Kau Kata
Kau kata...
Sehiris cintamu,
Sudah pasti bergegar seantero dunia,
Sekuat gegaran bumi Fukushima Daichi,
Seolah mampu menumpaskan ribuan manusia,
Tunduk patuh di bawah syariat ilahi
Tetapi hakikatnya,
Emansipasi jahiliah makin kuat meronta,
Membelenggu kehidupanmu,
Sudah terhapuskah dengan sekelumit cinta monyetmu itu???
Sudah bergegarkah dengan dunia permainan fantasimu????
begitu pasti dan angkuh keyakinanmu bersuara...
Namun kau masih berdiam diri,
hanya pandai berbicara,
mekar tutur janji manismu,
Sungguh impianmu pasti menjadi fantasi!!!
Kau kata,
Kau benci akan syaitan,
Syaitan punca manusia lemas dalam tsunami jahiliah,
Halal haram tidak dipeduli,
si ibu kejam membunuh anak zinanya,
Tercarik satu persatu ketamadunan manusia,
Kian meracuni jiwanya pula..
Oh sekali lagi lantang kau bersuara!!!!
Tapi corak kehidupanmu seolah-olah merelakan diri,
Dimamah fikrahmu tanpa disedari,
Kau gembira hidup di bawah lembayungnya,
Artis-artis menjadi pujaan diri,
Bergelumang di dalam dunia hiburan,
Penuh gelak ketawa dan bergurau senda,
Sungguh BENCIMU pasti menjadi fantasi!!!
Kau kata
sirna kehidupan kian menderita,
Gelombang dakwah disangka lesu,
mana mungkin menumbangkan sang kijang,
hatta semut pun tidak menoleh,
Betapa..
benarlah sangkaanmu..
Mana mungkin semut akan menoleh,
jika kau masih berdiam diri,
Masih dibelenggu angan-angan,
Mulut penuh bicara tapi hati tidak bernyawa,
Sudah pasti..
Sungguh sangkaanmu menjadi realiti..
Kau akan akan jadi Daie Pak Pandir!!!
Terkelu lidah tidak terkata.Sungguh tidak disangka satu "headshot" tepat mengenai diri.Tersungkur jatuh hambamu ini memikirkan akan "diam"nya diri ini tanpa suatu kerja pun tidak dilakukan.
Ana sungguh terkesan tentang apa yang dibawakan oleh seorang murabbi ana tentang tajuk quu`d dalam dakwah.Kisah Kaa'b bin Malik seorang sahabat Rasulullah yang tidak bergerak di dalam perang Tabuk menjadi motivasi diri.Sifat kejujurannya,keikhlasannya dan ketabahannya juga dalam menjalani proses tarbiyah patut dijadikan teladan semua.Moga-moga kita tidak menjadi orang yang quu'd lagi.
Memang hari ini hakikatnya ramai manusia yang hebat berbicara akan Islam.Sungguh kencang ayat-ayat yang dihamburkan daripada utara ke selatan tanah air..Namun adakah kerja yang dilakukan oleh mereka yang "gemar berbicara" ini bergerak seiring dengan gerak kerja tarbiyahnya.Mereka kata merekalah puak yang benar.Tiada yang benar melainkan mereka..Masing-masing sibuk untuk menaikkan nama "persatuan masing-masing" .Semakin lama masyarakat semakin paranoid dengan dakwah yang mereka rencanakan apabila melihatkan gelagat pertelagahan sesama mereka.Kesannya masyarakat akan semakin menjauhi gerakan tarbiyah ini.Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini????? Moga kita muhasabah diri masing-masing..
Bukan topik di atas ana nak bincangkan.Cuma luahan di hati yang rasanya perlu dikongsi kerana ana termasuk orang yang mula menjadi paranoid apabila melihat senario ini.Walaupun ana bukanlah orang yang berpengalaman dalam hal ini,tetapi apa yang ana harapkan adanya kesatuan dalam menjalankan gerak kerja dakwah ini.Tiada langsung usaha untuk saling bantut-membantut tapi bantu-membantu antara satu sama lain.
Bersatu teguh,bercerai kita roboh |
Tanpa disangka,suatu malam ana terbaca akan status facebook seorang senior ana
" Wahai Jiwa yg lemah azamnya, sesungguhnya di atas jalan ini (Jalan Allah) telah tuanya Nuh, disembelihnya Yahya,digergajinya Zakaria, dihumbannya Ibrahim ke dalam api, dan diseksanya Muhammad...dan kamu inginkan Islam itu mudahnya dtg kpd kamu" -ibnu Qayyim-
Terdiam dan terpaku apabila membaca kalam daripada Syeikh Ibnu Qayim.Memang benar betapa besar tadhiah yang dilakukan oleh Nabi Nuh yang telah hampir se"alaf" berdakwah kepada umatnya.Begitu juga Nabi Yahya dan nabi Zakaria yang dibunuh kejam oleh kaum bani Israel.Usaha murni untuk menegakkan Islam diteruskan pula oleh Rasul Junjungan kita yang begitu sabar menyebarkan Islam sehingga beliau diseksa oleh kaum Quraisy.Sungguh terseksa hati ini apabila pengorbanan para rasul semakin dilupakan oleh anak muda Islam kini.Ingatlah akan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ke atas kita sehingga saat Rasulullah bertarung nyawa baginda sangat risau akan umatnya.Seharusnya kita perlu membalas kembali cinta rasulullah ,memperbanyakkan selawat ke atasnya dan menguatkan lagi dakwah Islam ke seluruh dunia.
Apatah lagi saat ini dan ketika ini tasawur(gambaran) Islam semakin lama semakin dihina.Kalau dahulu Islam dipandang gah di seluruh dunia sehingga dijadikan satu fenomena di zaman itu.Jiwa musuh pula bergetar saat bertempur dengan tentera-tentera Islam.Tetapi kini semuanya hanya tersimpan kemas dalam lembaran sejarah semata.Semakin banyak pula fitnah yang dihamburkan ke atas Islam gara-gara kegagalan individu MUSLIM itu untuk mempamerkan cerminan akhlak Islam kepada masyarakat.
Adakah ini harga yang kita bayar kepada pengorbanan yang dilakukan oleh para rasul, para sahabat,para syuhada'.dan para ulama' yang telah berkorban jiwa dan raga menegakkan Islam di atas muka bumi ini?????
Apakah kita inginkan Islam itu mudah untuk datang kepada kita?????Tanpa langsung ada perasaan untuk mencari yang sudah pasti akan mencetus mahu belajar akan Islam.
Mari kita kuatkan azam untuk bergerak mengikuti dan menyampaikan tarbiyah Islam ini.Biarpun hanya melakukan kerja menyapu sampah di atas jalan,mana tahu Islam akan tersebar dalam kalangan masyarakat melaluinya.Asalkan kita tidak berduduk diam hanya menjadi "penonton" kepada gerakan dakwah ini.Sesungguhnya tiada perkara yang datang bergolek dengan berdiam diri.Kita harus melakukan sesuatu untuk menegakkan Daulah Islamiyah di atas muka bumi ini.Bukan hanya pandai BERSUARA tapi jasad tidak BERNYAWA..
Firman Allah S.W.T
"Dan kamu tidak dapat menetukan kemahuan kamu(mengenai sesuatu pun),kecuali dengan cara yang diaturkan oleh Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbir alam semesta."(surah At-takwir,29)
Allah..Azim..Mazbut...Sungguh cantik aturan Allah.Sudah pasti setiap perkara yang kita mahukan mestilah mengikut apa yang ditentukan oleh Allah.Kalau kita inginkan kejayaan di dalam imtihan hendaklah dengan kerajinan untuk mengulangkaji pelajaran..Kalau kita inginkan Islam tersemai subur di atas muka bumi ini pula hendaklah dengan kita bergerak dan mengikuti proses tarbiyah..Kalau hanya angan-angan sahaja,mana mungkin Islam akan tertegak di atas muka bumi ini.Usah kita menjadi pak pandir di dalam medan dakwah lagi...Ayuh jangan kita "duduk" lagi..
Kita harus bergerak!!!
SAYONARA DAKWAH PAK PANDIR !!!!!
0 comments:
Post a Comment