ADS 468x60

.

Saturday, April 17, 2010

PANDAI BUAT TAK PANDAI JAGA


Assalamualaikum....alhamdulillah akhirnya segala2nye perjuangan batch 3 IGOP di dalam SPM telah membuahkan hasil apabila dapat menaiki takhta yang ke-27...hehe....... Ana baru balik dari Hari Anugerah Cemerlang  yang ke-7 yang agak meriah....Agak banyak perubahan yang ana dapat lihat terutama Badan Kepimpinan Pelajar mungkin menjadi lebih sistematik lagi...Insyallah...
Tapi hari ini malas plak ana nak berkisah pasal sekolah yg tercinta itu kerana mungkin ana akan merugikan titisan air mata yg amat berharga ini...haha..touching ckit...(^_^)
Dalam perjalanan pulang ,pemikiran minda ini terawang-awang memikirkan tentang kejatuhan akhlak muda-mudi sekarang terutamanya isu tentang pembuangan anak yg semakin menjadi-jadi.Kesian,bayi2 kat M`sia nie........Jadi hari ini ana akan bercerita di bawah tajuk `Pandai Buat Tapi Tak Pandai Jaga'Saksikanlah....
`Phewwwit.....lawa giler awek nie'..waa..Itulah bicara ungkapan pertama yang bakal dikeluarkan oleh mulut2 remaja kita apabila melihat perempuan yang cantik.Maka bermula dari situ bermulalah misi pemburuan seorang lelaki untuk memenangi hati wanita tersebut.Mungkin seseorang itu akan menang dalam percaturan untuk memenangi hati wanita itu,namun persoalannya adakah mereka mampu untuk menjaga batas2 pergaulan yg disyariatkan Islam.Jawapannya semestinya`TIDAK'.
     

        Pasacamodenisasi ini,kemajuan teknologi dan sains telah mengubah trend hidup masyarakat terutamanya di dalam bab cinta.Sekarang ini kita akan melihat remaja kita bercinta di mana2 sahaja di facebook,handphone,public phone dan sebagainya...SURAT CINTA?????...haha.Itu tiada lagi sebab sekarang ini semua bercinta menggunakan alat teknologi...CINTA OH CINTA!!!Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang remaja untuk berkapel apabila usia mencecah 18 tahun kerana mereka mungkin akan berasa malu dengan kawan2 yang sudah mempunyai aweks....
     `Oit APAM,ang dah de awek blom,'tanya seorang rakan kepadaku..
waa...apa aku nak jawab nie..soalan maut nie..malu lar aku kalau aku cakap takde...Namun dgn merendah diri aku berkata
`Aku mane ade awek man,aku tak lar cam ang ensem....mesti ramai org nak..Tak pe lar man jodoh itu ditentukan oleh Allah.Aku tak kisah kalo aku kawin dgn sesiape pon.'
Kawan aku tergelak apabila mendengar jawapan aku. Fuh!! apa lagi...merah pedam muka aku dibuatnye....
`haha...oit APAM,orang skunk nie mesti ade awek r..baru dikatakan lelaki sejati.Ang nie rugi tau kalo tak carik..,sebab skunk nie sume orang dah de awek...haha..Nanti ang jadi bujang terlajak baru tau.'
Aduh!!!!Sedihnya aku apabila mendengar kata2 kawanku itu.Mula saat itu aku mula terpikir,`patutkah aku cari awek sekarang?????
Alhamdulillah,segala2nya terjawab apabila aku terbaca di website Ustaz Hasrizal tentang cinta sebelum kahwin..
hari ini kalau kita lihat,ramai pemuda yang bercinta hanya untuk memenuhi selera nafsu bukannya disebabkan tuntutan agama.Percintaan sebelum kahwin merupakan nafsu syaitan semata2 tetapi cinta selepas kahwin itu barulah tuntutan agama dan itulah sunnah yang paling besar di dalam agama.
Disebabkan percintaan sebelum kahwin,ramai orang terjebak dalam aktiviti seks luar nikah sehingga menyebabkan si perempuan itu berbadan dua.Yang lakinye kalau dapat tau aweks die mengandung terus melarikan diri meninggalkan aweknye yg tercinta itu.Itulah akibat daripada percintaan sebelum berkahwin dan kemungkinan si aweks tersebut akan bertindak dengan lebih kejam dgn membunuh anak yang dikandungnya itu.Itulah pandai buat tapi nak jaga anak tak pandai.Anak yang dianggap sebagai permata hati dibuang dan dibunuh dengan kejam angkara seks luar nikah.Tiada lagikah perikemanusiaan seorang Ibu apabila sanggup untuk membunuh anak sendiri.Memang lagi teruk daripada binatang dan makhluk yang paling keji.Lihatlah gambar dibawah ini

Hampir setiap hari akhbar tempatan melaporkan kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Bayi ini dibuang di merata-rata tempat seperti di dalam longkang, di tempat pembuangan sampah, di masjid, di tepi surau dan sebagainya.
Akibat keterlanjuran dan terjerumus ke lembah zina yang mengakibatkan mengandung anak luar nikah, demi menutup malu dan takut diketahui umum, maka tanpa belah kesian dan rasa bersalah, bayi-bayi ini dibuang oleh tangan-tangan yang kejam dan zalim seperti membuang sampah di tepi-tepi jalan sahaja dan menjadi makanan dan ratahan anjing-anjing liar, semut dan ulat.
Kalau pada zaman jahiliah dahulu, hanya anak perempuan sahaja dibuang dan di tanam hidup-hidup, tetapi pada zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini, tidak kira sama ada bayi perempuan atau lelaki semuanya akan dibuang. Asalkan dapat menutup aib dan malu diri sendiri. Sedangkan binatang yang tidak mempunyai otak dan fikiran pun tahu menjaga dan menyayangi anaknya. Manusia jenis apakah ini ?
bayi 2
Sekiranya bayi-bayi itu boleh bercakap, pasti mereka akan bertanya kepada ibu dan bapa mereka yang zalim, kenapa aku dibuang begini? Apakah kesalahan aku ? Kamu berdua yang melakukan dosa dan maksiat, kenapa aku pula yang di hukum ? Kalau tidak kerana perbuatan kalian berdua, pasti aku tidak wujud di dunia ini. Di manakah tanggungjawab kamu berdua? Ketika melakukan maksiat, bukan main seronok lagi, apabila engkau mengandung dan melahirkan aku, engkau buang aku di merata-rata tempat seperti sampah busuk yang tiada nilainya. Beginilah nasibku seorang bayi luar nikah. BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP SEPERTI BAYI-BAYI YANG LAIN.
Inilah akibat daripada percintaan sebelum kahwin.Ingatlah jenayah ini amatlah dimurkai oleh Allah.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat”.
Manakala firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 93 yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar” .
Oleh itu, wahai saudara-saudari, pemuda-pemudi dan para remaja…Fikir-fikirkanlah…

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...