ADS 468x60

.

Monday, September 21, 2009

KEBANGKITAN UMAT ISLAM

Islam bangkit di Sepanyol


'); //--> ]
sumber: Berita Online 14/1/2007
MADRID: Barisan ketua paderi Sepanyol kini dilaporkan bimbang dengan kemunculan semula pengaruh Islam, termasuk pelan pembangunan semula bandar Cordoba yang pernah menempatkan pusat empayar kerajaan Islam di Andalusia.
Malah, beratus-ratus masjid mulai dibina di sekitar Sepanyol sejak beberapa tahun lalu biarpun pihak gereja dan penduduk Kristian terus menyuarakan bantahan atas alasan ia menjadi tempat penyebaran semangat pelampau.
Akhbar The Independent memetik Persatuan Muslim Cordoba sebagai melaporkan, antara projek pembangunan semula kota terbabit termasuk pembinaan semula Masjid Besar atau Masjid Jamek Cordoba yang dibina pada kurun ke-8.
Dana bagi pembiayaan projek itu sedang giat diusahakan dengan bantuan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait selain pertubuhan Muslim di Maghribi dan Mesir.
Beberapa masjid besar lain juga dirancang pembinaannya di kawasan Medina Azahara dekat Cordoba, Seville dan Granada.
Berikutan itu, ketua paderi Kristian di bandar terbabit menyuarakan kebimbangan di atas pembinaan masjid itu atas alasan pengaruh gereja bakal terhakis berikutan kehadiran masjid dan pengaruh Islam dari luar.
Hakikatnya, ada sejuta penduduk Muslim diramalkan mendiami Sepanyol.
Ramai di antara mereka terpanggil untuk menetap di negara itu kerana nostalgia kehilangan kota Andalusia – kerajaan yang pernah menerajui pemerintahan Sepanyol lebih lima abad lamanya.
Bulan lalu, penduduk Islam Sepanyol mengemukakan semula tuntutan bagi mendapatkan hak untuk bersolat dalam Masjid Jamek Cordoba (Mezquita de Cordova). Masjid itu terletak dalam gereja yang dibina selepas kerajaan Muslim diusir dari Sepanyol pada 1492.
Mereka sebelum ini dilarang bersolat dalam bangunan berkenaan.
Presiden Majlis Islam Sepanyol, Mansur Escudero mencabar Paderi Besar Sepanyol, Ricardo Blazquez bagi menjelaskan alasan larangan Muslim bersolat dalam masjid berkenaan.
Mansur turut membangkitkan tindakan pemimpin Vatican, Pope Benedict yang dibenarkan bersembahyang dalam Masjid Biru Istanbul ketika melawat Turki, bulan lalu.
“Ia jelas membuktikan masjid itu boleh dibuka kepada penganut Kristian. Kenapa pula umat Islam dilarang bersolat dalam Masjid Cordoba?”
Blazquez memberi alasan, perbuatan bersolat secara berjemaah di masjid berkenaan sememangnya dilarang, tetapi solat secara individu dibenarkan.
Ia disambut kenyataan Mansur yang penduduk Islam kini akan kembali bersolat di Cordoba ‘secara sendirian dan atas kapasiti sebagai individu.’
Namun, Paderi Besar itu sebaliknya mengubah kenyataan asalnya dengan berkata: “Umat Islam tidak boleh bersolat bersendirian atau berjemaah dalam gereja Cordoba.”
Pengaruh Islam mula tersebar di Sepanyol pada 711, apabila 7,000 tentera Muslim di bawah pimpinan Thariq bin Ziad dan Musa bin Nushair mendarat di selatan negara itu bagi membantu Raja Toledo, Julian, yang ketika itu menghadapi ancaman Raja Roderick yang kejam.
Pada 755 Abdurrahman I atau Abdurrahman ad-Dakhil (daripada kerajaan Umaiyah) dilantik sebagai pemimpin di selatan Sepanyol, yang menyaksikan Islam semakin bersinar.
Sebagai mercu tandanya, pada 788 dibangunkan Masjid Jamek Cordoba yang dikatakan dibina di kawasan bekas sebuah gereja.
Ia dikatakan mempunyai pelbagai gaya senibina ‘janggal’, malah pembesarannya melalui beberapa fasa bawah pemerintahan Islam, yang kemudian digabungkan dengan gaya Gothic (binaan abad ke 12-15 Masehi di Eropah). – Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...