ADS 468x60

.

Tuesday, September 13, 2011

Ekspedisi Jejak Haramain( Part1)

Alhamdulillah,sekali lagi Allah S.W.T telah memberikan peluang kepada ana utk menukilkan sedikit cebisan kembara di bumi ilahi ini...
Kalau dilihat blog ini sudah berhabuk+bersawang hampir lamanya akibat kondisi yang terlalu sibuk dengan module 4,5,6 di universiti Iskandariah (module musculucutoneous...opps silap musculoskeletal system+ online2 dengan fb(dgn cara ilmiah T_T )+sibuk dgn 'Alami Corp)....hehe

Ada sahabat ana kata ana kuat berjalan...
Ya,memang itu hobi ana sebab berjalan merupakan medium tarbiyah yang paling mudah untuk mengenal ciptaan Allah..
Sambil berjalan sambil kita menafsir dan berfikir sejenak akan kehebatan ciptaan Allah...
(drpd duk umah duk buang air liuq ja)

Pepatah melayu ada habaq "tak kenal maka tak cinta"....
Percaya allah saja masakan cinta itu boleh berbunga..

Apatah lagi kalau mengharap supaya bunga itu harum semerbak kasturi...
(Kalau duk tidoq tak habih2..Jangan mimpi la nak bagi bunga tu wangi..Silap aribulan cinta tu membusuk sampai ke usus....)

Kalau kita suka "somebody" habis semua benda kita nak "stalk"...

Org tanye sbb ape anda stalk..
Anda Jawab"Tak kenal maka tak cinta"

Amboi2
Pandai pulak ye kita aplikasikan pepatah melayu nie...

Jadi hari ini ana nak ajak kita  aplikasi pepatah ini dgn cara yang betul...
Bagi menyemai cinta kita kepada Allah..
Macam mana kita nak kenal Allah????
Mari kita kenal melalui ciptaanNya Yang agung...

Bergambar dengan pak arab di hadapan masjidil haram


Bermulalah Satu Ekspedisi

Selepas hampir sebulan merancang,akhirnya sudah tiba waktu untuk kami memulakan ekspedisi kali ini.
Sepanjang tempoh persediaan,ramai sahabat yang menasihati kami supaya mengikuti sahaja umrah yang dianjurkan travel di Mesir..
Tapi mostly harganya mencecah USD1000 ke atas...
Jadi kami mengambil risiko untuk pergi dengan cara sendiri.
Mungkin cerita ana ini boleh dijadikan panduan bagi sesiapa sahaja ingin pergi tanpa travel agency...
Sebenarnya sebelum bertolak banyak perkara yang perlu di"settle"kan....
"By hook or by crook,
by bus or by train,
by camel or by  horse"...
korg kena sediakan benda nie...
Antaranya:
1)Passport(perlu mendapatkan visa umrah drpd pihak arab saudi,mostly student Mesir buat di malaysia sebab   kat mesir proses dia mengambil masa yang amat lama)
2)Kursus Umrah(Ustaz Ishak)
3)Kain Umrah(Boleh cari di manshia)
4)Pengangkutan+penginapan sepanjang perjalanan...(pergi jalan darat,pulang jalan udara)

Tiket kapal terbang Air Arabia untuk pulang ke Mesir
Salah satu khidmat penerbangan tambang murah
Alhamdulillah, setelah keputusan dibuat kami bertolak daripada Iskandariah ke Kaherah pada 14 Ogos untuk menaiki bas menuju ke pelabuhan Nuwaiba'
Sebelum itu kami bermalam di Hayyu Asyir untuk menyediakan makanan sepanjang 2 hari perjalanan dari Cairo----->Nuwaiba'------>Aqabah------->Amman 


Peta ekspedisi jejak haramain kali ini
Makanan kami selama dua hari


Setelah semua persiapan sudah selesai, kami pun bertolak dari Kaherah menuju ke Nuwaiba' dengan menaiki bas di EAST DELTA TRAVEL tepat jam 11 malam.(15 ogos)


Dalam perjalanan menuju ke Nuwaiba' kami disajikan dengan panorama yang indah terutama di Sinai.
Semakin hampir dengan sempadan Israel di Taba,semakin banyak pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak tentera.Lagi-lagi pada saat genting ini tentang kemuncak kerisauan tentera Israel akan bayang-bayang kabinet baru Mesir yang dikatakan akan membatalkan perjanjian Camp David.
Pintu gerbang Muhafazah Sinai


Kawasan perlancongan di Sinai

Chalet di Sinai

 Tepat jam 8.00 pagi akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke Port Nuwaiba'.Kelihatan orang ramai sudah mula berpusu-pusu menuju ke pintu masuk imigrisen terutamanya masyarakat Mesir.
Kapal kami dijangka berlepas pada jam 1 petang.
Satu perkara yang tak boleh ana lupa apabila melihat tabiat masyarakat mesir yang agak pelik..
Tatkala pintu imegrisen dibuka,ramai berpusu-pusu berlari dan berebut untuk mendapatkan kelepasan di kaunter.Tak kira tua atau muda semua berlari bagai lembu dilepaskan daripada kandang.
Kami pun terpaksa berebut dengan mereka takut-takut akibat kelewatan kami terpaksa beratur panjang.
Tetapi yang peliknya sewaktu beratur masih ramai yag cuba untuk memotong sampaikan ada seorang mak cik tua dengan "slow motion"nye jatuh tergolek akibat hendak memotong barisan...
Kami cuba berselindung daripada ingin ketawa tetapi akhirnya............
Hahahahaha.......




Mungkin inilah padahnya akibat terlalu gelojoh ingin memotong barisan.Mak cik tua itu kelihatan tersipu-sipu malu.
Moga-moga lepas ini mak cik tak potong lagi ya!!!

15 minit kemudian.......


Kelihatan seorang pegawai imigresen cuba mendekati kami...
Kami terpinga-pinga,tidak mengetahui tujuan sebenarnya...Takut-takut kami dianggap pendatang asing, lagi-lagi visa kami di Mesir sudah tamat tempoh...
Perasaan takut cuba diselindungi di balik wajah yang yang ceria....

"Orang Malaysia ya!!..takpe korang semua tak perlu beratur sebab yang perlu beratur sekarang nie hanya rakyat mesir dulu.Nanti kami panggil semula ya..."

"La,baru nak bagitau,senang je cakap..dah setengah jam orang duk tunggu baru nak bgtau" keluh dalam hati...

Kami pun beredar dan menunggu di ruangan yang disediakan.Setelah hampir 2 jam menunggu akhirnya kami dipanggi semula oleh pihak imigresen...

Telahanku betul...
Akhirnya kami didenda oleh pihak imigresen sebanyak 150 genih +++3 genih(upah dy kowt) gara-gara visa kami yang sudah tamat tempoh...

Setelah membayar denda akhirnya kami pun diberikan cop keluar dari negara Mesir.
Terasa lega sedikit akhirnya satu urusan sudah pun selesai...
Kami juga mendapat berita baik bahawa kami dibenarkan untuk menukarkan tiket kami daripada kapal biasa kepada speed boat...

Kapal speed boat yang kami naiki selama 3 jam

Keadaan mewah dan selesa di dalam speed boat


Sebelum ini khabar angin bertiup kencang ke sana ke mari.....
"enta nak pegi naik bot ya!!dahsyat sangat nie..enta baru tahun 1....selalunya bot kene tunggu seharian baru boleh bertolak"..

Alhamdulillah,'ala kulli hal atas persediaan yang rapi kami tak menghadapi masalah ketika di Nuwaiba'.
Tetapi harus diingat dalam setiap ekspedisi tawakal 100% kepada Allah amat2 penting.....

Keadaan laut merah di Aqabah yang amat jernih

  Sampai di Aqabah kami amat takjub dengan perbezaan yang begitu ketara berbanding pelabuhan Nuwaiba'.
Keadaan laut yang jernih dan terjaga,kemudahan pelabuhan yang baru dan dilengkapi dengan penghawa dingin yang pastinya begitu selesa berbanding Nuwaiba'.(puji lebih ckit jordan..hehe)

 Selesai segala pemeriksaan di pihak imigrisen,kami menaiki bas yang telah disediakan menuju ke Amman.Kami mendapat visa on arrival(VOA) selama sebulan.sebagai pelancong.

 Pertama kali menjejakkan kaki di bumi "Hashemite Kingdom" terasa seperti memasuki ke dunia yang baru.Keadaan jalan raya yang kurang sibuk,bandar yang bersih dan lebih teratur menenangkan fikiran seketika..

Segala kekusutan kehidupan bersama masyarakat Mesir hilang seketika tatkala melihat suasana di bandar Aqabah....
Pada kaca mata ana,masyarakat jordan lebih lembut berbanding Mesir.Bahasanya mempunyai nada tersendiri berbanding nada mesir yang lebih kasar dan keras.

Setelah lama mata kami dibuai dengan perasaan gembira bersama nyanyian kedamaian bumi Aqabah akhirnya kami terlena seketika.
Hutang kepenatan harus dibayar sebelum kami meneruskan perjuangan kami keesokan harinya....




 Setelah hampir 4 jam enak melayari bahtera mimpi indah akhirnya kami sampai ke destinasi,Amman. Sebuah bandar yang tersergam indah di atas bukit-bukit yang tinggi.

Kami terpinga-pinga sebentar di perhentian bas(xtau ape name dy)....
Jarum jam menunjukkan jam 3 pagi....Suasana sepi diuliti bersama deruan angin seolah-olah memberhentikan waktu seketika.

Fikiran kami melayang-layang entah ke mana..
Tak tau sama ada "mamai" atau mengantuk..
Tengok keadaan sekeliling memang betul sunyi sepi....
Setahu kami,kebiasaannya bas dari Aqabah akan berhenti di Abdali...Tapi stesyen bas yang kami sampai nie macam kat ceruk kota je..
Aduhai!!!...

Kelihatan di luar sana sekumpulan "jerung teksi" seolah-olah ternanti-nanti kedatangan kami.
Sebaik sahaja kami selesai memunggah barang dari bas,mereka berlari menuju ke arah kami...
Apa lagi!!!Naik kecut kami dibuatnya...Macam nampak artis tu!!!
"Entum biteroh fin,ya sodiqi"..
"Alamak dah start dah depa nie nak katok org nie"bisik "member"ku..
"ehna aizin roh ila mahattah Abdali"
"Hayya..kullu wahid bikhomsah dananir"awab pemandu teksi..
Mahal betul..Nie memamng kes nak katok orang nie,lima dinar bersamaan dengan 40 genih !!!..Memang tak masuk akal langsung....

Hampir 15 minit kami tawar menawar dengan pemandu teksi dan tremco akhirnya mereka pun bersetuju untuk mebawa kami ke Abdali dengan teksi dengan harga 3 dinar seorang.
Kami terpaksa pasrah kerana subuh pun bakal menjelang tak lama lagi..
Tempat penginapan harus dicari  secepat mungkin bagi "khidmat diri" dan berehat seketika....

Penginapan kami di Amman

 Alhamdulillah,sekitar stesyen Abdali terdapat sebuah hotel yang menawarkan harga berpatutan sebanyak 50 dinar satu bilik.Untuk "save budget",kami hanya menempah sebuah bilik sahaja untuk melepaskan kepenatan seketika....

Lepas subuh,operasi untuk mencari perkhidmatan bas dari Amman ke Madinah pun bermula.Mostly bnyk kedai yang tak dibuka lagi ketika ini.....
Setelah pelbagai tempat kami "survey" akhirnya kami jumpa jugak kedai yang masih beroperasi seawal subuh..........

Malangnya,perkhidmatan bas habis ditempah hingga ke akhir ramadhan...
Yang tinggal hanayalah sebuah GMC dan mercedes...



 Harga untuk sekepala ialah 50 dinar sorg..Alhamdulillah harganya agak berpatutan...
Setelah siap berkemas,akhirnya tepat jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan seterusnya dari Amman ke Madinah...

Pemandangan sekitar bumi Amman



Pemandangan sekitar arab saudi
Perjalanan ke madinah mengambil masa selama 15 jam dengan menaiki kereta.Kalau menaiki bas,masa yang diambil kira-kira 20 jam...
Banyak pengalaman yang kami timba sepanjang 15 jam perjalanan ke Madinah.Hampir kebas satu badan dibuatnya agak terlalu lama di dalam kereta.Lagi-lagi time puasa plak...(T__T)
Pejam celik,pejam celik tak sampai juga..
Sepanjang perjalanan kami berhenti di beberapa tempat untuk berehat sebentar di dalam masjid...
Menjelang maghrib,kami berhenti pula di sebuah masjid kira-kira 200km dari Madinah.
Alhamdulillah rezeki kami murah "time" tue..Kami dihidangkan dengan nasi beriyani bersama "laban" sebagai pembuka juadah berbuka puasa kali ini.....


Juadah berbuka puasa kali ini
        
    Semakin kami menghampiri bumi Madinah Al-munawwarah,satu perasaan tenang mula menyusup ke dalam hati kami.Terasa bagai tak percaya impian yang ana simpan sejak form 1 lagi akhirnya tercapai juga...
Tepat jam 10.30 pagi akhirnya,kami berjaya menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi.........






( bersambung episod Madinah dan Mekah...)


1 comments:

melintangpatah said...

salam..

lame giler x update..hoho..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...