ADS 468x60

.

Wednesday, February 2, 2011

Suara Kebangkitan rakyat Mesir

Salam,

Alhamdulillah akhirnya internet di asrama sudah pulih seperti sediakala..Hampir 5 hari perhubungan kami dengan dunia luar terputus.Sejak 28 Januari  2011 satu persatu hubungan komunikasi diputuskan akibat penangan daripada kebangkitan umat Islam di sini bagi menjatuhkan Presiden Husni Mubarak dan sekutu-sekutunya seusai daripada solat jumaat.Mula-mula twitter diblok,diikuti dengan facebook,seterusnya internet pula terus dipotong.Selepas itu talian telefon pula menjadi mangsa untuk dipotong menyebabkan kesukaran kepada kami untuk menyampaikan informasi kepada keluarga dan rakan-rakan tentang keadaan di setiap muhafazah masing-masing.
   Pengalaman yang amat membimbangkan apabila kami melalui jalan-jalan di Iskandariah melihat trak-trak polis dibakar,pejabat polis dibakar,kereta kebal dikuasai rakyat,dan senjata polis dikuasai rakyat sebaik saja kami kembali daripada "shopping" di Bur Saied.Alhamdulillah pada malam itu kami selamat pulang ke asrama MARA ..

Kami sempat bergambar dengan kereta kebal tentera mesir yang mengawal kawasan
kerana bank berdekatan asrama MARA dirompak oleh banduan yang terlepas
  Setiap hari kami akan diperintahkan untuk berkurung di dalam rumah daripada jam 4 petang sampai 8 pagi.Kawasan di sekitar asrama MARA dikawal rapi oleh penduduk sekitar daripada dirompak oleh banduan yang terlepas.Ada juga sahabat ana yang ditangkap oleh pihak tentera gara-gara keluar pada waktu perintah berkurung.
    Hati ini sudah kembali gembira apabila mendengar berita bahawa ikhwah dan akhawat yang berada di sini akan dibawa pulang ke Malaysia.Kami semua akan dibawa ke Jeddah terlebih dahulu dengan menaiki pesawat TUDM kemudian menaiki kapal untuk pulang ke tanah air yang tercinta.Satu pengalaman yang pasti berguna buat diri bagi menjadi seorang hamba dan khalifah di muka bumi ini.Sedikit hiba apabila ana mendengar sahabat arab kami di sini menangis apabila mengetahui bahawa kami akan dibawa pulang ke Malaysia...



Pemandangan Sekitar Iskandariah

Trak Polis yang membawa banduan dibakar
Kereta Polis juga dibakar oleh rakyat Mesir

Lagi Trak polis dibakar
Tentera mula mengambil alih kuasa selepas polis tewas 

Pemandangan sekitar Gami'e Ibrahim
Kereta Polis dibalikkan kemudian dibakar

Bangunan Ibu Pejabat Polis Dibakar dan menurut sumber berita Ketua Polis
Iskandariah mati dibunuh
Pondok Polis turut dibakar

Memang daripada dahulu rakyat Mesir sudah bersabar.Kini sudah tiba saatnya  mereka bersuara menyatakan hak dan menjatuhkan kebatilan..Sudah terlalu lama mereka bersabar daripada dicengkam oleh kerajaan boneka Israel di bumi sendiri..Bertahun-tahun lamanya mereka bersabar.Bermula dengan era  Gamal Abdul Naseer yang terkenal dengan pemimpin yang telah banyak membunuh dan menangkap anggota Ikhwanul Muslimin dan digantikan pula dengan Anwar Sadat yang akhirnya mati ditembak oleh rakyatnya sendiri.Kemudiannya digantikan pula dengan Husni Mubarak,seorang diktator kuku besi memerintah Mesir dengan sifat ketidak-adilan selama 30 tahun..Adakah Husni Mubarak akan menerima satu nasib yang sama???..Mati ditembak oleh rakyatnya sendiri ataupun dihalau keluar daripada negerinya sendiri dalam keadaan yang hina dan dibenci oleh ribuan rakyatnya....Pengakhiran yang pasti adalah pengakhiran yang buruk bagi Husni Mubarak akibat daripada sikapnya sendiri.Sudah tiba saatnya Husni Mubarak dihukum..
Husni Mubarak sekutu kuat Israel
This is the most important individual for us today in the Middle East arena, and I think the only leader that I know who identifies himself, in a clear way, with the importance of the peace agreements with Israel,” Benjamin Ben-Eliezer, Ahli Parlimen Rejim Zionis ..


Sudah jelas bahawa Husni Mubarak merupakan sekutu kuat Israel dan Amerika Syarikat....

Dalam satu petikan Berita Al-Jazeera Husni Mubarak sempat berucap"I will die in the soil of egypt"...Hebat kan???
Dalam hati ana berbisik"Kalau nak mati kat Mesir nie cepatlah keluar berjumpa dengan rakyat..jangan asyik berlindung di bawah "ketiak" Amerika dan Israel."

Satu lagi ucapan yang ana tertarik..Saat rakyatnya menunggu untuk ucapannya dalam sidang media pada kemuncak demonstrasi..Menunggu jawapan sama ada "beliau" akan memerintah atau meletak jawatan..
"I will not resign but I will reshuffle my government"

Wah!!..Terkejut ana mendengar berita ini..Hampir seluruh rakyat Mesir menggesanya untuk meletakkan jawatan boleh pula dia memikirkan untuk "reshuffle" kerajaan.Kalau "reshuffle" kerajaan pun Husni Mubarak akan terus menjadikan kerajaannnya sebagai boneka yahudi laknatullah. Tidak puas lagi ke "beliau" memporak perandakan rakyat Mesir selama 30 tahun pemerintahannya.Sudah tiba giliran untuk Ikhwanul Muslimin pula memerintah bumi Mesir ini dengan corak pemerintahan Islam.Insyaallah...

Hakikatnya Mesir bukanlah satu negara yang miskin tetapi Mesir adalah suatu negara yang amat kaya..Negara ini kaya dari segi sejarah Nabi Musa dan firaun,hasil pertanian daripada tanahnya yang subur,kekayaan ilmu Islam dan perubatan dan memiliki Terusan Suez yang menjadi kunci laluan laut yang terdekat ke Asia ..
Terusan Suez menjadi laluan utama kapal-kapal dagangan untuk ke Asia
Masakan tidak logik jika kita lihat hampir 60 peratus rakyat Mesir yang masih dibelenggu dengan kemiskinan walhal sumber kewangan negara mereka terlalu banyak...
Pelbagai soalan yang berlegar di fikiran rakyat buat masa ini...
Kemana menghilangnya hasil kutipan yuran beribu kapal yang melalui Terusan Suez???
Kemana menghilangnya hasil daripada sektor perlancongannya???
Kemana menghilangnya hasil daripada kutipan duit yuran pelajar asing yang belajar di negara ini????
Kemana hilangnya hasil pertanian yang cukup terkenal dengan kesuburan buahnya????
Banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Husni Mubarak tentang kemana menghilangnya wang tersebut yang sepatutnya digunakan untuk menaik tarafkan kehidupan rakyat dan negara ini.

Realiti Kehidupan Rakyat Mesir


Realiti kehidupan rakyat Mesir di sini tidaklah terlalu indah seperti kita di Malaysia.Kita harus bersyukur kerana diberikan satu nikmat kehidupan yang lebih baik berbanding mereka.Walaupun mereka hidup susah dan tertekan tetapi raut wajah mereka sentiasa tersenyum gembira.Segala kedukaan disimpan jauh di lubuk hati untuk mereka terus bersemangat bagi meneruskan kehidupan mereka seharian.
Realitinya...

  1. Pagi mereka bekerja sebagai akauntan sebelah malamnya pula mereka bekerja sebagai pemandu teksi sampai pukul 2 pagi..
  2. Seorang lelaki arab yang berumur 43 tahun masih menuntut di dalam bidang perubatan walaupun dia sudah mempunyai ijazah dan bekerja..
  3. Sesetengah peniaga mempunyai ijazah tersendiri namun terpaksa berniaga untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan keluarga disebabkan gaji yang ditawarkan kerajaan terlalu sedikit.

Ini bukan auta tetapi fakta yang sebenarnya..
    Semua ini dilakukan semata-mata untuk mencari wang bagi menyara kehidupan keluarga akibat inflasi yang melanda Mesir.Mereka tidak mampu membeli barang keperluan kerana gaji mereka terlalu sedikit.Bayangkan gaji doktor di sini hanyalah lebih kurang 500 genih sebulan..Gaji guru di sini pula hanyalah 200 genih sebulan..
Terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan gaji pekerja di negara kita..
Ana sendiri sudah mempunyai pengalaman melawat rumah sahabat arab ana Mokhtar.Terlalu sebak hendak diceritakan tentang keadaan kehidupannya.Walaupun rumahnya kelihatan uzur namun biliknya disusun kemas dan rapi.Dia terlalu gembira melihat kami datang melawatnya di rumah.Kami dilayan begitu hebat sampaikan ana dipaksa untuk menjamah separuh ekor ayam.Semasa makan pula dia turut menyuapkan makanan ke dalam mulut kami dan begitu sibuk bercerita mengenai keluarganya..Begitu indah persahabatan kami dan Mokhtar walaupun kami mengalami sedikit kesukaran untuk berinteraksi dengannya.Namun jauh di lubuk hati kami faham bahawa Mokhtar amat menyayangi kami sebagai seorang kawan..Walaupun Mokhtar berumur 27 tahun tetapi masih belum berkahwin kerana dia masih mempunyai tanggungjawab lain yang lebih penting.Kami hanya mampu berdoa semoga Mokhtar akan hidup senang suatu hari nanti bersama keluarganya tercinta..

Kekejaman Husni Mubarak akan terbayar jua suatu hari nanti


Adakah ini hasilnya daripada 30 tahun pemerintahan HUSNI MUBARAK...Rakyat masih menderita dan tidak dapat mengecapi nikmat kesenangan walaupun sumber ekonomi Mesir terlalu banyak.Tatkala pemimpin boneka dan sekutunya hidup senang-lenang,rakyatnya semakin ramai yang tertindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.Anggota-anggota ikhwanul muslimin pula ditangkap dan disumbat ke dalam penjara bawah tanah atas suatu sebab yang tidak munasabah iaitu  cubaan untuk membangunkan pemerintahan Islam di bumi sendiri... Segala tindak-tanduk yang akan menjatuhkan kerajaan akan terus dihapuskan serta merta sehinggakan sesiapa yang disyaki ada kena mengena dengan gerakan ikhwanul muslimin akan dimasukkan ke dalam penjara .Beberapa rakyat Malaysia juga turut menjadi mangsa kezaliman pemerintah..Mereka ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia akibat mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin.Ini semua angkara Kerajaan Mesir yang takut akan bayang- bayangnya sendiri..Terlalu takut akan revolusi Islam..Ingatlah sebaik mana mereka merancang untuk menjatuhkan Islam,sehebat mana mereka menggunakan kekuasaan mereka untuk memecah-belahkan umat islam sudah pasti akan tetap mendapat satu jawapan yang sama...Panji-panji Islam akan tertegak di atas muka bumi ini..Itulah janji Allah yang pasti akan tertegak suatu hari nanti..Insyallah akan menyusul seterusnya tentang pengalaman ana ketika demonstrasi jalanan berlaku di Iskandariah...
Moga Ikhwanul Muslimin akan terus bangkit mengibarkan panji-panji Islam
Kami sentiasa bersama di dalam perjuanganmu..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...