Keindahan suasana matahari terbenam pasti dapat merawat pemikiran yang kusut |
Mungkin akibat kelelahan mempelajari ilmu perubatan di sini yang semakin hari semakin mencabar..Setiap hari pasti akan dihidangkan dengan intipati ilmu yang sukar untuk dihadam dan diproses supaya menjadi pati-pati yang akan melekat di dalam fikiran..Bukan mudah untuk menjadi seorang doktor.. Setiap kalimah yang keluar daripada mulut profesor perlu dihafal sebanyak mungkin...Bukanku mengeluh tapi inilah kenyataan yang kami telah lalui..Sistem module yang diamalkan oleh universiti yang benar-benar menguji kami sebagai bakal doktor yang perlu mengeluarkan ilmu yang dipelajari semaksima mungkin apabila diperlukan....
Semakin hari,semakin kita disibukkan dengan perjalanan untuk mengejar cita sehingga kita lupa dengan tujuan hidup kita.
Kita sibuk hendak berjaya di dalam exam....
Kita sibuk untuk menjadi yang pertama di dalam batch kita...
Berlumba-lumba supaya profesor suka akan kita..
Kita terlalu sibuk dengan buku-buku medic kita..
Hanyut di dalam dunia kita sendiri...
Tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling yang sedang tenat jiwanya..
Akan tetapi kita lupa tentang beberapa perkara..
Kita lupa dengan hak allah ke atas kita...
Kita lupa untuk menjadi seorang mukmin yang sentiasa berlumba-lumba untuk membuat kebaikan..
Berlumba untuk mendapatkan cinta Allah dan maghfiratullah....
Kita lupa dengan kitab panduan kita Al-quran..
Dibiarkannya terbiar tanpa diusap dan dibelai dengan bacaan merdu dari pemiliknya...
Kita semakin lupa dengan perjanjian kita semasa di dalam roh dahulu...
Terlalu jauh juga untuk disibukkan dalam dunia dakwah
Masyarakat sekeliling pula semakin meronta-ronta jiwanya kesakitan...
kita hanya pentingkan masa depan kita...
Bukan masa depan umat kita...
Keluhan ini bukan sekadar sia-sia...Tapi untuk membina dan menyedarkan diri ini sebagai hamba yang lemah...Memang benar hari ini kita sering disibukkan dengan urusan dunia yang tidak putus-putus berkunjung tiba...
Memang benar belajar itu penting...Namun berapa ramai yang sudah memahami konsep belajar yang dituntut oleh Islam???..Ilmu yang kita pelajari sepatutnya dapat mendekatkan diri kita dengan Allah bukan menjauhkan kita daripada-Nya..Ada manusia yang mendapat hidayah daripada Allah apabila mereka mengkaji ilmu sains..Tidak kurang juga para ilmuwan seperti Charles Darwin yang semakin bertambah ilmunya semakin handal dia mencabar kekuasaan tuhan...Seharusnya proses belajar itu menjadi satu wadah untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah...
Masalah sebenarnya terletak pada diri sendiri...Kita harus bijak mengubah suasana bukan suasana yang bijak mengubah kita.Niat harut thabat dengan syariat Islam bukan niat yang dithabatkan pada suasana semata..Zaman ini menghidangkan suasana yang rapuh semakin hari diratahi oleh dunia kemaksiatan...Kita harus beringat supaya sama sekali tidak hanyut tenggelam dalam dunia jahiliah moden ini...
Alhamdulillah..Allah telah memberikan peluang yang amat besar pada diri ana untuk melihat sendiri kelahiran manusia daripada perut ibu di Hospital Shatby Iskandariah...Terkesima melihat keperitan ibu untuk melahirkan seorang hamba Allah..Keagungan Allah mula tersingkap melihat proses kelahiran manusia di atas muka bumi ini yang begitu unik...
Kalimah kesyukuran pada Allah terbit dari hati kerna memberi peluang yang amat besar untuk hidup di dunia i bagi memakmurkan bumi Allah ini...
Kerdil manusia itu sewaktu dilahirkan dan betapa lemahnya diri ini sewaktu menerima panggilan ilahi....
Jadikanlah kami hamba yang bersykur dan bertakwa pada-Mu ya Allah...Amin,,
1 comments:
akan dibaca kemudian...
:-)
Post a Comment