Bercerita mengenai israk dan mikraj, saya ingin menyentuh satu bab sahaja, iaitu takkala Nabi s.aw dan malaikat jibrail a.s berhenti di masjid.., Nabi telah mengikat buraq di tiang berhampiran masjid sebagai mana binatang lain seperti unta, kuda dan sebagainya.
Di sini timbul soalan lebih kurang maksud yang di tanya oleh malaikat jibaril a.s, kenapa ikat tali buraq itu pada tiang? Bukankah buraq tidak akan lari? Dan tiada siapa yang mampu mencuri buraq kerana ia adalah makhluk syurga.
(Nota untuk mualaf: Buraq adalah…aargh sila rujuk ustaz lah yer )
Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda lebih kurang maksud, Aku takut ummat ku juga tidak mengikat binatang ternakan mereka dan mengaggap ini adalah sunnah, padahal jaga(pelihara) dahulu harta kamu, dengan ikhtiar seperti kunci, ikat dan sebagainya barulah bertawakkal pada Allah.
Di sini jelas menunjukkan bahawa setiap dari orang islam di tuntut untuk menjaga harta dengan ikhtiar, dan barulah bertawakkal kepada Allah.
Saya nak tanya tuan-tuan semua.. apakah harta yang paling berharga? Hari ini Allah dah bagi banyaaaaaaak nikmat kat kita semua, ada kereta, rumah, anak, kerja dan sebagainya,
W.A.L.A.U.B.A.G.A.I..M.A.N.A.P.U.N.!!!!
Nikmat-nimat ni Allah bagi belaka (semua). Macam handphone, dulu org kaya jer boleh pakai, tapi la ni budak tadika pun boleh pakai. Begitulah jugak nikmat dunia ni yg mana Allah bagi belaka walaupun org tu pijak Al-quran, hina NAbi, tak nak solat., minum arak dan mereka2 yg kafir serta murtad..
Kenapa Allah bagi nikmat sebegitu banyak kepada mereka?
Sebab dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah bangkai, sampah dan najis. Kalaulah dunia ini ada nilai setaraf dengan sebelah kepak nyamuk sajapun, maka pasti Allah tak akan bagi walaupun seteguk air kepada org kafir.
Tuan tuan yang saya muliakan…
Nikmat yg sebenar-benar nikmat adalah IMAN!!!..
Org kafir yg kaya raya, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang tapi apabila mereka mati tanpa iman maka mereka akan kekal dalam api neraka selama-lamanya..
Donald Trump atau Bill gates sekalipun, jika mati tanpa iman mereka akan kekal selama-lamanya dalam neraka…Tapi org islam walaupun ada iman sebesar zarah pasti masuk syurga akhirnya.
Di beritakan syurga yang paling kecil adalah 10 kali ganda lebih besar dari dunia ini..malahan menjadi pemerintah yg lebih hebat berkali ganda dari kerajaan Nabi Sulaiman, manakala rakyat pula terdiri daripada malaikat dan bidadari…nikmat mana lagi yg kita hendak dustakan?
Tuan tuan yang saya muliakan…
Akan tetapi oleh kerana iman adalah benda yg berharga maka dah tentu ada pencuri, kereta kita kunci, rumah kita kunci sebab benda itu berharga dan bimbang takut ada org curi. Dah kunci baru bertawakkal, macam Nabi ikat buraq. Oleh yang demikian, Iman, adalah yang paling paling berharga, maka lagilah pencuri suka untuk mencurinya.
Siapa pencuri iman?
Syaitan lah pencuri iman yg paling handal. Dia dah bersumpah untuk matikan anak adam tanpa iman!!! Kalau pencuri masuk kat rumah kita curi peti ais, televisyen dll, tapi saya rasanya pencuri tak akan curi lampu sebab lampu pana. Nasib baiklah engkau panas wahai lampu..hahaha
Pencuri tu tak ambil pun duit satu sen yg kita punya baki bayar bil api/air.., pencuri tu tak ambik gambar aweks kita yang tersangkut kat dinding, tapi syaitan bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita walaupun sebesar zarahpun dia ambik!!!
Oh..syaitan dah bersumpah untuk maksukkan anak cucu Adam a.s sedaya-upayanya ke dalam neraka!!!
Tuan tuan sekalian,
Syaitan sangat faham nilai iman, Syaitan faham bahawa org yg ada iman sebesar zarahpun akan masuk syurga akhirnya..
Iman adalah paling berharga sekali dalam dunia ini sebab jika kita beli kayu api, kita tahu bukan, berapa nilai kayu api ? Selonggok berapa ringgit ? Kita juga tahu nilai gula, sekilo berapa ringgit ? Dan kita juga tahu nilai emas, 1 gram berapa ringgit ?,
Tapi iman, dia punya measurement dia bukan takat kilo, gram, miligram, tapi zarah!!!!, Menunjukkan betapa berharganya iman sehingga satu zarahpun di kira…!!! SubhanAllah!!! Maha Suci Allah.
Dengan nilai satu zarah inilah, maka kita boleh dapat Syurga yg paling kecil, tapi luasnya adalah 10x ganda dunia. Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman a.sYg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..
Tuan tuan sekalian,
Maka kerana itulah Syaitan akan usaha seratus-peratus untuk curi semua iman kita walaupun sebesar zarah…
Bagaimana setan curi iman kita?
Huh! Dengan masukkan dunia yg busuk macam bangkai, sampah dan najis ke dalam hati kita melalui mata tengok dunia, mulut cakap hal2 dunia, telinga dengar kebesaran dunia dan otak hari2 duk fikir pasal dunia- dunia- dunia!!!! Allah cukup marah org yg cakap urusan dunia kat masjid!!! Tertolak amalan kebaikkan..ohhh tidakk…
Tuan tuan sekalian,
Iman ni macam darah, dalam badan, jika kita tiru aksi mat rempit, lalu kita tersalah ambik koner, lalu lutut tersangkut kat jalan dan bergeser seperti kelapa di parut, maka tergolek berok lah kita dan darah mula mencurah curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba bocor, seperti kicap pecah, seperti tembikai terhempas…
Maka begitulah di ibaratkan dengan iman, bila kita buat dosa tersalah jalan hidup, dan tersangkutlah ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah curah keluar dari mata yang lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak yang selalu khayal akan perkara maksiat, iman keluar seperti pili bomba bocor, atau dalam hadith bagitahu seperti anak panah yang di lepaskan…!!! Na’uduzubillah!!!!
Arakian, jika mat rempit tadi yang dah cedera parah di bawa masuk ke hospital, maka si mat rempit ini perlu di masukkan kembali darah ke dalam badannya, akan tetapi darah yang nak di masukkan tak boleh masuk sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik setitik, bergantung kepada jumlah darah yang hilang, maka dah tentu ambik masa, so, kena duduk lama lama sikit kat hospital. Dah tu pulak, si pesakit ni tak boleh ‘buas’, err maksud saya, kena duduk diam2, kalau tak nanti darah yang masuk itu tersumbat, so, si pesakit tadi kena duduk diam–diam sampai darah dah habis darah masuk, kalau nak sembuh laa,..
Arakian, begitulah jugak kita semua termasuk saya sendiri terutamanya, yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak kurang, maka kenalah kerap masuk masjid, lebih 5 kali sehari,
Duduk dalam suasana iman lama lama, telinga kena dengar banyak kebesaran Allah, mata kena lihat banyak kebesaran Allah, hati kena fikir banyak kebesaran Allah, dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan kebesaran Allah.
Dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah, sedikit-sedikit macam darah setitik setitik, so, kena duduk lama lama sikit dalam masjid, lepas salam, jangan terus lompat keluar masjid, sebab itu adalah ciri ciri orang munafik, tak boleh duduk lama sikit dalam masjid, macam burung dalam sangkar..ishh. Tapi kalau ada orang yang terus keluar, kita tetap kena bersangka baik, kalau tak kita pulak yang jadi munafik….ohhh tidakk…
Dah tu pulak, bila duduk dalam masjid tak boleh ‘buas’, err maksud saya kena duduk diam-diam, kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan yang paling penting: jaga hati!!!, kalau tak nanti iman terhalang dari masuk kedalam hati…
Hati ni macam tasik yang mana ada 4 sungai mengalir ke hati, iaitu sungai mata, telinga, mulut dan fikir,, sekiranya salah satu anak sungai ini kotor, maka kotorlah seluruh hati. Sebagai contoh, mata suka melihat maksiat, sedangkan 3 lagi-Ok, maka hati tetap akan kotor walaupun anak sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikir baik, kerana kesemuanya mengalir ke temapt yang sama…masuk dalam hati.
Maka keempat-empat sumber ini sangat perlu di jaga!!! Jika hati baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, kuku dan lutut dan lain lain…insyaAllah
Tuan tuan sekalian,
Syaitan berusaha merosakkan hati manusia. Syaitan tak menjelma ganggu kita punya solat, sebab Syaitan faham, dengan membisikkan pada hati perkara yakin pada selain Allah juga ada kuasa maka sudah berlaku syirik. Dosa syirik tidak terampun masa jadi mayat kelak, masa hidup boleh lagi minta ampun dengan Allah.
Saya takut bila yakin selain dari Allah ada dalam hati, maka jadilah syirik, ini soal hati yang paling besar, sebab tu ada syikrik kecil, iaitu yakin jugak dengan makluk lain. Na’uzubillah, ini org munafik biasa buat. Sebenarnya antara sebab musabab manusia masuk neraka ni bila manusia itu syirik dengan Allah.
Apa itu syirik?
Syirik adalah apabila kita yakin selain Allahpun ada kuasa, macam kita yakin :
- ubat boleh bagi sembuh
- kunci boleh jaga barang
- Makan boleh kenyang
- Tidur boleh hilangkan ngantuk
- Garu boleh hilangkan gatal
- insurance boleh menjamin masa depan
- tongkat ali boleh pagi ‘power’
- dan seribu sebelas ratus lagilah!
Macam org kafir yg sembah berhala, mereka yakin makhluk berhala tu boleh bagi manfaat pada mereka atau majusi sembah api. Pendek kata selain dari Allah adalah makhluk, dan makhluk langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat..bila kita yakin pada makluk2 nih. Maka syiriklah kita, dan Allah telah berjanji akan mencampakan org yg syirik walaupun syirik kecil ke dalam neraka, maka kerana itulah Allah campakkan orang dalam NERAKA kerana Allah dah janji.
Sesiapa yg buat jahat sebesar zarah pun! Allah akan kira dan Allah-lah tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI!(subhanaAllah)
Yang tak de iman..isk… MEREKA KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA. And it’s never ending story lor….ohh tidakkk….
Tuan tuan yang mulia,
Bila kita berusaha untuk memperelokkan hati, maka hati akan jadi baik, dan baiklah seluruh anggota badan yang lain! Dan insyaAllah, takkala malaikat maut ambil nyawa kita kelak, maka dari hati yang penuh dengan kebesaran Allah, dapatlah mengucapkan kalimah “La ila hail lallah!!!”(kalimah tauhid)
Dan sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah tauhid di akhir kalam : maka wajiblah syurga untuknya!!!
Oleh yang demikian, marilah kita berazam untuk taat segala perintah Allah, ikut cara RAsulullah s.a.w.
Untuk perkara ini, saya minta agar mengzahirkan niat kita semua, boleh insyaAllah?
Satu cerita benar yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu. Satu org jahat telah bunuh 99 org dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu org alim. Orang alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus.
Hinggalah berjumpa dengan org alim yg ke 101, dan org alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yg ramai org jahat tu ke kampong sebelah yg ramai org baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK.
Dalam perjalanan, dengan izin Allah dia ditimpa maut. Mati tanpa sempat bertaubat. Malaikat punya faham, si pembunuh 100 org ni adalah ahli Neraka, tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli Syurga. KENAPA? Kerana dia mati dalam keadaan mengzahirkan niatnya.
Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan, tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah menzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!!!
Lihat, kerana sudah menzahirkan niat, maka ianya di kira oleh ALLAH!!!
MAKA marilah kita buat niat sekarang, bukan saja niat nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU!
Pembunuh dalam cerita di atas masuk syurga kerana dia mati dalam keadaan menzahirkan niat baiknya! Dan Allah terima dan redha dengan niat baiknya. Maka, marilah kita mengzahirkan niat baik kita.
Kalau tuan tuan jadi mayat ini malam, tapi sebab dah zahirkan niat, maka Allah akan kira kebaikan untuk tuan tuan!!!
Maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang menzahirkan niat untuk jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas menzahirkan niatnya itu walaupun tidak berjaya menjadi baik lagi, lalu mati, insyaAllah dia di kira ahli syurga!!!
Untuk perkara ini, saya minta agar menzahirkan niat kita, boleh insyaAllah?
0 comments:
Post a Comment