ADS 468x60

.

Tuesday, April 20, 2010

VIRUS KAPEL

Assalamualaikum warahmatulah hiwabarakatuh.....
       
 
          `Herol,macam mane kita nak selesaikan masalah kapel kat skewl kita nie.Aku risau lar tengok budak skewl kita makin lame makin dah tak endah dengan segala nasihat yang kita berikan.Aku rase kita perlu cari jalan lain untuk menegur mereka,'keluh sahabatku Safwan,Presiden BASHAR yang sentiasa komited dengan kerjanya di dalam dakwah di SBPI GOPENG.Entahlah pelbagai cara yang kami buat untuk mencegah masalah ini.Setiap malam kami pasti akan membincangkan tentang masalah baru yang perlu kami selesaikan.agar sekolah kami makin hari makin bertambah baik.Apabila malam menjelma,kamilah menjadi burung hantu di sekolah untuk mengintip kalau ada makhluk perosak yang hendak melakukan projek EXTRAVAGANZA. Nak cari masalah tu amat senang tapi jalan penyelesaiannya amatlah payah.Tapi apakan daya tanggungjawab ini telah menjadi separuh daripada darah daging kami. `Entahlah safwan oi,aku pun tak tau nak wat camne.Kat skewl aku dulu mane ade pompuan n masalah kapel nie.Masalah jambu ade r..hehe..tapi kalo ang nak gk tau jawapannya.... aku rase sebab utamanya  adalah NAFSU'..
  
          Ya nafsu..Itulah sebab utama mengapa remaja kita terjebak dengan masalah kapel ini semata-mata untuk memberikan makanan kepada nafsu yang tidak pernah puas.Itulah sebab nafsu kita dipanggil HAWA NAFSU.Apabila kita mendapatkan seseorang hawa di dalam hidup kita,maka secara tidak langsung lengkaplah keperluan selera nafsu kita.Mana kita perlu pilih????..Hawa nafsu yang bertopengkan syaitan atau Hawa nafsu yang tunduk kepada syariat Allah...Jawapannya ada di tangan masing-masing.Walaupun seribu kali nasihat kita berikan,namun seandainya diri sendiri yang tidak mahu berubah maka sia-sialah nasihat itu.Kalau kita imbas kembali tentang bagimana proses Allah menciptakan nafsu dengan akal sudah cukuplah untuk memberikan gambaran tentang keangkuhan nafsu.Jadi orang yng boleh menundukkan nafsu adalah diri kita sendiri.....



   Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." 
          Jadi berdasarkan kisah diatas jelas menunjukkan bahawa akal itu lagi mulia daripada nafsu.Untuk menundukkan nafsu kita yang kurang waras ini hendaklah berpucuk pangkalkan akal yang waras yang dipenuhi dengan ajaran islam.Akal itu umpama raja manakala nafsu itu sebagai orang suruhan kepada akal.  

KAPEL ISLAMIK         

          Setiap manusia memerlukan pasangan agar kehidupan mereka terasa lengkap dan sempurna.Itulah fitrah manusia yang memang telah lama wujud didalam diri kita.Lelaki akan tertarik dengan wanita dan sebaliknya. Konsep percintaan yang hakiki yang diredhai oleh Allah makin kurang difahami oleh masyarakat muda mudi ini yang dikatakan semakin berilmu.Masalah ini juga bertambah parah apabila sesetengah manusia yang berpelajaran agama mula terjebak dengan masalah kapel.Mereka mula berselindung hubungan kapel mereka dengan unsur-unsur islam yang diterapkan dengan tazkirah,kejut qiamulallail dn berdiskusi agama.Lalu golongan agama yang bijak pandai ini mulalah menamakan kapel mereka sebagai `KAPEL ISLAMIK'


              Kekadang, kita tidak dapat mengesan keharamannya melalui mata kasar kita kerana terlindung di sebalik kemuliaan Islam. Namun, pada hakikatnya jiwa manusia yang beriman tetap tidak akan tenang dan menjadi gelisah apabila melakukan kesalahan kepada Allah. Oleh sebab itu, nabi saw ada berpesan supaya bertanya kepada hati sendiri sebelum melakukan sesuatu. Apakah yang dimaksudkan supaya bertanya kepada hati sendiri? Maksudnya ialah kita berfikir sejenak, sekurang-kurangnya bertanya, “apakah betul apa yang aku lakukan ini?” Nescaya kita akan mendapati hati kita akan memberi keputusannya. Jika apa yang dilakukan itu bercanggah dengan keputusan Allah SWT, maka hati kita akan menjadi gelisah dan serba salah.
 
              Akan tetapi, kebanyakan manusia menipu dirinya sendiri apabila dia cuba memujuk hatinya bahawa apa yang dilakukan itu menurut syariat dan tak dilarang Sang Pencipta. Akibatnya, hati terseksa dan ‘pasrah dalam terpaksa’. Begitulah yang dialami oleh mereka yang bergelumang dalam maksiat yang payah untuk disedari ini. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah terdedah dengan tarbiyyah dan sebati dengan kenyataan bahawa budaya couple merupakan satu fitnah yang amat mencabar. Hati mereka langsung tidak merestui tindak-tanduk yang berlawanan dengan syariat itu.Oleh itu,sememangnya kapel ini memang sudah jelas haramnya walaupun diselaputi dengan unsur-unsur keislaman.Percintaan yang hakiki adalah percintaan selepas selesainya akad nikah.

PERCINTAAN YANG HAKIKI

               Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt…kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”



ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA

Anda mahu MENCINTAI seseorang...
tapi anda yakinkah yang anda sudah mencintai Allah dan rasul sepenuhnya...
anda mahu MENYAYANGI seseorang...
tapi sudah cukupkah anda menyayangi ibu bapa anda...
anda terasa untuk DISAYANGI seseorang...
tapi ingatlah...buatkanlah Allah menyayangi diri anda...
barulah anda akan disayangi....
Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

 وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)
Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.
Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.
Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.
Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.
Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.
“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. ameen















               

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...