlarang, ketahuilah bahawa batas larangan ALLAH S.W.T. di bumi ini adalah yang diharamkannya, ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini ada segumpal dagimg, jika baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika ia rosak maka rosak pula seluruh tubuh, ketahuilah ia adalah hati".
[Muttafaqun `alaih]
Perkara halal adalah yang diperintahkan ALLAH S.W.T. iaitu sesuatu yang baik, dan haram adalah yang dilarang iaitu sesuatu yang keji dan kotor, hal itu sudah jelas dalam Al-Qur`an dan Hadis serta difahami akal yang sihat. Adapun perkara syubahat adalah sesuatu yang nampak ada kesamaran pada dua sisi yang bercanggah, sehingga sukar diketahui hukumnya,kecuali orang alim yang kasyaf dan memiliki hati yang bersih. Maka sikap menjaga hati dengan taqwa (menjalankan perintah ALLAH S.W.T. serta menjauhi larangan-NYA) dan iffah (menjaga kesucian jiwa) adalah suatu tindakan yang paling aman dalam menjauhi
seksaan di hari kemudian.
HUKUM CINTA KEPADA LAWAN JENIS:
Halal: Jika objeknya itu cinta halal, seperti cinta suci remaja, suami kepada isteri, isteri kepada suami, cinta peminang kepada pinangannya atau sebaliknya.
Haram: Jika objeknya cinta haram, seperti mencintai isteri orang atau suami orang, cinta berahi penuh syahwat, hubungan intim di luar pernikahan, hubungan kekasih dan cinta bebas yang membawa kecenderungan kepada berbuat zina dan seterusnya.
Imam Ibnul Qayyim menegaskan: "Bahawa hubungan intim tanpa pernikahan (couple) adalah haram dan bahkan merosak cinta itu sendiri, malah boleh jadi cinta di antara keduanya akan berakhir dengan sikap saling membenci dan bermusuhan, keranan bila keduanya telah merasakan kelazatan dan rasa cinta berahi, tidak dapat dielakkan akan timbul keinginan lain yang belum diperolehinya".
Sebenarnya, kalau sekadar sebuah kecenderungan sahaja antara pemuda dan pemudi tanpa ada ikatan sesuatu, tidak menjadi kesalahan jika tidak diikuti oleh hubungan percintaan (ingin berpasangan), akan tetapi ia harus menjaga kebersihan diri, serta sabar dalam menghadapi kecenderungan ini agar tidak terjerumus ke dalam maksiat yang haram dan makruh.
Namun jika kecenderungan itu diikuti dengan pandangan syahwat, surat-menyurat cinta yang melalaikan dari mengingati ALLAH S.W.T. berbual-bual kosong secara langsung atau melalui telefon. Pertemuan berdua (berkhalwat) yang berpanjangan di mana perantaraannya adalah syaitan dan seterusnya hinggalah kepada perbuatan haram. Ini jelas HARAM dan tidak boleh dilakukan. Apalagi jika membawa kepada saling bersentuhan,bermesra, peluk cium, dan zina "al-iyadzubilLAHimin zalik" dan lain-lain adalah HARAM.
0 comments:
Post a Comment