ADS 468x60

.

Monday, October 4, 2010

Tercapainya Impian Di Bumi Anbiya`


Alhamdulillah...Penantian yang sudah lama ditunggu akhirnya datang menjemput tuannya untuk bersama menyelusuri lembaran yang baru....Antara mimpi dan realiti ana sudah berada di mesir yang terkenal dengan jolokan ardul kinanah...Mungkin segelintir  manusia merasakan bahawa perkara ini hanya perkara yang biasa...Tetapi bagi ana,peluang ini merupakan peluang yang paling bermakna bagi seorang insan yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak seberapa senang hidupnya.Membesar dalam keadaan yang agak susah sejak kecil hingga dewasa.Pengalaman yang lalu menjadi satu motivasi untuk terus melangkah  menggapai impian yang dicitakan agar hidup ini sentiasa dalam redha ilahi..


Bergambar bersama keluarga sebelum bertolak ke Mesir


Menyelami Jiwa Amru Al-Asr


Sudah tiba masa untuk ana mengislahkan diri.Mentajdid kembali niat yang baru di sini..Kini peluang yang besar berada di depan mata hanya menunggu sang penakluk yang berjiwa kental untuk menakluki ilmu yang tersimpan di bumi anbiya` ini.Mungkin inilah satu keistimewaan mesir yang dikatakan Amru al-asr sewaktu beliau menyatakan cita-citanya kepada Khalifah Saidina Umar Al-Khattab untuk menakluki Mesir.Siapa gerangan insan yang bernama Amru Al-Asr ini.??


Amru Al-Asr....Beliau merupakan sang penakluk yang paling berjasa dalam usaha membebaskan mesir dari cengkaman Rom.Kehebatannya tercatit dalam lembaran sejarah merakamkan detik-detik yang bermakna buat generasi umat islam di zaman ini.Bukan hanya untuk ditatap dan menjadi hiasan semata..Tetapi seharusnya kita menyelami semangat mereka dan mengambil pelajaran yang berguna untuk diterapkan pada generasi kini.Panglima Amru Al-Asr berjaya menggempur Rom di Mesir hanya dalam masa 4 bulan sahaja dengan berbekalkan 4000 orang tentera.Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil pada waktu itu kerana kota Iskandariah merupakan antara benteng yang terkuat kerajaan Rom.Namun semangat untuk menyebarkan islam telah mengatasi segala perkara yang mustahil....Itulah kekuatan sebenar umat islam...


Langkah pertama di bumi Iskandariah
Masa terus berlalu..Coretan tinta memahatkan catatan sejarah bermakna buat generasi umat islam..Kini semangat penakluk Amru Al-Asr tetap subur dan mekar dalam jiwa pemuda yang bermusafir di sini..Semangat yang jitu untuk menakluki ilmu yang tersimpan di bumi anbiya`..Menyelongkar segala khazanah ilmu yang tersimpan  di sini....Langkah pertama di bumi anbiya` ini bermakna bermulanya proses tarbiyah yang baru di tempat yang menjadi igauan bagi seorang musafir yang dahagakan ilmu agama.Oleh itu, sudah menjadi satu kewajipan buat sahabat-sahabat yang berada di sini untuk menyelongkar segala khazanah ilmu di Iskandariah.Bukan hanya menggenggam segulung ijazah perubatan sahaja akan tetapi pulang bersama ilmu agama yang penuh di dada untuk disumbangkan kepada  masyarakat.Kini semakin ramai produk doktor keluaran universiti di Malaysia akan tetapi kita masih kekurangan seorang Doktor Yang Benar-Benar Muslim!!!!


Pelajar yang Berdakwah atau Pendakwah yang Belajar


Persoalan yang amat menarik untuk kita muhasabah bersama.Adakah kita ini seorang pelajar yang berdakwah atau Pendakwah yang belajar atau kita hanya Pelajar yang belajar.???
Jika kita meletakkan diri kita sebagai seorang pendakwah yang belajar bermakna kita meletakkan dakwah sebagai matlamat utama dengan meletakkkan medium sebagai seorang pelajar.Sekiranya kita seorang pelajar yang berdakwah maka secara automatiknya kita meletakkan pelajar sebagai matlamat utama dan dakwah sebagai matlamat sampingan.Namun lagi teruk keadaannya seandai kita meletakkan diri kita sebagai seorang pelajar yang belajar kerana kita hanya meletakkan belajar sebagai matlamat utama walhal dakwah itu wajib bagi setiap orang muslim...Tepuk dada tanya iman masing-masing..
Bergambar di Muntaza bersama rakan-rakan



Bersama kumpulan PPSMB di istana Raja Farouk



4 comments:

melintangpatah said...

masyaAllah..terkesima baca posting ni..mantop sangat..insyaAllah akan menyusul program2 tarbiyah utk org2 core alex..hehehe

Hairul Anuar said...

tulisan biase je nie...alhamdulillah dah ade follow up kat cnie..

syabab said...

subhanallah..selamat berjuang doktor muslim! km d sini dahagakn doktor MUSLIM.. andai ada kesempatan buatku ke sana.. but HE knows best!!
do pray 4 us..

Hairul Anuar said...

Insyallah....Niat yang suci pasti akan tertunai akhirnya..Amin...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...