ADS 468x60

.

Monday, March 21, 2011

Team II Ikhlas daripada Hexagen buat junior

Alhamdulillah,akhirnya  program yang dirancang pada minit-minit terakhir akhirnya telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang terpaksa kami tempuhi.Namun atas semangat yang ditonjolkan oleh para fasilitator yang hanya ber"title'kan seorang bekas pelajar SBPI Gopeng telah menyemarakkan lagi semangat  junior-junior yang masih berkelana di tahun akhir persekolahan bagi menabur bakti di SBPI Gopeng.Satu saat yang pasti amat kami rindui,zaman persekolahan yang tak sempat untuk kami meluangkan masa bersama dan menghabiskan kerja kami bagi menyemai biah solehah di sini.Diharapkan para daie yang telah ditaklifkan akan terus menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah..Buat bekas-bekas pelajar teruskan bersama dalam usaha untuk memberikan sedikit bingkisan buat adik-adik agar mereka terus thabat di jalan Allah..


Taklimat selangkah ke bumi Anbiya'

Motivasi daripada Fahmi Zamhuri


Hasil kejayaan batch SPM 2009

Nadzir yang sentiasa ceria


Khusyuk para pelajar mendengar motivasi daripada saudara Raihan
Bersama ustazah Norhayati dan Miss Gan

Sekalung penghargaan juga buat pihak sekolah dan para pelajar kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga bagi menjayakan program Group HEXAGEN ini.Diharapkan sekolah akan tetap cemerlang dan memperolehi anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi.Kepada badan kepimpinan sekolah teruskanlah berusaha untuk menjalankan tanggungjawab yang telah ditaklifkan ke atas anda untuk menyemai roh-roh islami ke dalam setiap diri pelajar di sini agar mereka sentiasa sukses di dunia dan juga di akhirat..Insyaallah..


1 comments:

pamek said...

akan ade prog lagi bulan 7 nie...doakan aw....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...