Salam...
Lama agaknya tak update blog redha ilahi ni...
Bila start nak menulis terasa janggal..Seolah-olah macam tak pernah menulis...
Moga Allah kurniakan kembali semangat ku untuk mencoret beberapa bingkisan..
sebagai satu tazkirah diriku dan teman-teman..
Nafas Baru
Alhamdulillah salah satu amanah sebagai AJKT Batch telah dilepaskan dengan rela hati..
Setelah ana berkenalan dengan medan "amal" di Mesir seolah-olah telah memberi nafas yang baru untuk bersama menegakkan Islam.
Kalau dahulu mungkin buat kerja dakwah di sekolah sebab ditaklifkan untuk menjadi BADAR...
Tetapi bila telah lama dalam proses tarbiyah baru ana kenal apa itu erti "DAKWAH"...
Buat kerja "dakwah" bukan sebab aku ni UPI(Unit pembangunan insan) bukan juga tugas seorang JAKSI bukan juga seorang AJKT batch...
Sebab andaikata kita buat kerja dakwah ni kerana jawatan kita
percayalah,percayalah dan percayalah...
Kita akan futur bila berakhirnya jawatan yang kita sandang...
Tetapi sebenarnya hakikat dakwah itu adalah satu tanggungjawab utama kita...
Asas utama kita yang masih bernafas di atas muka bumi ini sebagai seorang muslim..
Denyut nadi Islam adalah dakwah dan tarbiyah
Sejarah Spain
Lihat sahaja sejarah Umat Islam di Spain..
Dulu begitu hebat mereka membina tamadun mereka ,
Pelbagai kehebatan arkitektur,kebijaksanaan para cendekiawan mereka,kemewahan mereka begitu gah di serata dunia sehingga Kota Andalus ketika itu menjadi tumpuan kepada para pencinta Ilmu untuk berkunjung menadah ilmu di kota cordova.
Istana Al-Hambra juga antara istana Impian bagi penguasa dunia ketika itu untuk mendiaminya.
Hebat bukan!!
tapi lihatlah kini..
Islam di Spain hanya tinggal binaan-binaan mereka..
Sejak akta penghapusan umat Islam secara beramai-ramai dilaksanakan oleh pemerintah spain ketika itu,
Umat Islam di sana semakin hilang sengatnya,ramai yang mula untuk berhijrah ke Morocco sehingga mereka ditipu dan dibunuh.
Dan ada juga orang Islam yang masih terselamat yang dilindungi oleh golongan bangsawan yang digelar sebagai "moriscos"
Sejak daripada itu juga umat Islam sudah dilarang untuk berbicara mengenai Islam,beribadat dan sebagainya,.
Dan kesannya lihatlah hari ini seolah-olah umat Islam tidak pernah wujud di sana..
Apa kaitannya sejarah Spain dengan Dakwah dan Tarbiyah kita???
Banyak kaitannya sahabat-sahabat sekalian.
Ia adalah soal mengenai mengenai peranan KITA sebagai umat Islam.
Islam di Spain hilang sebab tiada lagi orang hendak membuat dakwah,
Mencorakkan masyarakat dengan kemanisan Islam,
Tiada lagi orang yang hendak berbicara mengenai Islam,
Tiada lagi orang yang hendak mengamalkan cara hidup Islam..
Dan kesatuan umat Islam ketika itu juga semakin tempang dan lompong.
Kesannya lihatlah Islam di Spain hari ini
Yang tinggal hanyalah pada binaan-binaan mereka,Al-hambra,masjid Cordova dan di muzium sahaja..
So Jangan Kita ULangi kejatuhan SPAIN sekali lagi
KONSEP DAKWAH KINI
Ana suka tentang satu kata-kata daripada murabbi ana..
Manusia akan sampaikan dekat orang bila dia rasa best dengan sesuatu...
Tak PERCAYA!!!
Lihatlah betapa ramai yang tengok "OMBAK RINDU".. Seusai menonton semua pakat tulis status di fb mahupun di "burung biru"
"Filem Ombak Rindu antara filem yang wajib ditonton untuk tahun ini"
"Ewww,,,sweet sangat ombak rindu..Rase nak kahwin dengan Aron aziz" (!^_^)
Lagi hebat bila sampai menjadi bahan bualan di lecture hall..Sampai rasa nak men"dakwah"kan rakan-rakan untuk bersama-sama menonton
Hebat bukan penangan fenomena ini..
Dulu MUSAB BIN UMAIR sanggup berhijrah ke Madinah sebagai seorang DAIE' untuk menyampaikan ISLAM di kota madinah sebab beliau rasa "best' bersama Islam.
Amru Al-Asr juga bermati-matian hendak menakluki Mesir kerana beliau merasakan potensi Islam di sana untuk disebarkan secara lebih meluas,
Kesannya berbondong-bondong masyarakat Qibti ketika itu memeluk agama Islam dan menukar bahasa mereka menjadi bahasa Arab.
Tapi sekarang masyarakat kini lebih 'best' dengan dakwah HIBURAN.
Tak kisah kecik, tua,muda,mahupun bujang.
Mereka bermati-matian untuk menjadi artis,Tidak tidur lena sepanjang malam angkara melayan ANIME,
Bersengkang mata untuk melihat perlawanan Bola.
Hebat ke???
Masing-masing muhasabah diri kita.
Realiti kini
Bila pasal "dakwah" mahupun cerita pasal Islamik2 semua seolah menyibukkan diri masing-masing..
Time ada kelas tafaqquh baru nak study
Time ada usrah baru nak ke Carefour..
Time ada tazkirah baru nak ke tandas
Pelbagai alasan yang kita reka untuk "melarikan diri"
Walaupun kita tidak kata kita tak "best" dengan Islam,
Tapi amal kita seolah-olah membenarkannya.
Ini baru soal KOMITMEN sebagai seorang madu'(orang yang diajak)
Belum lagi komitmen sebagai seorang Daie'(penyeru)
Aish~~
Kesimpulan
Cukuplah ana rasa untuk entri kali ini.Ana tidak mampu untuk menulis panjang-panjang sebab takut tak terdaya untuk melaksanakan perkara yang disebutkan di atas.
Moga Allah akan terus membimbing hati-hati kita untuk merasai kemanisan Islam sebagaimana para sahabat merasainya.
-Moga Allah redha-
Ibnu Mahat 14/2/2012
0 comments:
Post a Comment