ADS 468x60

.

Saturday, August 28, 2010

Bahagian 1: Peristiwa Hitam yang Tercoret di Lembaran Sejarah

Assalamualaikum..
Mungkin sudah lama ana tidak memulakan bicara di dalam blog ini.Bukan tidak mahu mencoretkan sesuatu di sini,tapi ana cuma mencari sedikit ketenangan di desa.Tapi hari ini insyallah ana akan berkongsi sedikit ilmu untuk dicurahkan...teringat  dengan kata2 murabbi ana dahulu~Ilmu ini umpama sungai yang mengalir,jika dihalang pasti keruh airnya,berjuta kuman pula pasti sudah mula menyebarkan tenteranya untuk merosakkan kejernihan air tersebut..Begitu juga Ilmu...sekiranya kita menyimpannya..sudah pasti virus2 lupa mula menyerang ilmu di benak fikiran kita..Jadi,jernihkanlah ilmu itu dengan mengalirkannya kepada mad`u agar dapat dimanfaatkan bersama~

Bermulanya di sini~~~~~~~~~~~
Kremlin menjadi saksi akan peristiwa hitam di zaman komunis
Sedang ana berehat di rumah...ana terpandang ke sebuah buku sejarah yang amat tebal...Di dalamnya terkandung beribu macam kisah terdahulu yang telah dirakamkan menjadi sebuah buku..Menjadi tatapan kepada kepada pembaca bukan sekadar untuk menjadi hiasan..tetapi juga dijadikan iktibar..Buku sejarah itu seolah-olah skrin yang lebar di panngung wayang.Di sana menceritakan berbagai macam peristiwa yang tragis dan mencengkam jiwa manusia..Walau masanya telah berlalu...tetapi aura peristiwa yang dirakamkan di dalam buku itu masih hidup untuk memberitahu generasi yang akan datang tentang kewujudannya

Membacanya seolah-olah membawa ana menjelajahi semula kehidupan.. 




KOMUNIS....
                                                Lambang Komunis di Russia


Sebenarnya setakat mana kita mengenal ideologi ini???..Mungkin hari ini ideologi ini sudah pupus ditelan dek arus kemodenan zaman..Tetapi harus diingat ideologi ini masih menghantui kehidupan nenek moyang kita..yang telah membunuh berjuta umat manusia di muka bumi ini...Manusia yang berpegang teguh dengan agama dibunuh dengan kejam..Tanpa rasa simpati...Dirobek-robek mayatnya sehingga menjadi cebisan daging..Ya itulah gambaran kehidupan di zaman komunis...

Suatu ketika dahulu,ideologi ini hidup subur di muka bumi ini terutamanya di bumi KREMLIN(Russia).Dengan didasari ideologi komunis yang terbit dari buah fikiran Karl Max dan diirinigi dengan slogan `tanah', 'roti' dan 'perdamaian' Lenin menggerakkan parti Bolshevik yang radikal untuk memberontak dan mengambil alih kekuasaan Rusia dengan cara kekerasan.Pemberontakan pertama gagal.Lantas Lenin berasa bahawa kekerasan yang digunakannya itu itu belum mencapai tahap maksima..Lihatlah corak pemikiran Lenin..Mengikut logik akal,dia seharusnya melembutkan caranya..Tetapi dia meningkatkan lagi kekerasan semaksima mungkin.Maka pada bulan november 1917 pemberontakan kedua dilancarkan dengan kekerasan yang semaksima mungkin.Lenin menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat tersebut.Beribu manusia mati di tangan kekejamannya..

Antara Karl Max dan Lenin???
Karl Max

                       VS
Lenin
Ternyata...Lenin lebih keras dari Karl Max.Jika Karl Max hanya mengisyaratkan perlunya kediktatoran atau pemerintahan diktator unutuk kaum buruh sahaja,Lenin pula berbeza wataknya..Lenin mempraktikkan kediktatoran total bagi mengabadikan pemerintahan komunisnnya..Mungkin dia sudah berjaya..merakamkan sejarah yang hebat..memiliki jajahan takluk yang luas..tetapi namanya juga telah mendapat tempat sebaris dengan FIRAUN,NAMRUD dan ABU JAHAL,,Bahkan lebih teruk daripada itu..Pemimpin yang amat kejam yang pernah tercatat dalam peradaban manusia.

Keganasan berdarah terus terjadi di bumi soviet union.Salah satu mangsa kekejamannya ialah Keluarga Tsar Nicolas Ramanov yang habis dibunuh oleh kaum komunis pengikut Lenin dengan cara yang keji.Keluarga Tsar dan pengikutnya telah ditahan di pergunungan Ural dan dikejutkan di tengah malam lalu dibawa ke gudang bawah tanah.Di antara mereka ada yang ditikam dengan bayonet dan dipukul sampai mati.Kaum perempuannya diperkosa lalu dicincang.Tsar sendiri dan keluarganya dicincang disiram dengan minyakpetrol lalu dibakar hidup-hidup dan kemudiannya dilemparkan ke paya bekas lombong.Tidak ada keturunan Tsar yang terselamat dari kerakusan Lenin.
Keluarga Tsar yang Dibunuh dengan Kejam oleh Lenin

Tragedi kemanusiaan yang maha kejam itu terjadi bukannya sekali..Bahkan hampir berkali-kali dilakukan oleh rejim Lenin.Kaum perempuan tidak ada harga sama sekali.Siapa yang berani menentang Lenin sudah tentu dipastikan binasa dalam keadaan mengerikan..mati dengan jasad tanpa rupa.Di tangan Lenin wajah jahat komunis itu betul-betul wujud secara nyata..

Bersambung....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...