Segala syukur dan puji bagi Allah kerana masih memberi peluang pada kita hidup serta merasai dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman..
Selawat juga buat junjungan Rasulullah S.A.W kerana dengan berkat usaha baginda yang begitu kental dalam menyampaikan Islam di muka bumi ini , memberikan kita peluang yang amat berharga untuk sama-sama hidup di bawah naungan Islam yang syumul...
Musim sejuk di Mesir sudah tiba....
Nikmat yang paling besar dalam musim sejuk ini sudah tentu makan dan tidur...
Perkara ini sudah menjadi suatu norma kehidupan masyarakat yang bermastautin di dalam negara empat musim..Tatkala tibanya musim sejuk secara automatiknya malam akan menjadi panjang...Perut juga akan semakin kuat mengadu kelaparan menagih makanan daripada tuannya....Walaupun mesir terletak di benua Afrika namun tempias musim sejuk masih dirasai.....tapi tidaklah mencecah suhu di bawah tahap beku....
Namun perubahan cuaca di sini turut merubah manusia itu..tidak kiralah daripada positif kepada negatif atau sebaliknya...
Sehubungan dengan itu,Persatuan Perubatan Cawangan Iskandariah bertungkus lumus menganjurkan B.O.O.M(Blooming Out Of Mediocrity)...Satu program yang amat bermanfaat buat ahli perubatan yang kelihatan tidak bermaya pada musim sejuk ini untuk terus bergerak aktif menggapai ilmu sebanyak mungkin...
Alhamdulillah setelah selama dua minggu ana mengikuti program BOOM , pelbagai manfaat yang mampu ana cungkilkan melalui aktiviti LDK dan pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan..Sedih dan terdiam seribu bahasa apabila BOOM2 telah melabuhkan tirainya.
Program ini amat sesuai diadakan setiap tahun sebagai salah satu medan bagi PERUBATAN untuk mencorakkan pemikiran siswa dan siswi yang masih dilema dalam mencari identiti diri yang sebenarnya.
Program ini juga memberikan suatu permulaan yang baik sebagai seorang pelajar di bumi Iskandariah ini untuk menuntut ilmu sosial masyarakat pelajar perubatan di sini dengan menjalinkan ukhuwah sesama ahli ,bukan sekadar mengenali NAMA sahaja tetapi turut mendalami hati mereka sebaik mungkin..
Untuk menjadi seorang doktor yang cemerlang,tidak cukuplah sekiranya kita menjadikan kecemerlangan akademik sebagai satu-satunya indikator bagi menilai kecermelangan seorang doktor tetapi kecemerlangan dari segi aktiviti sosial masyarakat juga perlu dititik beratkan sama sekali.
Salah satu aktiviti yang agak menarik untuk ana kongsikan ialah pertandingan debat.Pengalaman pertama yang amat berharga bagi ana.Sebelum ini,tidak pernah langsung ana menceburkan diri ke kancah perdebatan yang formal sebegini.Kalau dahulunya bermain debat kedai kopi tetapi kini menceburkan diri pula dalam debat yang realiti.Memang sah terbukti bahawa debat ini bukan satu kerja yang mudah dan senang.
Barisan pejuang kumpulan The Breakers bagi BOOM ke-2 |
Alhamdulillah setelah selama dua minggu ana mengikuti program BOOM , pelbagai manfaat yang mampu ana cungkilkan melalui aktiviti LDK dan pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan..Sedih dan terdiam seribu bahasa apabila BOOM2 telah melabuhkan tirainya.
Program ini amat sesuai diadakan setiap tahun sebagai salah satu medan bagi PERUBATAN untuk mencorakkan pemikiran siswa dan siswi yang masih dilema dalam mencari identiti diri yang sebenarnya.
Program ini juga memberikan suatu permulaan yang baik sebagai seorang pelajar di bumi Iskandariah ini untuk menuntut ilmu sosial masyarakat pelajar perubatan di sini dengan menjalinkan ukhuwah sesama ahli ,bukan sekadar mengenali NAMA sahaja tetapi turut mendalami hati mereka sebaik mungkin..
Untuk menjadi seorang doktor yang cemerlang,tidak cukuplah sekiranya kita menjadikan kecemerlangan akademik sebagai satu-satunya indikator bagi menilai kecermelangan seorang doktor tetapi kecemerlangan dari segi aktiviti sosial masyarakat juga perlu dititik beratkan sama sekali.
Pertandingan debat |
Memerlukan konsentrasi yang amat tinggi dan pendengaran yang amat mantap bagi mematahkan hujah pihak lawan..Konsep berjuang bermati-matian mempertahankan pendirian kita pula digunakan sepenuhnya di dalam debat ini..Walaupunpun kami tidak juara,tapi cukuplah dengan usaha yang telah kami lakukan sehari suntuk untuk pertandingan ini.Pengajaran yamg amat penting kali ini adalah BERKATA PERLUKAN FAKTA BUKAN TEORI DAN AUTA SEMATA..
Menang dan Kalah adat permainan,Yang penting kali ini ialah usaha dan transformasi diri kita untuk menjadi lebih yakin dan percaya dengan diri sendiri...
Doktor Rahim fasilitator kumpulan The Breakers BOOM 2 |
Tidak lengkaplah program ini sekiranya tiada program Latihan Dalam Kumpulan.Memang mantap dan berkesan objektif-objektif kali ini.Ana mahu mengulas beberapa pengajaran yang ana perolehi daripada program LDK kali ini.Perkara yang pertama yang ana pelajari ialah bagaimana kita perlu kenal diri kita sebaik mungkin.Terdapat pelbagai wasilah untuk mengenali diri kita supaya kita dapat membaiki segala perkara yang buruk dan memantapkan segala potensi yang tersimpan kemas di dalam diri kita.Penilaian yang pertama ialah melalui diri sendiri.Untuk memudahkan kita mengenali diri sendiri,kita perlu membuat satu lukisan bagi menggambarkan personaliti diri.Tidak kisahlah lukisan itu berbentuk naga,bola besi,piramid dan sebagainya asalkan bukanlah satu lukisan yang negatif...LUKISAN PERLU POSITIF..Teknik kedua ialah melalui penilaian daripada sahabat kita.Sikap manusia memang selalu suka untuk perasan diri mereka ini baik tetapi sebenarnya terdapat lompong-lompong yang kita tidak sedari yang wujud secara senyap di dalam diri kita.Jadi individu yang paling berkesan untuk menzahirkan lompong-lompong tersebut ialah sahabat kita sendiri....
LDK Lukisan manusia dan peta Dunia |
Apa pengajaran yang cuba di bawa kali ini??????
Pengajaran yang ketara yang ana nampak ialah berkenaan simbolik-simbolik lukisan itu...Satu persatu penafsiran yang kami buat melalui simbolik lukisan yang telah kami siapkan tadi..
"Individu diatas melambangkan diri kami yang tough hasil gabungan daripada kami berlima..Kuat dan tidak mampu dikalahkan oleh sesiapapun kecuali Allah..Wajahnya yang begitu bersemangat juga menunjukkan satu usaha yang keras untuk menyebarkan fikrah kami ke seluruh dunia"..
Salah satu tafsiran yang sempat kami cipta ketika itu....Dengar bunyi macam pelik tapi percayalah ia benar seakan-akan benar...
Sebenarnya,individu itu melambangkan diri kita..Dunia pula ialah kawasan di sekeliling kita.Melalui lukisan yang telah disiapkan,individu hampir sempurna dilukiskan namun amat menyedihkan apabila peta dunia kami tidak menjadi..
Konklusinya,kita terlalu leka dengan keselesaan diri kita,hanya mementingkan diri sendiri dan kawasan sekeliling sahaja.. Namun kita masih tidak sedar dengan apa yang berlaku dengan keadaan sekeliling kita yang semakin tenggelam di dalam arus KEMODENAN JAHILIAH..Kita perlu sedar bahawa sekarang dunia kita bukan sahaja memerlukan doktor muslim tetapi juga seorang doktor muslih yang mampu melakukan reformasi dan transformasi bagi menyebarkan biah solehah di muka bumi ini.Untuk menjadi doktor yang muslih kita perlu mengambil berat dengan dunia luar bukan sekadar berada di zon keselesaan menikmati kemewahan di tempat kita sahaja..Tetapi kita perlu membuat satu anjakan paradigma dengan menyebarkan dakwah dan cuba untuk membuka minda kita dengan perkembangan umat islam seluruh dunia.Dengan ini secara tidak langsung kita mampu untuk menyebarkan Islam atas konsep kefahaman yang jelas dan tersusun..Insyaallah..
Lambang The breakers sebagai pengikat ukhuwah dalam kalangan kami |
Aktiviti yang seterusnya ialah tentang Kuiz Tokoh Ilmuwan Islam.Begitu semangat ahli pasukan kami bermain kuiz sampaikan ada yang menyanyi dan berpantun samata-mata mahu mendapatkan markah kreativiti.Walaupun pada mulanya kemenangan berpihak pada akhawat namun apabila sesi kedua dimulakan kemenangan itu berjaya dirampas oleh ikhwah...Tokoh yang kami bincangkan ialah Ibnu Sina,Sultan Muhammad Al-Fateh,Al-Khawarizmi,Ibnu Khaldun dan Ibnu Batutah..Dalam keseronokan kami bermain kuiz sebenarnya tersimpan pelbagai manfaat yang tersembunyi di dalam sejarah tokoh-tokoh ini...Cukuplah sekadar ana mahu bicarakan tentang bagaimana para ilmuwan Islam kita dahulu mempelajari dan memahami Islam terlebih dahulu sebelum mempelajari disiplin ilmu yang lain..Mereka benar-benar faham dengan Islam.Berpegang dan beramal dengannya.Islam bukan sekadar di dalam aktiviti ritual semata tetapi merangkumi segala aspek kehidupan mereka sepanjang siang dan malam...
Akhir sekali sedikit bingkisan motivasi daripada klip video Ustaz Hasrizal tentang PERCAYA DAN BERJAYA..
Untuk mencapai satu kejayaan itu kita perlukan kepercayaan yang tinggi terhadap diri kita terlebih dahulu.
"Abdullah bin Amru bin Al-Ash berkata, "bahwa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba beliau SAW ditanya tentang kota manakah yang akan futuh terlebih dahulu, Konstantinopel atau Roma. Rasulullah SAW menjawab, "Kota Heraklius terlebih dahulu (Konstantinopel)"
Cukuplah sekadar itu,ana rasa tiba masa untuk mengundur diri.Sebagai peserta ana mengucapkan ribuan terima kasih terutama bagi pihak jawatankuasa BOOM 2 kerana telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.Tidak lupa juga kepada Dr Rahim dan Dr Zahidah serta sahabat-sahabat kumpulan ana kerana telah memberikan kerjasama yang mantap semasa program dijalankan.Semoga kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih baik...Ingatlah bahawa perubahan bukan satu proses yang sementara ataupun satu jangka masa yang lama tetapi perubahan merupakan satu proses yang berterusan....
Sekian, Salam ukhuwwah fillah..
0 comments:
Post a Comment