Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....
Hubungan manusia dan ketuhanan merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada di dalam jiwa dan roh setiap insan.Di dalam al quran Allah telah menerangkan tentang keperluan untuk hambanya menjaga`hablumminallah' terlebih dahulu daripada `hablumminannas' iaitu hubungan sesama manusiaSememangnya menjadi fitrah manusia untuk mempercayai akan kewujudan tuhan kerana hakikatnya terdapat satu unsur yang wujud dalam diri dan minda kita bahawa ada satu kuasa besar yang melindungi dan memberi rahmat kepada kita.
Namun, kemajuan sains dan teknologi pada hari ini telah mengkucar-kacirkan pemikiran manusia.Dan inilah dinamakan Ghizwatul Fikri' atau dalam bahasa melayunya bermaksud serangan pemikiran.Disebabkan serangan inilah yang telah merosakkan ketamadunan masyarakat kita yang makin hari makin rengang dengan hubungan Allah.Para penyembah syaitan ataupun golongan illuminati mula untuk meng`control'kan minda kita agar mengikut idealisme yang diwujudkan oleh mereka yang dianggap lagi maju dan moden berbanding mengikut ajaran agama yang dianggap kolot olehmereka.Disitulah lahirnya pelbagai falsafah seperti michivilisme,kapatalisme,komunisme,hedonisme dan sebagainya.Untuk apa idealisme ini dibentuk adalah semata-mata untuk menjauhkan hubungan manusia dengan pencipta yang satu.
Alkisahnya suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan juga seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan perbalahan diantara mereka, kedua2nya bersetuju untuk bertemu dan berdebat pada keesokan harinya.
Keesokan harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan, penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat yang hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung tiba, Si Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya, "Sheikh takut nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang".
Tidak lama kemudian Pak Sheikh pun menjelma dan sambil tersenyum beliau meminta maaf kerana terlambat. Sambil tersengih si Atheis bertanya, "mengapa pak sheikh lambat, gentar untuk berdebat dengan saya ke?".
"Oh tidak" jawab Pak Sheikh, "Saya terlambat kerana saya terpaksa menyeberang sungai tadi, puas saya menunggu jika ada sampan2 yg lalu atau sesiapa yg ingin menyeberang sungai agar saya boleh menumpang" katanya lagi. "Sedang saya menunggu, tiba2 kayu2 yang hanyut disungai itu berkumpul menjadi laluan untuk saya, dari ranting yg kecil hinggalah ke batang2 pokok yang besar, dengan selesanya kemudian saya meniti diatasnya dan sampai juga akhirnya saya disini".
"Bohong" tempelak si atheis,"Masakan boleh kayu2 itu berkumpul dengan sendirinya, jika ia menjadi titi sekalipun mesti ada orang yang membuatnya".
"Terimakasih" balas Pak Sheikh, "Perdebatan kita sudah selesai" katanya lagi.
"Mengapa kamu berkata sudah selesai?" tanya si Atheis.
"Kamu sendiri sudah menjawab persoalan asas perdebatan kita ini" kata Pak Sheikh.
"Jika kayu2 yg sedikit itu tidak mampu dengan sendirinya bersatu menjadi titi, bagaimana pula dengan dunia ini? Siapa yg mencipta langit dan bumi, bintang, bulan dan matahari, tanah air angin dan api jika bukan tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana? Siapa yang mencipta kamu dan memberi akal supaya berfikir tetapi kamu sendiri yang tidak mahu menggunakannya?
Berdasarkan kisah di atas jelas menunjukkan bahawa tuhan itu wujud.Masakan segala bumi ini boleh terjadi secara evolusi seperti dinyatakan oleh Charles Darwin yang begitu bercanggah dengan aspek kelogikan dan ketuhanan.Pelbagai bukti yang dikemukakan oleh puak Atheis untuk menolak konsep ketuhanan namun tanpa disedari mereka sendiri turut membenarkannya secara tidak langsung.Inilah dinamakan serangan pemikiran yang telah dicipta oleh orang yahudi untuk menjauhkan manusia daripada Allah agar mereka dapat melaksanakan misi-misi dajjal mereka untuk memusnahkan agama tauhid dari muka bumi.Namun sejauh mana mereka merancang,tapi ingatlah sebaik-baik perancang ialah Allah S.W.T
Sejarah Kedatangan Al-Ghazwul Fizkri:
Sejarah Al-Ghazwul Fikri ini jika diteliti telah mula semenjak zaman Saidina Usman bin Affan
R.A apabila Abdullah bin Saba’ seorang Nasrani-Yahudi berjaya memecahbelahkan kesatuan
Umat Islam dan wujudnya Firqah Syiah yang terkenal memerintah Iran sekarang. Namun,
pada masa dahulu, serangan-serangan pemikiran ini dapat ditepis walau sejauh mana ia
telah menular kerana Umat Islam mempunyai kekuasaan politik dan ekonomi. Tanaddun
Islam adalah yang terunggul.
Maka sehinggalah runtuhnya empayar Turki Usmaniyyah hasil suntikan ghazwul fikri yang
tepat ke jantung umat Muhammad maka racun ini dengan cepat merebak ke jasad Umat ini.
Perdana Menteri Britain terdahulu, Gladison, pernah menyebut bahawa : “Kamu tidak akan
kekal di Mesir selagi Kitab ini (sambil memegang Al-Quran) berada di tangan bangsa Mesir”.
Kesedaran bahawa Peperangan bersenjata gagal melumpuhkan orang Islam amat jelas
dengan kekalahan golongan Nasrani dalam perang Salib. Begitu juga kemenangan kaum
Muslimin ke atas bangsa Mogul.
Uslub dan Medium yang digunakan:
1. Menimbulkan Syubhat terhadap sumber-sumber Islam. Maka timbul lah golongan yang
menolak hadis, golongan Syiah yang mempertikaikan keaslian Al-Quran dan Islam Liberal
yang mempertiakaikan metodologi penegakan hukum yang diamalkan selama ini.
2. Menimbulkan rasa rendah diri kaum muslimin dan hilang keyakinan dengan agama
mereka sendiri dan merasakan bahawa agama adalah penyebab kemunduran. Ia
dilaksanakan dengan menyebarkan bidaah dalam agama ini.
3. Membuat kajian dan dakwaan palsu terhadap agama ini serta menyelewengkan fakta
yang disuahakan melalui golongan Orientalis.
4. Melalui cendikiawan muslim yang belajar di negara barat, mereka mempengaruhi
pemikiran-pemikiran mereka, kemudian mereka ini akan diwar-warkan sebagai tokoh
‘alim ulama’ besar. Inilah yang berlaku melalui Rifa’ah Tahthawi, Muhammad Abduh,
Saad Zaghlul, Thaha Husin dan lain-lain dari tokoh tajdid Mesir.
5. Memburuk-burukkan pendakwah Islam sebenar dengan memberi gambaran sebagai
pengganas dan ekstrimis dan contoh terbaik dalam perkara ini adalah apa yang berlaku
terhadap Asy-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.
6. Melalui Penjajahan Ketenteraan. Ketenteraan bukanlah matlamat, tetapi apabila sebuah
bangsa itu telah menerima pemikiran barat maka mereka akan diberi kemerdekaan zahir
dan dijajah secara batin. Hal ini dapat disaksikan di Negara ini dengan jelas.
7. Menentukan pemimpin dan ahli politik negara Islam adalah mereka yang berpendidikan
barat dan terpengaruh dengan pemikiran barat. Maka ditubuhkan universiti, sekolah
dan kolej barat di negara-negara Islam kemudian pemimpin yang kelaur dari institusi
sebegini sahaja akan diangkat dan disanjung.
Adapun medium penyebaran mereka terangkup melalui media massa dan elektronik.
Mereka terkenal dengan formula 3 ’s’:
Sex, Songs, Sports.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam Protokol Zionisme ke-13:
“Dan perkara paling pantas yang akan kita mulakan adalah mengiklan dalam akhbar-kahbar
menyeru manusia untuk menyertai pertandingan-pertandingan pelbagai jenis seperti
kesenian, sukan dan sejenisnya. Keseronokan baru ini akan melalaikan pemikiran bangsa
sama sekali daripada masalah-masalah yang mereka berselisih dengan kita, dan ketika mana
bangsa itu mula hilang nikmat berfikir secara bebas berperingkat-peringkat maka semua
mereka akan bercakap bersama kita kerana kitalah akan menjadi anggota masyarakat yang
satu yang akan mempersembahkan cara berfikir yang baru”.
Dan disebut dalam Protokol ke-9:
“dan kita telah menipu generasi yang baru daripada Umamiyyin (bukan Yahudi), dan kita
jadikannya (geberasi Umami yang baru) rosak dengan apa yang kita ajar kepada mereka
daripada prinsip-prinsip yang telah diketahui oleh kita adalah palsu tetapi kita tetap
mengajarkannya dan kita mendapat hasil yang berfaedah”.
Fikrah-fikrah yang diserap masuk:
1. Sekularisme: Iaitulah memisahkan agama dengan negara. Politik dan pentadbiran tidak
lagi terikat dengan hukum hakam agama, agama hanya perkara kerohanian.
2. Nasionalisme dan Fanatik Perkauman: Hasil penyebaran ini membawa kepada
perpecahan Empayar Usmaniyyah Turki. Akhirnya terbentuklah negara-negara Bangsa.
3. Syiar Kemodenan dan Kemajuan. Kemajuan dan Kemodenan ini memaksa masyarakat
meninggalkan adat budaya mereka yang baik kepada kehidupan kehawainan.
4. Femenisme: Gerakan pembebasan wanita. Tujuan utama gerakan ini adalah supaya
rosaknya kaum lelaki dan institusi kekeluargaan yang merupakan tunjang masyarakat.
Fikrah ini berkait rapat dengan aqidah Yahudi dan Nasrani bahawa Hawwa’ adalah
penyebab kesalahan Adam A.S.
Inilah antara gambaran ringkas berkenaan dengan Perang Pemikiran atau Perang Saraf yang dilaksanakan oleh musuh-musuh Islam agar manusia kembali kepada kejahilan.Mudah-mudahan kita diselamatkan Allah dari tipu daya
mereka..Amin…
0 comments:
Post a Comment