ADS 468x60

.

Tuesday, April 27, 2010

Kedatangan Islam Memartabatkan Wanita

Wanita seringkali dikaitkan dengan punca kepada jatuh atau bangunnya sesebuah tamadun. Kejatuhan Tamadun Rom sebagai contoh runtuh akibat daripada perebutan kuasa dan wanita antara si jelitawan Cleopatra, Marc Anthony dan Julius Caesar. Malah beberapa tamadun silam juga hancur akibat eksploitasi keatas kaum wanita yang dijadikan objek seks untuk merosakkan moral masyarakat setempat.
Namun, kedatangan Islam telah mengangkat darjat wanita ke kedudukan yang sangat mulia sehingga diabadikan di dalam Al-Qur’an seperti surah An-Nisa dan Maryam. Tokoh-tokoh wanita yang punya personaliti unggul dalam sejarah Islam seperti Khadijah, Asiah, Fatimah, Aisyah, Sumayyah, Hafsa, Nusaibah, Ratu Balqis, Siti Zulaikha, Asma’ , Khaulah dan ramai lagi (tidak tertulis nama-nama mereka) telah memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pembinaan sebuah tamadun Islam yang ulung suatu ketika dahulu. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan faktor diri wanita merupakan cerminan kepada jatuh atau bangunnya sesebuah bangsa, Negara dan tamadun.
Kejadian wanita di dunia ini ibarat bunga. Ia bukan sekadar penyeri, tetapi punya hikmah tersendiri bagi yang mengerti. Rasulullah s.a.w sendiri mengibaratkan wanita sebagai pohon semalu. Setiap elemen yang menghiasi kejadian pohon semalu (bunga, duri, dan akarnya) amat berkait rapat dengan kejadian wanita.
Pertamanya, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh yang menggambarkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya iaitu malu kerana ingkar kepada syariat agama, berkelakuan tidak senonoh dan hidup bergelumang dalam kemaksiatan.

Sunday, April 25, 2010

HANZHALAH BIN ABI AMIR

Malam telah menyelimuti kota Madinah Al Munawwarah, bintang -bintang yang bertaburan membawa kedamaian dan ketenangan serta mimpi indah, yang jelas malam itu sebenarnya malam biasa, tapi tidak sama sekali bagi Hanzhalah bin Abi Amir Radiallahuanhu . Hari itu hari dimana mimpinya terwujud, hari yang lama datangnya hari yang lama ditunggunya hari itu Hanzhalah naik ke pelaminan.

Hanzhalah menikah pada suatu malam yang besok paginya terjadi perang di Uhud. Hanzhalah minta izin kepada Nabi Shalallahu alaihi wa salam untuk bermalam bersama isterinya. Sementara dia sendiri tidak tahu dengan pasti apakah malam itu malam pertemuan atau  malam perpisahan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa salam memberinya izin untuk menginap malam itu bersama pasangan pengantinnya.

Saturday, April 24, 2010

Mivtza Oferet Yetzuka

Perkataan di atas adalah sangat asing bagi kita semua. Namun ianya sangat popular di kalangan rejim pengganas Zionist Israel yang sentiasa dahagakan darah pejuang-pejuang kebebasan Palestin dan Al Quds dan realiti beberapa tahun yang lalu menunjukkan mereka sangat dahagakan darah setiap penduduk Palestin terutamanya di Gaza tanpa mengira usia.
Apakah sebenarnya Mivtza Oferet Yetzuka?
Ianya adalah perkataan di dalam bahasa Hebrew yang bermaksud “Operasi Ketenteraan ke atas Wilayah Selatan”. Di dalam bahasa Inggeris adalah “Operation Cast Lead”.

Bagi rejim pengganas Israel, Wilayah Selatan adalah Semenanjung Gaza. Dari istilah ini, kita telah mengetahui akan maksud mereka iaitu mereka masih menggangap Gaza adalah milik mereka sepenuhnya. Tujuan Operasi ini adalah untuk memerangi Hamas namun realitinya adalah untuk memusnahkan dan membunuh kebanyakan dari penduduk gaza.

Wednesday, April 21, 2010

Manusia Menolak Ketuhanan Kembali kepada Kejahilan

 Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....
   Hubungan manusia dan ketuhanan merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada di dalam jiwa dan roh setiap insan.Di dalam al quran Allah telah menerangkan tentang keperluan untuk hambanya menjaga`hablumminallah' terlebih dahulu daripada `hablumminannas' iaitu hubungan sesama manusiaSememangnya menjadi fitrah manusia untuk mempercayai akan kewujudan tuhan kerana  hakikatnya terdapat satu unsur yang wujud dalam diri dan minda kita bahawa ada satu kuasa besar yang melindungi dan memberi rahmat kepada kita.

Tuesday, April 20, 2010

VIRUS KAPEL

Assalamualaikum warahmatulah hiwabarakatuh.....
       
 
          `Herol,macam mane kita nak selesaikan masalah kapel kat skewl kita nie.Aku risau lar tengok budak skewl kita makin lame makin dah tak endah dengan segala nasihat yang kita berikan.Aku rase kita perlu cari jalan lain untuk menegur mereka,'keluh sahabatku Safwan,Presiden BASHAR yang sentiasa komited dengan kerjanya di dalam dakwah di SBPI GOPENG.Entahlah pelbagai cara yang kami buat untuk mencegah masalah ini.Setiap malam kami pasti akan membincangkan tentang masalah baru yang perlu kami selesaikan.agar sekolah kami makin hari makin bertambah baik.Apabila malam menjelma,kamilah menjadi burung hantu di sekolah untuk mengintip kalau ada makhluk perosak yang hendak melakukan projek EXTRAVAGANZA. Nak cari masalah tu amat senang tapi jalan penyelesaiannya amatlah payah.Tapi apakan daya tanggungjawab ini telah menjadi separuh daripada darah daging kami. `Entahlah safwan oi,aku pun tak tau nak wat camne.Kat skewl aku dulu mane ade pompuan n masalah kapel nie.Masalah jambu ade r..hehe..tapi kalo ang nak gk tau jawapannya.... aku rase sebab utamanya  adalah NAFSU'..
  

Monday, April 19, 2010

CINTA, BERCINTA, TERCINTA

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

 
  Cinta,bercinta,tercinta.....satu ungkapan yang menjadi kebanggaan remaja kita sekarang nie...Namun sejauh mana kita memahami tentang konsep bercinta yang hakiki dan diredhai oleh Allah S.W.T
 Sebenarnya perasaan cinta lelaki pada wanita dan sebaliknya adalah perasaan kemanusiaan lahir dari dasar fitrah yang ALLAH S.W.T. ciptakan dalam lubuk hati yang sangat dalam, yang merupakan kecenderungan kepada jenis lain apabila mencapai tahap kematangan akal dan fizikal.

Saturday, April 17, 2010

PANDAI BUAT TAK PANDAI JAGA


Assalamualaikum....alhamdulillah akhirnya segala2nye perjuangan batch 3 IGOP di dalam SPM telah membuahkan hasil apabila dapat menaiki takhta yang ke-27...hehe....... Ana baru balik dari Hari Anugerah Cemerlang  yang ke-7 yang agak meriah....Agak banyak perubahan yang ana dapat lihat terutama Badan Kepimpinan Pelajar mungkin menjadi lebih sistematik lagi...Insyallah...
Tapi hari ini malas plak ana nak berkisah pasal sekolah yg tercinta itu kerana mungkin ana akan merugikan titisan air mata yg amat berharga ini...haha..touching ckit...(^_^)
Dalam perjalanan pulang ,pemikiran minda ini terawang-awang memikirkan tentang kejatuhan akhlak muda-mudi sekarang terutamanya isu tentang pembuangan anak yg semakin menjadi-jadi.Kesian,bayi2 kat M`sia nie........Jadi hari ini ana akan bercerita di bawah tajuk `Pandai Buat Tapi Tak Pandai Jaga'Saksikanlah....
`Phewwwit.....lawa giler awek nie'..waa..Itulah bicara ungkapan pertama yang bakal dikeluarkan oleh mulut2 remaja kita apabila melihat perempuan yang cantik.Maka bermula dari situ bermulalah misi pemburuan seorang lelaki untuk memenangi hati wanita tersebut.Mungkin seseorang itu akan menang dalam percaturan untuk memenangi hati wanita itu,namun persoalannya adakah mereka mampu untuk menjaga batas2 pergaulan yg disyariatkan Islam.Jawapannya semestinya`TIDAK'.
     

Friday, April 16, 2010

Mengenang Perjuangan As Syahid Syed Qutb



Kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir berlaku pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. . Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun . Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.
Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan ‘Gagasan Islam’ dengan jelas dan mantap ke dalam Ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan ‘kejam’ menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.

Agen Mossad Membunuh Pemimpin Hamas

BISMILLAH...

Mungkin anda akan rasa boring membaca artikal ini kerana terlalu panjang, namun BACALAH mungkin ianya bermanfaat untuk kita yang masih hidup yang mana
kita sebenarnya menuju kematian. Mati? ya mati... SYAHID itu adalah
cita - cita kami. selamat membaca :
mahmud mabhuh senyum
Mahmud Mabhuh, aktivis HAMAS yang dibunuh agen Mossad di Dubai ditunjukkan gambarnya dalam keadaan senyum. Cara pembunuhannya seperti filem
Hollywood atau Bollywood seperti cerita di bawah.
Yahudi dan agen Yahudi dikenali semenjak lama sebelum Nabi Muhammad SAW sebagai bangsa jahat. Mereka membunuh Nabi dan pengikut Nabi. Nabi Muhammad SAW
sendiri pernah hendak diassasinate oleh Yahudi dengan mencampakkan batu
besar dari atas rumah tempat Nabi SAW berteduh.Allah mengkhabarkannya
kepada Baginda melalui Jibril as.
Sheikh Ahmad Yaasin berderai kepalanya akibat peluru berpandu dari Apache. Serpihan darah dan daging memenuhi jalan dan dinding rumah. Tetapi wajahnya seakan
tersenyum ‘menerima akibat’ dari sebuah jihad. Isteri saya ngeri
apabila melihat wajah mayat-mayat yang mati secara ngeri, tetapi tidak
wajah Sheikh Ahmad Yaasin. Para syuhada Palestin ramai yang wajahnya
demikian. Barangkali inilah yang disebut oleh Nabi SAW, mafhumnya: ‘Sesiapa yang kasih bertemu Allah, Allah kasih bertemunya’.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...