ADS 468x60

.

Sunday, September 5, 2010

Aqidah Bola Besi

Bismillahirrahmanirrahim...


Pertemuan usrah kami kali ini di dalam sebuah bilik di Masjid Negeri Shah Alam

Alhamdulillah Allah telah meluangkan masa hambanya ini untuk menukilkan sebuah ilmu yang baru diperolehi daripada kembaranya di Shah Alam baru-baru ini.Memang cantik aturan Allah.Memang benarlah atas dasar ukhuwah dan tarbiyah mampu untuk mempertemukan dan menjalinkan persahabatan hambanya walaupun liqa`nya jauh beribu batu.Persahabatan inilah yang dibina atas landasan aqidah dan fikrah yang sama walaupun sebelum ini kami tak pernah kenal antara satu sama lain.Ana masih ingat lagi kisah yang diceritakan oleh naqib ana semasa ditarbiyah di sekolah izzuddin shah dahulu iaitu berkenaan kisah persahabatan yang terbina atas dasar tarbiyah.
           Ceritanya berkenaan Imam Hassan AI-Banna yang pernah mengatur sebuah pertemuan dengan ahli ikhwanul muslimin secara mengejut.Pada pagi itu beliau membuat pengumuman untuk bertemu dengan para pengikutnya dari pelosok tanah Arab .Jadi dipendekkan cerita seluruh ahli pengikutnya hadir sebagai tanda wala` mereka kepada pemimpin.Namun tidak diduga di dalam pertemuan itu Imam Hassan Al- Banna hanya mengucapkan salam kepada pengikutnya .Tanpa merungut sepatah kata,mereka pun pulang membawa diri  ke tempat masing-masing.Lihatlah begitu hebat aura persahabatan yang dibina atas dasar Fikrah Islamiah.Mereka sanggup turun beribu batu jauh,semata-mata untuk mendengar ucapan daripada ketuanya walaupun hanya ucapan salam sahaja.Jadi seharusnya kita serapkan semangat ini  ke dalam sanubari,agar kita mampu menongkah arus,berkorban masa dan tenaga untuk menerima tarbiyah walaupun liqa`nya jauh beribu batu.Namun sekiranya hati-hati kita telah diikat atas dasar ukhuwah islamiah insyallah tempat yang jauh itu mampu didekatkan dengan hati-hati kita yang ikhlas.Insyallah hari ini ana akan memberikan satu analogi yang baru dipelajari daripada Abang Adam Tan sahabat kepada Abang Fathi yang bertugas sebagai pensyarah di UITM.






Analogi Aqidah Bola Besi  
Terdapat 2 bola besi yang dimaksudkan di sini, yakni BOLA BESI MUSLIM dan BOLA BESI KAFIR. Bola besi ini terdiri daripada 3 lapisan, iaitu lapisan paling dalam yang mewakili AQIDAH. Lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan perasaan, manakala lapisan ketiga atau yang paling luar mewakili pemakaian, perilaku, tutur kata, hobi dan akhlak luaran seseorang.


Bukankah sifat bagi besi adalah senang melebur? Oleh itu, sekiranya lapisan paling dalam yakni 
Aqidah difahami oleh setiap individu dengan sebenar-benarnya, ia akan melebur dan menembusi lapisan kedua, yang mewakili hati dan perasaan manusia.Apabila lapisan kedua juga melebur dan ditembusi, maka secara automatiknya lapisan ketiga akan ditembusi dan mempengaruhi hobi, cita-cita, akhlak dan luaran setiap insan.
                                                            sifat besi yang melebur


Justeru, daripada teori bola besi ni, dapatlah kita simpulkannya di sini bahawa untuk melahirkan insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan seorang Muslim sejati,aqidah perlu diyakini, dihadam dan difahami dengan sebenar-benar kefahaman.Aqidah seorang muslim bukan sekadar dihafal dan diungkapkan di mulut semata-mata, tapi kita mahukan apa yang terbit dari jasad kita didasarkan daripada aqidah yang benar

Jangan lah kita jadikan akidah kita tersemat kemas di hati kita sahaja.Tugas kita ada untuk meleburkannya agar dapat mempengaruhi dan meleburkan lapisan kedua (fikrah) bahkan lapisan ketiga(amalan) juga.


     Setiap insan di muka bumi ini mempunyai bola besi masing-masing termasuk orang kafir juga.Dan entah mana silapnya walaupun aqidah bola besinya sama sahaja seperti aqidah bola besi muslim namun ia ebih mempengaruhi lapisan luarnya sehingga terpalit kepada aqidah bola besi muslim.Pada hari ini rata-rata masyarakat muslim ini langsung tidak menembusi  dan mempengaruhi lapisan kedua dan ketiga.Sebagai contoh aqidah seorang muslim itu memang jauh berbeza dengan orang kafir.Orang muslim mempercayai kewujudan dan keesaan Allah,sedangkan orang kafir terus terang menolaknya.Namun realitinya sekarang,ramai muslim terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir,sama ada sedar mahupun tidak, dari segi pemikiran dan amalannya.

  Lihat saja muslim zaman ini, kalau disemak lapisan keduanya, perasaan dan emosi mereka sama saja seperti orang kafir. Jika hati si kafir hanya bersangkut-paut dengan bercinta sebagai pasangan kekasih, muslim pun sama saja. Malahan bagi remaja muslim zmn skrg, ber-couple adalah trend, dan sesiapa yang tidak ada pasangan, dianggap tidak laku, kolot, dan seumpamanya. Meskipun couple itu dilarang dalam Islam.Perasaan dan emosi seorang muslim dan kafir juga tiada beza, hanya jiwang-jiwang, romantik, menangis tgk cerita hindustan dan korea .Jika segelintir kafir tiada perasaan sensitiviti terhadap umat Islam Palestin cthnya, muslim pun sama saja.

Budaya couple semakin menjadi-jadi mutakhir ini

   Kita pergi jauh lagi melihat lapisan ketiga(amalan) bola besi, yang mewakili sikap luaran dan kesukaan manusia.Hari ini ,akhlak kebanyakan muslim tidak melambangkan langsung bahawa dia beraqidah seorang muslim, bahkan kadangkala lebih teruk daripada si kafir.Seperti apa yang kita lihat realitinya hari ini remaja kita sudah makin terikut dengan gejala hedonisme.Jika orang kafir suka dengan muzik black metal,apa kurangnya dengan jiwa anak-anak muda sekarang ini.Bahkan pada hari ini ada sesetengah golongan umat Islam yang tidak mempercayai tuhan.Muslim hanya pada nama sahaja bukan pada aqidah dan amalannya.


Mat rempit semakin mendapat sambutan dalam kalangan muda mudi
Parti berhibur turut disertai oleh umat Islam sendiri
   Ada juga telah jauh menyimpang daripada aqidah bola besi seorang muslim.Sejak di bangku sekolah mereka telah belajar apa itu Islam,ajarannya,ibadahnya dan amalannya.Namun apabila meningkat dewasa ilmu dan aqidah yang dipelajari tidak dipraktikkan langsung,hanya sekadar disimpan kemas di dalam fikiran yang sudah lama membeku.Angkara sikap ini masyarakat menjadi semakin huru hara.Aqidah seorang Muslim itu langsung tidak dileburkan untuk mempengaruhi fikrah dan amalan mereka.Tidak hairanlah hari ini bagaimana manusia sanggup bersikap kejam dengan membuang anak merata-rata dan mereka terlalu sadis untuk membuang bayi yang mereka kandungkan selama beberapa bulan di tempat yang menjijikkan.Adakah ini melambangkan sifat kemanusiaan yang sepatutnya ataupun lebih menyimpang daripada sifat binatang.Sungguh mengaibkan!!


Gejala buang bayi makin berleluasa walaupun di bulan Ramadhan

                                                   




Entah kita betul-betul tidak sedar akan bahayanya realiti itu pada hari ini atau kita juga telah ‘khayal’ hasil suntikan doktrin-doktrin aqidah bola besi kafir .Kita makin galak meniru cara hidup barat sehingga cara hidup Islam dilupakan sama sekali.Aqidah orang kafir telah terpalit di "bola besi" Muslim.Manusia Bertuhankan Hiburan Semata!!!!









AQIDAH HIBURAN




Hiburan satu nikmat!
Hiburanlah yang kita perlukan!
Hiburanlah segalanya!





Kita sudah maklum,melalui rancangan-rancangan sebeginilah,sedikit demi sedikit ia akan mempengaruhi cara hidup masyarakat itu sendiri dan merosakkan buah aqidah muslim itu.Cara berpakaian,pergaulan yang tidak terbatas dan semakin kurangnya minat untuk belajar dan menguasai ilmu.Lantaran itu,hiburan yang tidak terkawal tadi sudah tentu akan merosakkan pemikiran anak muda dan lebih-lebih lagi rohaninya.

Orang kafir-normal
Muslim-abnormal

Kenapa ana memberi tanggapan begitu? Sebab memang mereka berperilaku seperti  itu kerana buah aqidah mereka yang sudah tentu fasad dan merosakkan.
Tapi kenapa orang Islam yang aqidah mereka dah sah-sah betul, tapi tidak mempengaruhi dan menembusi lapisan-lapisan luar bola besi mereka. Abnormal lah kalau mcm tu.

apa yang dapat disimpulkan disini..





orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim.

.yang dikesali.....





lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir.
Kesimpulnnya di sini....
Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….

Adakah ana berkata begini kerana aqidah bola besi ana sudah melebur dengan hebatnya? Tentu sekali tidak!


Ana  juga masih memeriksa Bola Besi sendiri.Ana masih dalam proses untuk meleburkan lapisan terdalam Bola Besi untuk menembusi lapisan kedua juga ketiga..tiada lain yang kita harapkan kecuali redhaNya…dan kita perlu ingat proses ini adalah satu proses yang berterusan dan bukannya suatu proses yang hasilnya akan kita perolehi dalam sebulan dua..mari kita muhasabah diri masing-masing….
Ana percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya…tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar..cuma, kita perlu berusaha ke arah itu…carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu..InshaAllah….



2 comments:

Anonymous said...

thanks..Akidah bola besi:)

Intan Suhana Saaim said...

sangat bermanfaat..
terima kasih ats perkongsian ini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...