ADS 468x60

.
Showing posts with label Diriku. Show all posts
Showing posts with label Diriku. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Sayonara Dakwah Pak Pandir !!!!

Assalamualaikum


Kau Kata

Kau kata...         
Sehiris cintamu,
Sudah pasti bergegar seantero dunia,
Sekuat gegaran bumi Fukushima Daichi,
Seolah mampu menumpaskan ribuan manusia,
Tunduk patuh di bawah syariat ilahi
Tetapi hakikatnya,
Emansipasi jahiliah makin kuat meronta,
Membelenggu kehidupanmu,
Sudah terhapuskah dengan sekelumit cinta monyetmu itu???
Sudah bergegarkah dengan dunia permainan fantasimu???? 
begitu pasti dan angkuh keyakinanmu bersuara...
Namun kau masih berdiam diri, 
hanya pandai berbicara,
mekar tutur janji manismu,
Sungguh impianmu pasti menjadi fantasi!!!

Tuesday, March 29, 2011

Berwajah Baru

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberikan ana cebisan idea untuk mencoret sedikit informasi untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan pembaca sekalian,Selepas penantian yang tiada tentunya selama 2bulan di Malaysia dan bercuti sebagai "mangsa rusuhan " akhirnya kami dipanggil semula untuk kembali berkelana di desa Musa dan Harun.Menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar kembali.

Sedih dan pilu.Tiada lagi bicara kata yang mampu diungkapkan.Segala keselesaan dan keseronokan yang diterima oleh ana di Malaysia menyebabkan hati ini sayu untuk meninggalkan keluarga dan sahabat-sahabat.Amat berbeza jika hendak dibandingkan sewaktu penerbangan pertama untuk ke Mesir.Berkobar-kobar dan ternanti-nanti.Suatu perubahan diri yang mula ana sedari.Peri pentingya untuk kembali tajdid niat agar ana tidak terkeluar daripada landasan yang sebenarnya.


PERUBAHAN YANG DINANTI
Musim bunga bakal tiba tidak lama lagi..
MALAYSIA

"Wei hairul,enta de tengok x gambar kat facebook.Orang Mesir dah pandai beratur naik tramco kowt"ujar sahabat ana melalui talian telefon.Satu fakta yang hampir-hampir tidak dapat dipercayai.
"Awat enta senyap je..Xpercaya ke hairul.Ana serius nie..'sambungnya lagi..
"Errr...Bukan ana x percaya tapi macam mustahil je perubahan mendadak macam tue"jawab ana..
"tengok dulu...mesti enta akan terkejut punye..hehe"balas sahabat ana pula..
"ok2..kalau xde enta belanja ana makan burger ye.."jawab ana sambil cuba untuk mempercayai kata-katanya sebentar tadi.

Monday, February 14, 2011

Mula Ambil Cakna

DirTanggal 13 Februari 2011 merupakan detik kejayaan yang besar buat umat islam di seluruh dunia dan Mesir khususnya.Rejim Husni Mubarak akhirnya jatuh tersungkur tersembam ke bumi setelah hampir 30 tahun memerintah bumi Mesir secara diktator.Liputan media di seluruh dunia menyiarkan tentang kejayaan mereka.Perjuangan mereka untuk menjatuhkan kebatilan tidak sia-sia.Selama 18 hari mereka berkampung di dataran Tahrir yang kini dinamakan oleh mereka sebagai Dataran Syuhada.Disitu juga mereka telah mencipta sejarah dunia apabila melakukan solat Jumaat berjemaah secara besar-besaran seramai 2 juta orang. Perhimpunan mereka pula diusai dengan solat subuh secara berjemaah dan doa kesyukuran hasil kejayaan menjatuhkan Husni Mubarak.Tahniah buat umat Islam di Mesir.
Sembahyang Jumaat di Tahrir Square mengumpulkan kira-kira 2juta penduduknya

Wednesday, February 2, 2011

Suara Kebangkitan rakyat Mesir

Salam,

Alhamdulillah akhirnya internet di asrama sudah pulih seperti sediakala..Hampir 5 hari perhubungan kami dengan dunia luar terputus.Sejak 28 Januari  2011 satu persatu hubungan komunikasi diputuskan akibat penangan daripada kebangkitan umat Islam di sini bagi menjatuhkan Presiden Husni Mubarak dan sekutu-sekutunya seusai daripada solat jumaat.Mula-mula twitter diblok,diikuti dengan facebook,seterusnya internet pula terus dipotong.Selepas itu talian telefon pula menjadi mangsa untuk dipotong menyebabkan kesukaran kepada kami untuk menyampaikan informasi kepada keluarga dan rakan-rakan tentang keadaan di setiap muhafazah masing-masing.
   Pengalaman yang amat membimbangkan apabila kami melalui jalan-jalan di Iskandariah melihat trak-trak polis dibakar,pejabat polis dibakar,kereta kebal dikuasai rakyat,dan senjata polis dikuasai rakyat sebaik saja kami kembali daripada "shopping" di Bur Saied.Alhamdulillah pada malam itu kami selamat pulang ke asrama MARA ..

Kami sempat bergambar dengan kereta kebal tentera mesir yang mengawal kawasan
kerana bank berdekatan asrama MARA dirompak oleh banduan yang terlepas
  Setiap hari kami akan diperintahkan untuk berkurung di dalam rumah daripada jam 4 petang sampai 8 pagi.Kawasan di sekitar asrama MARA dikawal rapi oleh penduduk sekitar daripada dirompak oleh banduan yang terlepas.Ada juga sahabat ana yang ditangkap oleh pihak tentera gara-gara keluar pada waktu perintah berkurung.
    Hati ini sudah kembali gembira apabila mendengar berita bahawa ikhwah dan akhawat yang berada di sini akan dibawa pulang ke Malaysia.Kami semua akan dibawa ke Jeddah terlebih dahulu dengan menaiki pesawat TUDM kemudian menaiki kapal untuk pulang ke tanah air yang tercinta.Satu pengalaman yang pasti berguna buat diri bagi menjadi seorang hamba dan khalifah di muka bumi ini.Sedikit hiba apabila ana mendengar sahabat arab kami di sini menangis apabila mengetahui bahawa kami akan dibawa pulang ke Malaysia...

Thursday, December 23, 2010

Satu Medan Transformasi Diri

Assalamualaikum..
Segala syukur dan puji bagi Allah kerana masih memberi peluang pada kita hidup serta merasai dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman..
Selawat juga buat junjungan Rasulullah S.A.W kerana dengan berkat usaha baginda yang begitu kental dalam menyampaikan Islam di muka bumi ini , memberikan kita peluang yang amat berharga  untuk sama-sama hidup di bawah naungan Islam yang syumul...
Musim sejuk di Mesir sudah  tiba....
Nikmat yang paling besar dalam musim sejuk ini sudah tentu makan dan tidur...
Perkara ini sudah menjadi suatu norma kehidupan masyarakat yang bermastautin di dalam negara empat musim..Tatkala tibanya musim sejuk secara automatiknya malam akan menjadi panjang...Perut juga akan semakin kuat mengadu kelaparan menagih makanan daripada tuannya....Walaupun mesir terletak di benua Afrika namun tempias musim sejuk masih dirasai.....tapi tidaklah mencecah suhu di bawah tahap beku....
Namun perubahan cuaca di sini turut merubah manusia itu..tidak kiralah daripada positif kepada negatif atau sebaliknya...

Sehubungan dengan itu,Persatuan Perubatan Cawangan Iskandariah bertungkus lumus menganjurkan B.O.O.M(Blooming Out Of Mediocrity)...Satu program yang amat bermanfaat buat ahli perubatan yang kelihatan tidak bermaya pada musim sejuk ini untuk terus bergerak aktif menggapai ilmu sebanyak mungkin...
Barisan pejuang kumpulan The Breakers bagi BOOM ke-2

Alhamdulillah setelah selama dua minggu ana mengikuti program BOOM , pelbagai manfaat yang mampu ana cungkilkan melalui aktiviti LDK dan pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan..Sedih dan terdiam seribu bahasa apabila BOOM2 telah melabuhkan tirainya.

Monday, November 22, 2010

Secoret tinta Mengukir Warkah Muhasabah Diri

Suatu hari,hati ini terasa sayu lalu fikiran pun memberi arah tuju kepada jasad untuk berjalan sambil menghirup udara di luar..Berjalan-jalan di persisiran laut Mediterrinean pada waktu pagi pasti mampu merawat fikiran yang sedikit serabut... 
Keindahan suasana matahari terbenam pasti dapat merawat pemikiran yang kusut
Mungkin akibat kelelahan mempelajari ilmu perubatan di sini yang semakin hari semakin mencabar..Setiap hari pasti akan dihidangkan dengan intipati ilmu yang sukar untuk dihadam dan diproses supaya menjadi pati-pati yang akan melekat di dalam fikiran..Bukan mudah untuk menjadi seorang doktor.. Setiap kalimah yang keluar daripada mulut profesor perlu dihafal sebanyak mungkin...Bukanku mengeluh tapi inilah kenyataan yang kami telah lalui..Sistem module yang diamalkan oleh universiti yang benar-benar menguji kami sebagai bakal doktor yang perlu mengeluarkan ilmu yang dipelajari semaksima mungkin apabila diperlukan....

Saturday, October 23, 2010

Lahirnya Cinta Pandang Kedua

Sewaktu langkah pertama di bumi anbiya ini,pelbagai luahan hati yang digambarkan oleh sahabat-sahabat yang lain.Ada yang terkejut,gembira,kecewa dan takjub masing-masing dapat dilakarkan melalui tafsiran mata…Namun apa yang pasti itu adalah kisah pandang pertama kami..Kalau orang-orang tua berkata  pandang pertama melahirkan rasa cinta yang amat berkuasa namun cinta kami pada bumi mesir bermula dengan cinta pandang kedua ….

Masjid ini menjadi saksi kepahlawanan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan bala tenteranya mempertahankan Islam


Memang hakikat mesir tidak sama dengan Malaysia..Banyak perbezaan yang dapat dilihat melalui lahiriahnya…Dengan keadaan mesir yang sibuk dan bising..Bayangkan bandaraya Kaherah saja mempunyai 29 juta penduduk!!..

Bandar Kaherah yang sesak dan padat dengan penduduk seramai 29 juta orang

Monday, October 4, 2010

Tercapainya Impian Di Bumi Anbiya`


Alhamdulillah...Penantian yang sudah lama ditunggu akhirnya datang menjemput tuannya untuk bersama menyelusuri lembaran yang baru....Antara mimpi dan realiti ana sudah berada di mesir yang terkenal dengan jolokan ardul kinanah...Mungkin segelintir  manusia merasakan bahawa perkara ini hanya perkara yang biasa...Tetapi bagi ana,peluang ini merupakan peluang yang paling bermakna bagi seorang insan yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak seberapa senang hidupnya.Membesar dalam keadaan yang agak susah sejak kecil hingga dewasa.Pengalaman yang lalu menjadi satu motivasi untuk terus melangkah  menggapai impian yang dicitakan agar hidup ini sentiasa dalam redha ilahi..


Bergambar bersama keluarga sebelum bertolak ke Mesir


Menyelami Jiwa Amru Al-Asr


Sudah tiba masa untuk ana mengislahkan diri.Mentajdid kembali niat yang baru di sini..Kini peluang yang besar berada di depan mata hanya menunggu sang penakluk yang berjiwa kental untuk menakluki ilmu yang tersimpan di bumi anbiya` ini.Mungkin inilah satu keistimewaan mesir yang dikatakan Amru al-asr sewaktu beliau menyatakan cita-citanya kepada Khalifah Saidina Umar Al-Khattab untuk menakluki Mesir.Siapa gerangan insan yang bernama Amru Al-Asr ini.??


Saturday, August 28, 2010

Perjalanan Membawa Seribu Satu Makna(Hari Pertama)

Assalamualaikum..
Hari ini ada satu perkara yang ana nak luahkan.Rahsia kerajaan yang telah disimpan oleh ana dan beberapa sahabat
bukan niat ana nak bocorkan rahsia.Tapi ana perlu coretkan di sini agar kita sama-sama dapat bercerita hingga ke anak cucu.Bagi para pembaca pula..Jadikanlah pengalaman ini sebagai panduan untuk menjelajah ke TAMAN NEGARA.Yang pasti peristiwa ini sudah pasti akan menjadi satu iktibar bagi kami menerokai alam Allah yang begitu luas ini...

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturanperaturan
Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).” (Surah Ali ‘Imran 3: 137)

Segalanya bermula di sini..

Kami bergambar di hadapan rumah sebelum memulakan ekspedisi
Setelah kami merancang hampir seminggu,akhirnya Allah telah memberi kami peluang untuk membuat ekspedisi kali ini.Perjalanan yang agak jauh.Tiada seorang pun di antara kami yang pernah menjejakkan kaki di Taman Negara Kuala Tahan...iaitu Hutan Khatulistiwa yang tertua di dunia.Mungkin sebab inilah menjadi tarikan bagi kami untuk berjalan melihat akan keindahan alam begitu utuh yang tidak dimamah dek usia..Bukan seperti hutan konkrit yang dicipta oleh manusia..punya banyak kelemahannnya..

Saturday, June 19, 2010

Surat Anak Assyahid Cengiz Songuz

 "Ayah perlu pergi ke sana (Gaza) supaya terbit senyuman di wajah anak-anak yatim (di sana)"


Cengiz Songur dari Konya telah bergabung dengan armada Kebebasan. Ketika ia mengumumkan kepada keluarganya bahawa dia akan pergi ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, salah seorang daripada enam orang anaknya perempuan meletakkan surat ke dalam saku jaket.

Cengiz Songur tidak menyedari kehadiran surat itu sehingga ia menaiki atas kapal ke Gaza.Surat itu bermula dengan kata-kata: "Aku mempunyai beribu-ribu perkataan untuk memberi tahumu, tetapi sekarang semuanya tersangkut di tenggorokku. Aku takut, ayah. Aku merasa takut kerana aku melihat kesedihan di mata kakakku dan ekspresi bimbang di wajah ibuku. Ayah, jangan merasa takut. Pergilah ke sana, Ayah. Pergi ke sana untuk menerbitkan senyuman di wajah anak-anak yatim itu, pergi ke sana dengan iringan doa dari ibu. Pergi ke sana walaupun anda tidak akan dapat kembali. Hal ini indah untuk menjadi anakmu, saya sangat bangga padamu ayah. "

Tuesday, June 15, 2010

Esei Temuduga Mara

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberikan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu bersama para pembaca yang dihormati sekalian.Sudah  hampir sebulan setengah ana menetap di Kuantan untuk menuntut ilmu dan mempersiapkan diri sebelum berangkat ke Mesir.Hari ini cuma nak berkongsi tentang esei Mara yang mungkin berguna buat adik-adik yang bakal menduduki SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Insyallah..

Esei Mara (Ana punya-Medic Timur Tengah)

INTRODUCTION

Dr. Hairul Anuar that is what people will address me one day. It not just an imagination but it is my own target to be a muslim doctor. My full name is Hairul Anuar bin Mahat. My former school was SBP Integrasi Gopeng. I am the third of five in my family. My father, Mahat bin Delon works as a policeman and my mother only a housewife. I have three brothers and one sister. One of my brothers now still doing his first degree in University Malaya. While my second brother studying in Kuala Kangsar Community Colleague. And another two, my little brother and sister, both of them in primary school.

Saturday, May 1, 2010

Bingkisan Cerita dari Bumi Gopeng

















Assalamualaikum warahmatullah hiwbarakatuh....
Bila terlihat gambar ini,teringat kembali nostalgia  bersama rakan-rakan di SBPI GOPENG.Inilah kali pertama kami menyambut hari raya Aidiladha di sekolah tanpa ibu bapa di sisi.Namun inilah pengorbanan yang perlu dilalui dalam perjuangan menuntut ilmu di sekolah.Biar tanpa ibu bapa di sisi namun keriangan sahabat-sahabat perjuangan menjadi pengubat rindu di dalam hati.

Sabda rasulullah S.A.W`Tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya itu seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri'.

UKHUWAH.Inilah ungkapan yang amat bermakna dalam kehidupan seseorang insan.Sudah menjadi satu keperluan untuk manusia menjalinkan hubungan dengan manusia yang lain.Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa pentingnya kita untuk menyayangi saudara kita.Kawan itu bukan sahaja sahabat ketika duka tetapi ketika kita terluka juga.

Pagi itu cuaca agak mendung dan dingin sekali.Tulang sum-sumku umpama ditusuk jarum yang kecil apabila disapa oleh deruan angin yang agak sepoi-sepoi bahasa.Hati terasa sedikit syahdu apabila mendengar suara takbir yang berkemundang di  udara yang memecah kesunyian pagi di bumi gopeng.Biarpun kami berada di dalam bulan peperiksaan,namun kami tetap meluangkan masa untuk menyambut hari yang bersejarah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...