ADS 468x60

.

Tuesday, March 29, 2011

Berwajah Baru

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberikan ana cebisan idea untuk mencoret sedikit informasi untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan pembaca sekalian,Selepas penantian yang tiada tentunya selama 2bulan di Malaysia dan bercuti sebagai "mangsa rusuhan " akhirnya kami dipanggil semula untuk kembali berkelana di desa Musa dan Harun.Menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar kembali.

Sedih dan pilu.Tiada lagi bicara kata yang mampu diungkapkan.Segala keselesaan dan keseronokan yang diterima oleh ana di Malaysia menyebabkan hati ini sayu untuk meninggalkan keluarga dan sahabat-sahabat.Amat berbeza jika hendak dibandingkan sewaktu penerbangan pertama untuk ke Mesir.Berkobar-kobar dan ternanti-nanti.Suatu perubahan diri yang mula ana sedari.Peri pentingya untuk kembali tajdid niat agar ana tidak terkeluar daripada landasan yang sebenarnya.


PERUBAHAN YANG DINANTI
Musim bunga bakal tiba tidak lama lagi..
MALAYSIA

"Wei hairul,enta de tengok x gambar kat facebook.Orang Mesir dah pandai beratur naik tramco kowt"ujar sahabat ana melalui talian telefon.Satu fakta yang hampir-hampir tidak dapat dipercayai.
"Awat enta senyap je..Xpercaya ke hairul.Ana serius nie..'sambungnya lagi..
"Errr...Bukan ana x percaya tapi macam mustahil je perubahan mendadak macam tue"jawab ana..
"tengok dulu...mesti enta akan terkejut punye..hehe"balas sahabat ana pula..
"ok2..kalau xde enta belanja ana makan burger ye.."jawab ana sambil cuba untuk mempercayai kata-katanya sebentar tadi.
Mustahil.Itulah perkataan yang bermain di benak fikiran ana ketika ini.Ana lantas mencapai komputer riba untuk melihat perkara yang sebenarnya.Tanpa disangka-sangka, memang benar rakyat Mesir sudah pandai beratur untuk menaiki tramco.Jika dahulu mereka berebut-rebut untuk menaiki tremco sehinggakan tercetusnya pergaduhan.Kini segalanya sudah berubah."Mesir sudah berwajah baru"

MESIR

Muka depan majalah yang terdapat di Mesir(Amin Dawla=SB)
Pesawat Egypt Air telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah tepat jam 5.00 pagi pada waktu tempatan.Kebanyakan penumpang nampak agak lesu bahana tempoh perjalanan yang lama dan merentasi masa.Letih lesu dan lemah tidak bermaya.Itulah keluhan yang kerap ana dengari sejurus sampai di Mesir.Namun kelesuan itu tidak menjadi batu penghalang kepada semangat kami untuk menyaksikan sendiri perubahan rakyat Mesir susulan daripada Revolusi mereka pada 25 Januari yang lalu.

Sepanjang perjalanan menuju ke bumi Iskandariah,kelihatan rakyat Mesir sudah pun menjalani kehidupan seperti biasa.Gembira tidak terkata apabila melihat saudara Islam di sini kembali bernyawa.Mereka masih meraikan kejayaan "thurah' 25 Januari 2011 selepas terkuburnya rejim Husni Mubarak.Kini "misriyyin" semakin berani untuk menyuarakan pendapat dan hak mereka sebagai rakyat.

ALEXANDRIA

Ekspedisi Hadramaut

Nasi Hadramaut
 Setelah berehat hampir 2 hari di asrama MARA,ana dan beberapa sahabat lain merancang untuk mengambil angin sekitar Iskandariah.Bermula dengan ekspedisi pencarian Nasi hadramaut di Miami.Pada mulanya kami merancang untuk  ke Mandarrah tetapi pemandu tremco mencadangkan kami untuk pergi ke Miami kerana lebih dekat jaraknya.

"Enta aiz ruh ila mat`am hadramaut.???Insyallah hena fi Miami maugud mat`am hadramaut fi uddam.."
ujar pemandu tremco tersebut.Kami hanya menurut sahaja perintahnya walaupun kami masih tidak jelas lagi akan kedudukan restoran Hadramaut tersebut.
Terkial-kial kami mencari restoran tersebut.Perasaan bimbang mula menusuk ke dalam jiwa kami.Sudah hampir setengah jam kami berjalan namun masih gagal menemui restoran tersebut.
"Hairul,ana rase pemandu tremco tipu kita r tadi"ujar sahabat ana.
"Ish..takkan pak cik tremco tue nak tipu kita kowt .Muka dia nampak jujur je.Mungkin kita salah dengar kowt tadi"jawab ana.
Inisiatif lain perlu dicari.Kami mula bertanya dengan penduduk sekitar Miami.
Hampir tiga orang pemuda yang kami soal semuanya saling bercanggah.Mustahil.Nampaknya dalam situasi ini mereka masih tidak berubah.
Akhirnya kami membuat keputusan untuk mencarinya sendiri.Setelah hampir 20 minit kami berjalan,restoran Hadramaut dijumpai juga berkat pertolongan seorang pemuda Arab yang baik hati.Ternyata bukan semua  sudah berubah.
Bergambar bersama pemilik kedai Restoran Hadramaut di Miami
Perjalanan ke Sporting

Keesokan harinya pula ana bergerak pula dengan beberapa sahabat ke rumah senior yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan semasa cuti evakuasi yang lalu.Sepanjang perjalanan mata kami dihiasi dengan kerenah penduduk sekitar.Terdapat juga beberapa adegan pergaduhan yang sempat kami saksikan.

"Enta,Malizi."soal pemandu teksi tersebut.
"ya,ana Malizi"spontan sahabat ana menjawab.
"Oh,saya nampak ramai orang Malaysia di Madinah"sambungnya lagi.
"Oh,orang Malaysia pergi sana untuk menunaikan haji"jawab sahabat ana.
"Enta,gembira ke dengan revolusi Mesir baru-baru ini.Ana nampak semua rakyat Mesir bergembira dengan revolusi Mesir"tanya sahabat ana bagi mendapatkan kepastian.
"tak,ana tak gembira."Kullu Misriyyin Harami"
"Semua rakyat Mesir pencuri???Kenapa???"soal sahabat ana kehairanan.
"Sekarang nie,makin ramai pencuri berleluasa semenjak revolusi.Polis pun dah takde untuk mengawal Iskandariah nie.Kalau keluar berjalan mesti berhati-hati kerana ramai pencuri terlepas daripada penjara..Kalau dahulu semua baik sahaja.Makanan cukup,polis ada"jawab pemandu teksi tersebut.
Terkedu kami mendengar penerangan pemandu teksi tersebut.Tak disangka-sangka,ada juga rakyat Mesir yang tidak menyukai Revolusi 25 Januari ini.
"Okay,berhenti di sini sahaja pak cik"ujar kami serentak.
"10 genih kesemuanya"ujar pemandu tersebut.
"Kenapa plak pak cik.Kebiasaannya 4 genih je!!!'terperanjat kami apabila dimnta sebanyak 10 genih.
"Ana nak sepuluh genih juga.'balas pemandu teksi
"Sodaktu kullu misriyyin harami(memang benar kata kamu semua rakyat Mesir pencuri).

Kami tergelak apabila memikirkan kembali reaksi pemandu teksi tersebut berkenaan revolusi baru-baru ini.Begitu hebat dan kencang dia berhujah mengutarakan pendapatnya.Namun tak disangka,akhirnya dia pula yang menipu kami.Suatu pengajaran yang pasti akan kami ingati sepanjang hidup.

Kholasoh

Rakyat mesir kini tidak takut lagi dengan bayang-bayang Husni Mubarak.Gerakan dakwah tampak aktif terutama dakwah oleh Ikhwanul Muslimin kepada rakyat Mesir.Namun,tidak semua penduduk Mesir terkesan dengan revolusi yang mereka rencanakan.Walaupun terdapat sedikit perubahan,namun beberapa sikap kebiasaan mereka seperti pergaduhan begitu sukar diubah kembali.Mungkin pergaduhan telah menjadi adat bagi mereka.Walaupun kami bukan rakyat Mesir namun kami amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemuda Mesir dalam revolusi ini.Satu perkara yang pasti sukar untuk pemuda Malaysia lakukan.Syabab-syabab Malaysia seharusnya menjadikan mereka sebagi contoh dalam usaha menegakkan dakwah di negara kita.Sungguh,sudah pasti sekiranya beberapa sikap seperti membuang sampah merata-rata dan bergaduh dapat dilangsaikan sudah pasti Mesir akan menjadi contoh kepada umat Islam yang lain.Mereka mempunyai ramai pemuda yang faham dan kenal erti tarbiyah dan pasti akan menguatkan lagi saf-saf barisan hadapan yang mampu untuk membebaskan Palestin kembali.Kami akan terus bersamamu Misri.Walaupun kita berbeza negara namun kita semua adalah saudara seIslam.Ana Misriyyin!!!!









2 comments:

Ismi Ijmi said...

masyaAllah.nasi tu buat aku lapar

Hairul Anuar said...

nasi hadramaut antara nasi terbaik di Mesir...=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...