ADS 468x60

.

Saturday, May 1, 2010

Bingkisan Cerita dari Bumi Gopeng

















Assalamualaikum warahmatullah hiwbarakatuh....
Bila terlihat gambar ini,teringat kembali nostalgia  bersama rakan-rakan di SBPI GOPENG.Inilah kali pertama kami menyambut hari raya Aidiladha di sekolah tanpa ibu bapa di sisi.Namun inilah pengorbanan yang perlu dilalui dalam perjuangan menuntut ilmu di sekolah.Biar tanpa ibu bapa di sisi namun keriangan sahabat-sahabat perjuangan menjadi pengubat rindu di dalam hati.

Sabda rasulullah S.A.W`Tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya itu seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri'.

UKHUWAH.Inilah ungkapan yang amat bermakna dalam kehidupan seseorang insan.Sudah menjadi satu keperluan untuk manusia menjalinkan hubungan dengan manusia yang lain.Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa pentingnya kita untuk menyayangi saudara kita.Kawan itu bukan sahaja sahabat ketika duka tetapi ketika kita terluka juga.

Pagi itu cuaca agak mendung dan dingin sekali.Tulang sum-sumku umpama ditusuk jarum yang kecil apabila disapa oleh deruan angin yang agak sepoi-sepoi bahasa.Hati terasa sedikit syahdu apabila mendengar suara takbir yang berkemundang di  udara yang memecah kesunyian pagi di bumi gopeng.Biarpun kami berada di dalam bulan peperiksaan,namun kami tetap meluangkan masa untuk menyambut hari yang bersejarah ini.



Perjuangan kami tidaklah sebesar mana jika dibandingkan perjuangan Imam Syafie yang sanggup merantau beribu batu semata-mata mahu mengumpulkan hadis Rasulullah S.A.W.Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, dan tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.Begitulah hebatnya semangat yang dimiliki oleh Imam Syafie dalam perjuangan menuntut ilmu.Semangat inilah yang perlu diikuti oleh para pelajar.

Beliau juga sanggup menginfakkan tenaga dan wangnya dalam usaha menuntut ilmu agama untuk dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang..Amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekarang kerana segalanya kita perolehi.Duit,makanan dan baju semuanya diuruskan oleh ibu bapa dan pihak sekolah .Apa yang perlu untuk seorang pelajar itu ialah hanya belajar dan menjadi seorang terpelajar.

`Hairul,jom kita lepak kat depan dewan makan..Aku nak tengok matahari terbit pagi aidiladha nie'..ajak hud salah seorang kawanku...
Sekolah kami mempunyai satu kelebihan iaitu mempunyai banyak panorama pemandangan yang cantik yang menunjukkan akan kekuasaan Allah.BETUL....Tiada sesiapa makhluk yang mampu mencabar kuasa TUHAN.Allah sahajalah yang mampu mencipta segala keindahan di muka bumi ini.Kita sebagai manusia sepatutnya memerhati kebesaran Allah agar diri kita sentiasa berada di bawah naungannya.

        Panorama yang sempat dirakam di bumi Gopeng ketika matahari terbit di ufuk timur
.
Begitu besar keindahan Allah yang terdapat di muka bumi ini.Namun berapa ramai manusia yang menghargai keindahan yang Allah telah jadikan untuk menjadi bukti sebagai kewujudan tuhan.Mengapa kita tidak melihat keindahan yang telah dicipta oleh Allah agar diri kita menjadi hamba Allah yang bertakwa.

                                      Bangunan SBPI Gopeng yang tersergam indah 

BAGAIMANA KITA BOLEH KENAL ALLAH????......

Persoalan ini merupakan antara salah satu soalan yang boleh dikatakan famous dan sering timbul di benak fikiran kita.Apabila kita mahu mendekatkan diri  kepada tuhan pencipta, hati kita mula mencari jalan untuk mengenal Allah dengan lebih lanjut lagi agar kasih diri ini sentiasa terpaut dengan kasih ilahi serta mendapat redhanya.

JAWAPANNYA.....

"ADA DI DIHADAPAN KITA.ALAM YANG TERBENTANG LUAS DI MUKA BUMI INILAH MENJADI SAKSI AKAN KEWUJUDAN ALLAH"

YA.Kalau kita mahu kenal Allah,hendaklah kita mengenal ciptannya yang sungguh indah dan kompleks. Sehinggakan sekecil-kecil sel yang diciptakan oleh Allah mempunyai struktur yang amat kompleks untuk difahami.Begitulah hebatnya ciptaan Allah yang amat agung.Kita kenal angin melalui pokok-pokok yang bergoyang,begitulah juga bagaimana kita mengenal Allah.
"Mengenal-Nya melalui ciptaan yang agung"
Waallahua`alam...

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulilah...
bnyk yg ana dpt dr blog nie...
syukran jazakrallah....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...