ADS 468x60

.

Wednesday, September 23, 2009

Konspirasi yahudi

Sejak tahun 1798M telah ditulis ratusan buku-buku yang membongkar pakatan sulit (konspirasi Yahudi). Sebuah tulisan yang dihasilkan oleh Seorang Profesor falsafah tabii dan setiausaha Persatuan Di Raja Edinburgh (Royal Society of Edinburgh) iaitu John Robison A.M telah mendedahkan satu pergerakan sulit bernama Illuminati (Illuminati ialah nama bagi satu mazhab Yahudi. Dalam bahasa Arab di sebut “An-Nuraniyin atau Pemegang Cahaya”. Illuminati bermaksud sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia) yang ditubuhkan di Jerman pada 1hb May 1776M. Gerakan ini merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan “Satu Kerajaan Dunia”. (Lihat: Robison, John. “Proof of a Conspiracy”. Los Angeles. USA. Hlm. 57)






Organisasi ini ditubuhkan oleh seorang anggota Freemasonry Adam Weishaupt (Adam Weishaupt yang meninggalkan agama Kristian kemudian menganut fahaman Atheisme. Beliau adalah seorang professor theology di University Angold Stadt, Jerman dan meninggal dunia pada 1830M) pada 1hb May 1776 yang diabadikan di bawah logo Illuminati di setiap wang satu dollar Amerika Syarikat dengan tulisan Latin MD CCLXXVI yang maksudnya 1776. (Lihat: Carr. W.G Pawns In The Game) Dan mata wang Amerika mula diguna pada tarikh ini (1hb May 1776) iaitu bersempena tarikh ditubuhkan Illuminati.



Tarikh MD CCLXXVI atau 1776 telah dijadikan (diisytiharkan) sebagai hari buruh diseluruh dunia yang tidak ada kaitannya dengan tarikh deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat yang termaktub pada 4hb July 1776.



Bentuk piramid yang menjadi logo Iluminati tertulis di atasnya perkataan sulit iaitu ANNUIT COEPTIS bermaksud “Perjuangan Kita Yang Berjaya”. Di bawahnya pula tertulis “Novus Ordo Seclorum” bermaksud Orde Baru Sosial”.



Logo pertubuhan Illuminati terdapat di mohor Amerika Syarikat. Pada mohor Amerika Syarikat juga terdapat berbagai-bagai tanda-tanda sihir (occult). Contohnya: Nombor mistik 13 terdapat pada 13 bintang-bintang Nabi Daud, 13 daun-daun, 13 anak panah berserta perkataan Annuit Coeptis dan E Pluribus Unum dan 13 abjad. Batu-batu piramid disusun dalam 13 barisan. Piramid menunjukkan sebagai tanda merujuk kepada “Great Pyramid” di Gizeh, Mesir iaitu sumber segala ilmu sihir di zaman purba atau Segitiga Bermuda tempat tinggalnya Dajjal dan pusat pemerintahan Iblis (Illuminati). Simbol mata di atas piramid bermaksud mata tuhan Yahudi “Lucifer” iaitu Iblis atau Dajjal yang melihat dan mengawal segala-galanya.



Angka 13 digunakan kerana anggota (ahli) Majlis Tertinggi bagi pertubuhan Illuminati berjumlah 13. Dan antara tugas utama mereka ialah memusnahkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa ‘alaihissalam dan 12 sahabatnya. No. 13 juga menunjukkan 13 suku (kabilah) Israil yang menyebabkan angka 13 menjadi angka rasmi dan penting. Dan wang Amerika pula telah dicipta oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan Illuminati bernama Pat Robertson. (Lihat: Halak Wa Dinar Amerika Muntazar. Hlm. 37–38)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...