ADS 468x60

.

Tuesday, April 3, 2012

Jalan yang INFINTY !!!!

Bismillah,
Alhamdulillah result exam Semester yang ke-3 telah pun diumumkan secara online.. Bermacam-macam ekspresi yang dilontarkan oleh sahabat apabila melihat result hasil titik peluh study selama 4 bulan.
But the way,tahniah bagi yang berjaya dan yang kurang boleh terus untuk "jelous" dengan rakan anda untuk memotivasikan diri untuk terus melangkah lebih jauh meniti tangga-tangga kejayaan akademik..

Dalam kesibukan merobek buku-buku akademik,kadang-kadang kita terlupa tentang satu tangga yang kita nak naik..Bukan NAK..Tapi WAJIB untuk naik!! Perghh tangga ape tu??
 Tangga MARATIB AMAL..






Eh2..macam kenal je tangga ni ...Ha..Ni mesti nak start sembang cite pasal ISK..
Tak jangan salah sangka..Bukan nak sembang pasal Ini sejarah Kita.. Tapi cuma nak ingatkan bagi yang  pernah belajar tentang "tangga" ni..

DImanakah anda sekarang ini???
a)Meluncur dengan penuh bergaya
b)Bertatih-tatih sambil merangkak-rakak
c)atau anda telah tergolek daripada tangga tersebut



 Sejarah Dahulu kala

Time mula-mula  dengar daurah ISK di Kolej Shahputra bersama Akh Fathi pada tahun 2010..
Darah masa tu masih panas dan menggelegak nak ikuti kegemilangan umat Islam kembali..
Edisi Daurah seterusnya di Masjid Shah Alam..Time tu terasa berkepak-kepak badan nak terus terbang ke Ustaziyatul Alam..
Sampai masanya fly ke Mesir bumi anbiya'
Tempat kelahiran dakwah Ikhwanul Muslimin..

Kini sudah hampir dua tahun berlalu,
Zaman ketika di"jentik" dengan tarbiyah,
Ana merenung kembali kejayaan yang ana capai dalam fatrah ini.
Terasa banyak compang-camping dalam me'revolusi'kan diri.
Makin lama dalam proses tarbiyah makin terasa "kerdil' jika nak dibandingkan dengan sahabat yang lain.
Bila tengok gerak kerja syabab ikhwanul muslimin di universiti Iskandariah,terasa "mandul"nya diri ini dalam menyumbang kepada Islam..
"Jelous" bila melihat semangat mereka dari segi amal fardi mahupun amal jamaie..
Ada di antara mereka yang pernah  dibuang oleh dekan sewaktu zaman Husni Mubarrak gara-gara ingin menghidupkan biah Islamiah di Fakulti Perubatan..
Madrasah qiamullail dan subuh berjemaah dijaga untuk menguatkan tenaga dalaman dan luaran bagi menghadapi cabaran yang cukup lasak di dalam rencah dakwah di Mesir.
Seumpama madrasah kewajipan qiamullail setahun pada fasa tarbiyah Makkah untuk menguatkan umat Islam ketika itu untuk mengahadapi segala cabaran fizikal dan mental.

Cerita Mereka


Pelbagai masalah yang dihadapi ikhwan dalam rencana mereka mahu menegakkan Islam kembali di bumi Mesir.Kerajaan sementara sekarang ini  pula semakin menekan ikhwan dan memburukkan nama FJP party dengan membuat pelbagai isu-isu seperti masalah pengangguran,masalah diesel,masalah tram, dan pelbagai lagi..
Tram Iskandariah yang terbengkalai hampir 3 hari akibat mogokan pekerja


"Majlis Sya'ab kami tak de guna langsung"rintihan seorang muda lantaran menjustifikasikan keadaan yang dihadapi oleh mereka.Kesimpulan mudah se "simple' ABC..
Benar melihatkan kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat kelas bawahan amat menyayatkan hati.
Ada yang kene buang kerja akibat syarikat telah bankrap,berlaku inflasi,kenaikan harga makanan telah mnyukarkan lagi kehidupan mereka,

Rakyat tidak mengetahui kesukaran pemimpin mereka dalam melaksanakan tugas-tugas  untuk membaiki masalah yang SUMPAH banyak setelah ditinggalkan oleh HUSNI MUBARAK.Terlalu banyak islah yang perlu dibuat daripada mentaliti masyarakat,produktiviti,masalah dalaman dan luar negara.

Segala usul yang dibuat di dalam majlis sya'ab pula tidak dilaksanakan oleh pihak pemerintah sementara.Walaupun kebanyakan dewan parlimen dikuasai oleh golongan Islamis namun segala usul yang telah dibuat tidak boleh dilaksanakan oleh mereka kerana kuasa pelaksana terletak pada tangan presiden dan pihak kerajaan.Hal ini telah mencalitkan nama buruk kepada golongan islamis di majlis sya'ab.
Berbagai strategi yang dirancang oleh FJP party untuk menumbangkan golongan liberal,sekular,qatlu masri, yang tidak sudah memburukkan dewan parlimen dengan menggunakan media massa yang kebanyakannya dimonopoli oleh pihak-pihak yang tidak mahu melihat kebangkitan Ikhwanul muslimin
.
Dan kini setelah syura dibuat mereka telah bersetuju untuk meletakkan Ir Khairat Shateer sebagai calon mereka untuk PRESIDEN Mesir yang baru.Seorang tokoh yang amat berpengaruh dan mempunyai hampir 32 syarikat di bawahnya.Walaupun sudah hampir 4 kali dimasukkan di dalam penjara namun kekuatan beliau untuk terus berjuang amat kental.Beliau juga merupakan antara penyumbang kewangan(duit isytirakat) untuk Muslim brotherhood.

Hasil keputusan syura ini amat mengejutkan semua pihak.Sudah lama ana menunggu kenyataan daripada maktab irsyad tentang siapa yang bakal mereka sokong untuk presiden kali ini.Tapi tak sangka mereka telah membuat keputusan untuk meletakkan calon mereka sendiri.Moga syura mereka kali ini adalah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.


Penganalisis Politik dunia Asia Barat berlumba-lumba ingin mengetahui perkembangan semasa kebangkitan Dunia Arab( " Arab Spring") selepas mereka berjaya menjatuhkan pemerintah kuku besi mereka.
Tidak ketinggalan juga penganalisis politik daripada Malaysia Dr Ustaz Maszlee Malik.

perjumpaan ikhwah bersama ustaz maszlee
Rasa amat bertuah dapat berjumpa dengan ustaz maszlee sambil berbincang mengenai politik asia barat dan serba sedikit mengenai politik Malaysia.
Antara harapan beliau kepada anak-anak muda Malaysia di Mesir supaya mengikuti perkembangan politik di Asia Barat kerana banyak faedah yang boleh diperolehi daripada gerakan kebangkitan mereka..Satu model yang boleh dijadikan contoh untuk dimplementasi di pentas dakwah di Malaysia.

Muhasabah


Mereka sudah melangkah dengan bergaya untuk menegakkan daulah Islamiyyah
Kita dimana??
Jika kita masih mahu menjadi muslim yang lepak-lepak jangan mimpilah untuk anda merasai kegemilangan Islam seperti di zaman Abbassiyyah.

Kalau tak habis-habis beralasan nanti, x cukup matang, tak bersedia sampai bila kita mahu tunggu..

Masih "valid" lagi ke nak gunakan alasan "belajar" medic itu sibuk untuk menggerakkan dakwah kepada masyarakat...
Kalau nak dibandingkan result student Arab dengan student Malaysia,sudah tentu Arab lagi "power"
Lagi berketul-ketul malu kat atas muka ni..

Bulan Januari hari tu dengar lagi cerita pasal "tangga' itu daripada ikhwah Arab..
Mengingatkan kembali nostalgia dua tahun yang lalu zaman ketika semangat yang masih berkepul-kepul..
Mendengarkan kisah pasca revolusi di Mesir adalah tanda berjayanya dakwah mereka secara rahsia yang hampir 60 tahun "ditindas" daripada zaman Dinasti Farouk,Gamal Abdul Naseer,Anwar Sadat,Husni Mubarak..
Kini mereka dalam fatrah pemilihan Presiden.Gerak kerja mereka terlalu tersusun,keluh keringat ditumpahkan kerana dakwah kepada masyarakat untuk menuju ke Ustaziyatul Alam.





Memang benar tugas dakwah ini berat..
Ana tak nafikan
Jalan ini tiada penghujungnya,jalan tarbiyah adalh jalan yang INFINITY..
Banyak cabaran yang perlu dihadapi dan dirasai segala pahit maung oleh jejaka-jejaka yang menitinya,
Tapi ingat nak dapat syurga Allah bukan senang,
hanya orang yang hebat yang layak untuk mendiami syurga milik Allah.
Dunia hanya tempat singgahan kita yang semnetara dan perlu "all out" untuk melaksanakan syahadatul haq SAKSI ATAS KEBENARAN yang telah Allah berikan kepada kita.

Waallhua'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...