ADS 468x60

.

Saturday, October 23, 2010

Lahirnya Cinta Pandang Kedua

Sewaktu langkah pertama di bumi anbiya ini,pelbagai luahan hati yang digambarkan oleh sahabat-sahabat yang lain.Ada yang terkejut,gembira,kecewa dan takjub masing-masing dapat dilakarkan melalui tafsiran mata…Namun apa yang pasti itu adalah kisah pandang pertama kami..Kalau orang-orang tua berkata  pandang pertama melahirkan rasa cinta yang amat berkuasa namun cinta kami pada bumi mesir bermula dengan cinta pandang kedua ….

Masjid ini menjadi saksi kepahlawanan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan bala tenteranya mempertahankan Islam


Memang hakikat mesir tidak sama dengan Malaysia..Banyak perbezaan yang dapat dilihat melalui lahiriahnya…Dengan keadaan mesir yang sibuk dan bising..Bayangkan bandaraya Kaherah saja mempunyai 29 juta penduduk!!..

Bandar Kaherah yang sesak dan padat dengan penduduk seramai 29 juta orang


Pengalaman Pandang Pertama
Bicara kata tidak mampu meluahkan perasaan yang tersemat di benak fikiran kami.Sewaktu pertama kali sampai di sini, nak menghirup udara di luar pun terasa seram sejuk dek penangan cerita yang diriwayatkan oleh ustaz kepada kami sewaktu di kolej persediaan..Segala kisah yang diceritakan hampir semua menjadi kenyataan.Memang benarlah kata-kata senior di Mesir.Tidak sampai dua hari di Mesir, sudah ada mangsa dalam kalangan kami yang ditipu oleh teksi dan peniaga aiskrim.Bayangkan harga aiskrim dijual dengan harga 10 genih!!!

Banyak pengalaman yang berjaya ditempuh oleh kami setelah sebulan bermukim di kota Purba Rom ini.
Pelbagai perkara yang boleh dipelajari  melalui suasana kehidupan di sini yang amat unik dan memiliki kelebihannya sendiri.Mungkin buat kali pertama anda akan terkejut dengan suasana di sini.Namun di sebalik kesibukan kota metropilitan ini masih tersimpan mutiara di dalamnya...

Kisah Duka..


Nasib tidak menyebelahi ana pada hari itu..Selesai sahaja kuliah,kami mula beransur pulang ke bangunan mara .Sudah menjadi rutin harian untuk berjalan kaki ke tempat kediaman kami  disebabkan jarak asrama MARA daripada universiti tidaklah terlalu jauh.Sebelum pulang kami singgah di sebuah masjid yang berdekatan tempat kuliah untuk mendirikan solat asar..

Ana terlupa dengan pesanan senior agar sentiasa meletakkan barang di depan walaupun ketika sembahyang.Namun takdir telah menetapkan segalanya. Beg yang berharga pun diletakkan disebelah ana…

Seusai sembahyang,beg itu pun hilang dari pandangan mata…Beg ana telah dicuri oleh seorang lelaki arab..Perasaan marah memang tak terkata dibuatnya,diikutkan hati mahu dihamburkan keluar sahaja…Puas ana mencari beg tersebut namun tetap tidak dapat diketemui sehingga hari ini…
Biarlah pengalaman ini yang mematangkan ana…Mengajar erti untuk menerima musibah dengan redha dan mengambil pengajaran untuk lebih berhati-hati di masa hadapan..Saat ini,ana merasakan perbuatan ini terlalu sukar dimaafi...
Namun segala kebencian  terhadap bangsa arab hilang selepas ana bertemu dengan beberapa sahabat arab yang baik akhlaknya.Mengajar erti persahabatan yang subur dengan semaian benih-benih ukhuwah disirami   air mahabbah.Sebuah pertemuan yang tidak dirancang oleh kami..Namun segalanya telah Allah aturkan sebagai satu pengajaran buat hambanya..…
Mungkin peristiwa ini dapat mengubah pemikiran ana terhadap mereka…Sebuah pengalaman yang terlalu bermakna untuk dilalui oleh kami...Terima Kasih Ya Allah...


Bermulalah Cinta Pandang Kedua
Alhamdulillah Allah telah mengaturkan yang terbaik buat hambanya.Segala yang berlaku terhadap diri kita mempunyai banyak hikmahnya.Perlu kita teliti dan memikirkannya sejenak...
Seorang hamba yang bijak akan menjadikan perkara yang berlaku di sekelilingnya sebagai satu tarbiyah....
Tarbiyah secara tidak langsung..tidak dipinta..ia hadir dengan seribu satu makna.. 
Pada satu malam ana dan sahabat yang lain menunaikan solat Jemaah di masjid makam nabi Daniel sambil mengikuti kuliah feqah di situ .Selesai sahaja kuliah bersama Syeikh Muhammad Yahya al-kittani,kami pun mula mengatur langkah pulang ke asrama mara ..


Pertemuan yang Tidak Dirancang
Dalam perjalanan pulang ke asrama,seorang lelaki arab tiba-tiba memintas kami...
"Salam alaik.Ya soddiqi..entum biteruh finn.??(Wahai sahabat2 semua.kemana kamu hendak pergi??)..
 Tegur arab itu tadi..


"Nahnu insyallah narjau` ilal bait(Insyallah kami akan pulang ke rumah)..."jawab kami serentak.Masing-masing kelihatan terkial-kial untuk bertutur dalam bahasa arab.Maklumlah kami baru tahun pertama di sini.
"
"Ayuwah,Ismi Kamal..Ta`al ma`ak"(Oh..Nama saya Kamal.Mari ikut saya...)ajak lelaki arab tersebut sambil menarik-narik tangan kami...


Melihat kesungguhan lelaki arab itu tadi,naluri kami terpanggil untuk mengikutnya.
Kami pun dibawa sampai ke sebuah lorong yang sunyi lalu dibawa memasuki sebuah masjid lorong.
Tak sangka, rupa-rupanya Kamal membawa kami menemui sahabat-sahabatnya yang lain.Kelihatan beberapa jemaah sedang khusyuk mendengar tazkirah yang diberikan oleh seorang syeikh..Bahasa arab kami yang masih tidak masyi-masyi lagi menyukarkan kami untuk memahami apa yang cuba dibawa oleh syeikh tersebut…Namun kami masih dapat memahami beberapa isi tazkirahnya.Selesai kuliah,kami dibawa ke sebuah bilik di belakang masjid tersebut..Pintu ditutup rapat..Serapat-rapat yang mungkin...Denyutan jantung kami mula berdegup kencang…Hati kami mula merasakan sesuatu yang tidak kena
Tiba-tiba.....

Kedengaran  suara seorang syeikh mengalunkan ayat-ayat suci al-quran.Hati kami bergetar mendengar suara syeikh tersebut.Retaklah segala sangkaan buruk yang bermain-main di fikiran kami sebelum ini.Kelihatan jemaah yang lain khusyuk menghayati bacaan tersebut sambil menangis teresak-esak dibelai bacaan yang amat merdu itu..Seusai bacaan syeikh tersebut,salah seorang jemaah mereka pun menghuraikan makna ayat suci al-quran tersebut satu persatu..Begitu hebat mereka berbicara..Penuh semangat dan bersuara lantang..Sesuatu perkara yang sukar ditemui Malaysia.
Kami sebagai pendatang baru dilayan seolah-olah sebahagian daripada mereka.Umpama seorang ayah yang menyayangi anaknya.Begitulah kekuatan ukhuwah islamiah yang terbina di antara mereka yang terlalu kuat seolah-olah menghidupkan kembali suasana ukhuwah kaum Ansar dan kaum Muhajirin.


Kini,sudah hampir dua minggu kami bersahabat bersama mereka.Setiap kali berjumpa pasti mereka akan mencium pipi kami sebagai tanda kasihkan seorang sahabat.
Andaikata perkara sebegini berlaku di Malaysia sudah pasti akan timbul ungkapan
"Eeeeeee~~~~..gelinya..Diorang buat ape tue..Ada ke patut lelaki dengan lelaki buat perkara macam tue"..
Itulah mentaliti masyarakat Melayu..Mereka hanya kenal cinta antara lelaki dan perempuan..Cinta inilah yang ditafsirkan oleh masyarakata kita sebagai cinta sejati..Namun mereka lupa akan sabda Rasulullah..
Hadis Anas r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Riwayat Muslim)
Indahnya persahabatan itu sekiranya kita hiasinya dengan ukhuwah islamiah

Ya..Inilah cinta sejati yang dilupakan oleh kebanyakan manusia..Cinta pada Allah dan Cinta kepada sahabat kerana Allah..Bukan cinta seorang "Balak" kepada "Awek"nya..

Ingatlah...Sebagai seorang muslim,kita perlu membina tali-tali ikatan ukhuwah sesama muslim dan mencintainya umpama para sahabat yang mencintai Rasulullah.Sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan Rasulullah...Tetapi jangan sesekali kita lupa untuk menyambung tali ikatan antara sahabat dengan tali(hubungan) Allah supaya setiap persahabatan kita diredainya.
Bersahabat untuk mendekati diri kita kepada-Nya ..


Dan jangan lupa..Lihatlah Mesir dengan MATA HATI..Ketahuilah Mesir merupakan bumi barakah yang telah banyak berjasa kepada umat Islam.Jangan kita terlalu taksub melihat keburukan Mesir...Bagi sahabat-sahabat yang berada di Mesir,hargailah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk berusaha memenuhi ilmu di dada untuk disumbangkan kepada umat Islam di Malaysia kelak...Jangan disebabkan musibah yang kita lalui di Mesir menyebabkan kita membenci Mesir dan masyarakatnya..Pasti kita akan rugi..
Belajarlah untuk mencintai Bumi Mesir insyallah segala kebaikan di bumi anbiya` ini akan terbomgkar dengan sendirinya..


Cinta Pandang Kedua
23/10/2010
11.15 malam

6 comments:

melintangpatah said...

masyaAllah..bestnye..dapat taujih pak arab..nnt kene kongsi dgn kitorg kt sini..x sabar nk dgr..syeikh hairul bg taujih..

Hairul Anuar said...

akhi lagi layak lagi bagi taujih...hehe...

Anas Zok said...

10 ganih? banyak sangat ke? macam 10 sen?

Hairul Anuar said...

10 genih bnyak r...dalam 7 ringgit duit malaysia..=)

ahmed said...

10 genih tu 5ringgit jela hairul

Hairul Anuar said...

nak dekat r tue irfan...hehe..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...