ADS 468x60

.

Saturday, August 28, 2010

Perjalanan Membawa Seribu Satu Makna(Hari Pertama)

Assalamualaikum..
Hari ini ada satu perkara yang ana nak luahkan.Rahsia kerajaan yang telah disimpan oleh ana dan beberapa sahabat
bukan niat ana nak bocorkan rahsia.Tapi ana perlu coretkan di sini agar kita sama-sama dapat bercerita hingga ke anak cucu.Bagi para pembaca pula..Jadikanlah pengalaman ini sebagai panduan untuk menjelajah ke TAMAN NEGARA.Yang pasti peristiwa ini sudah pasti akan menjadi satu iktibar bagi kami menerokai alam Allah yang begitu luas ini...

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturanperaturan
Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).” (Surah Ali ‘Imran 3: 137)

Segalanya bermula di sini..

Kami bergambar di hadapan rumah sebelum memulakan ekspedisi
Setelah kami merancang hampir seminggu,akhirnya Allah telah memberi kami peluang untuk membuat ekspedisi kali ini.Perjalanan yang agak jauh.Tiada seorang pun di antara kami yang pernah menjejakkan kaki di Taman Negara Kuala Tahan...iaitu Hutan Khatulistiwa yang tertua di dunia.Mungkin sebab inilah menjadi tarikan bagi kami untuk berjalan melihat akan keindahan alam begitu utuh yang tidak dimamah dek usia..Bukan seperti hutan konkrit yang dicipta oleh manusia..punya banyak kelemahannnya..




Keindahan Taman Negara yang boleh menyihir sesiapa sahaja yang melihatnya
Kami tahu.Ekspedisi ini menuntut harga yang tinggi dari kami..Bukan harga dari segi wang ringgit bahkan lebih daripada itu..Pengorbanan masa,jiwa dan raga.Di saat sahabat2 pulang bergembira bersama keluarga, tinggallah kami berenam bermusafir di negeri orang.Apa yang pasti kami akan mengutip segala mutiara pengalaman semasa perjalanan kami.

Tepat jam 9.00 pagi,kami mula mengorak langkah menuju keluar dari penempatan Astana Permai.Alhamdulillah cuaca begitu mendung pada pagi itu..seolah-olah merestui akan pemergian kami.Udara yang segar dihirup sepuas-puasnya..Memberi nafas baru di pagi hari,menjana semangat yang kental walaupun hati kami masih dibelenggu dengan kerinduan terhadap keluarga yang begitu menebal..

Apa2pun keputusan telah dibuat...
Taman negara matlamat kami

Kami harus pergi ke TAMAN NEGARA..Tiada masa untuk pandang ke belakang..Malangnya pada pagi itu ayah su tidak dapat mengambil kami.Jadi kami terpaksa menelefon Abah Siva ataupun Daddy Lim..

Perasaan bimbang mula menjengah di hati kami.Bimbang sekiranya tertinggal bas.Namun akhirnya.Daddy Lim sampai di hadapan taman dengan vannya yang cukup lawa untuk menjemput kami seolah-olah kami akan menuju ke medan peperangan.Bersemangat waja.

Di Terminal Makmur..

Kami mula mencari kenderaan yang akan menghantar kami ke Kuala Tahan.Sebenarnya tiada bas yang akan menghantar kami ke Taman Negara.Maklumat yang diperolehi daripada internet dimanfaatkan sepenuhnya.Kami perlu betukar bas untuk sampai ke taman negara.Bas pertama dari Kuantan ke Jerantut berharga RM 16..Bas Kedua daripada Jerantut ke Taman Negara berharga sekitar RM 8...
Sepanjang perjalanan kami merehatkan diri..melayari mimpi-mimpi indah ...sambil mengumpul tenaga untuk menghadapi ekspedisi kali ini.
Bas yang kami naiki sepanjang perjalanan

Tepat jam 1.30 petang,kami sampai ke Jerantut.Perut kami sudah mula memberontak,minta diisi dengan sesuatu.Sebelum kami simggah makan di restoran,kami menyelesaikan dahulu solat jama` takdim di surau bomba.Kalau boleh ingin saja kami meneruskan perjalanan ke taman negara.Namun bas yang akan pergi ke sana  bertolak pada pukul 4.30 petang.Akibat keletihan.kami terlena seusai kami selesai sembahyang.Perut yang kelaparan dibiarkan begitu sahaja.

Lama kelamaan perut kami sudah mula mengamuk akibat kedegilan kami untuk mengisinya.Mahu tak mahu kami perlu juga mengisinya dengan sesuatu.Lalu kami pun mula mencari-cari kedai makan berhampiran.Alhamdulillah akhirnya kami berjumpa juga kedai makan yang menawarkan harga yang murah.Kami tersenyum gembira.Namun salah seorang dari kami mahu menjimatkan duitnya dengan memasak maggi di situ..Bunyinya agak pelik,tapi inilah kisah benar..Memasak maggi di kedai makan..Hanya perlu membayar air panas sahaja RM 0.30...Mungkin ikhwah ni merasakan dirinya tiada wang untuk dibelanjanya nanti jadi walau apa cara dia akan berjimat sebaik mungkin..

Setelah lama kami menunggu akhirnya bas yang ditunggu-tunggu berkunjung tiba.Sepanjang perjalanan mata kami dihidangkan dengan pemandangan yang serba hijau.Tiada lagi bangunan-bangunan konkrit.
Yang menanti kami adalah kota semulajadi..lokasinya jauh dari kesibukan bandar Jerantut.
Tepat jam 6 pettang kami pun sampai ke destinasi yang dituju.Mulanya kami agak janggal dengan suasana di taman negara..Segalanya berlainan dengan suasana kota.Kelihatan beberapa pemandu pelancong mula menunjukkan kemahirannya tentang selok belok di kawasan tersebut.Berbicara tanpa hentinya.. seolah-olah dia mahu menceritakan"Taman negara telah menjadi kawasan permainanku semenjak aku lahir".

Macam2 gelagat yang dapat dilihat sini...Mat Soleh yang tidak cukup kain pun kelihatan seolah-olah gembira berada di Taman Negara..Agaknya mereka ini mungkin salah seorang pengikut teori Charles Darwin..Gembira mahu melihat nenek moyang mereka"Orang Utan".

Memang wajib bagi para pelancong untuk mengambil "guide"..kalau tidak pasti anda akan sesat di dalam hutan Taman Negara yang begitu lcik menyesatkan para pengunjungnya..Sebagai pelancong yang berhemah,mahu atau tidak kami perlu mendengar dan mengikuti "guide" tersebut.Kalau tidak boleh jadi nama kami tercatat di Berita Harian,Harakah mahupun Kosmo keesokan harinya.....
 Enam Orang Pelajar Shahputra Dikhuatiri tersesat di hutan belantara...
Ini bukan perkara yang main2 kerana sebelum ini pun terdapat seorang pelajar UiTM yang sesat selama 22 hari disini..


Kami tiba agak lewat.Jadi kami perlu mencari tempat penginapan secepat mungkin.Kalau tidak terpaksalah kami tidur berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah..Pada mulanya kami menghantar Amirul dan Syuraih untuk meninjau sebuah tempat penginapan yang agak murah.namun sesuatu yang buruk telah berlaku.Mak cik yang kami bertanya tentang kawasan penginapan di taman negara sebelum ini sudah mula mencari-cari kami.Kami faham.Mak cik itu mencari kami. untuk menginap di rumah sewanya.Mahu tidak mahu terpaksalah kami mengikuti kemahuannya.Setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak RM 10 semalam.
Rumah penginapan kami sepanjang pengembaraan kami disini

Malam itu kami hanya menjamah roti bersama sardin kerana di sini makannya agak mahal.Jadi kami mengambil inisiatif untuk menjamu selera kami sepanjang 3 hari disini dengan berbekalkan hot dog,sardin dan mee sedap.
 Selesai solat Isya` kami mula merancang untuk aktiviti pada kesokan harinya.Kami gigih mencari ajen perlancongan pada malam itu walaupun dengan keadaan hujan lebat.Akhirnya kami menemui satu pakej berharga RM 100. Aktiviti yang ditawarkan ialah Rapid shooting.Jumgle trekking+Canopy walkway dan cave exploration.Kami tanpa segan silu pun bersetuju sahaja.Walaupun berkali-kali kami berdebat untuk menurunkan harga namun akhirnya si agen tu berat untuk memberikannya... Harga tetap RM 100!!!.
Waw!! mahalnya..Apakan daya.. inilah nasib perantau yang masih mentah dengan bumi Kuala tahan ini..Baru hari pertama sudah kena "kapak"...Hari kedua pula pasti mempunyai banyak cabarannya..Apa jua yang berlaku kami menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Bersambung..


4 comments:

Anonymous said...

nice adventure to read =)

hisyam lutfi said...

cantik nyer tempat penginapan korang....hehe

HAIRUL ANUAR said...

hoho~~biase r tue...ade yg lawa lg..=)

Anonymous said...

biar betul tempat penginapan rm10..murahnye..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...