Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh
KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.
"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.


Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. 


