DirTanggal 13 Februari 2011 merupakan detik kejayaan yang besar buat umat islam di seluruh dunia dan Mesir khususnya.Rejim Husni Mubarak akhirnya jatuh tersungkur tersembam ke bumi setelah hampir 30 tahun memerintah bumi Mesir secara diktator.Liputan media di seluruh dunia menyiarkan tentang kejayaan mereka.Perjuangan mereka untuk menjatuhkan kebatilan tidak sia-sia.Selama 18 hari mereka berkampung di dataran Tahrir yang kini dinamakan oleh mereka sebagai Dataran Syuhada.Disitu juga mereka telah mencipta sejarah dunia apabila melakukan solat Jumaat berjemaah secara besar-besaran seramai 2 juta orang. Perhimpunan mereka pula diusai dengan solat subuh secara berjemaah dan doa kesyukuran hasil kejayaan menjatuhkan Husni Mubarak.Tahniah buat umat Islam di Mesir.
|
Sembahyang Jumaat di Tahrir Square mengumpulkan kira-kira 2juta penduduknya |
|
Mereka tetap menunaikan sembahyang walaupun ketika demonstrasi |
|
Warga Mesir meraikan kejayaan mereka menjatuhkan Husni Mubarak |
|
Tangisan seorang wanita ketika demonstrasi |
Rakyat Mesir bukannya robot untuk dijadikan boneka yahudi oleh Husni Mubarak.Selama 30 tahun rakyat Mesir menahan suaranya.Diam bukan sekadar diam.Tetapi diamnya untuk membina fikrah dan membina tenaga kerja bagi melahirkan syabab-syabab islam yang berkualiti bagi membasmi kejahilan dalam kalangan rakyatnya.Tatkala kerajaan terlalu paranoid dengan gerak kerja Ikhwanul Muslimin, mereka terlupa satu perkara.Rakyat mesir bukannya buta dan tuli dengan segala helah yang dilakukan oleh Rejim Husni Mubarak.Umat Islam di Mesir telah lama terbuka mata hatinya untuk melihat siapa berada di paksi kebatilan dan kebaikan.Biarpun mata mereka dibutakan dengan media yang dikuasai kerajaan,telinga mereka pula dilagukan dengan pujian yang melambung tinggi kepada Husni Mubarak tapi semuanya gagal untuk membutakan hati mereka.Hati Umat Islam di Mesir telah dicelikkan dengan Islam.Kini sudah tiba masanya Husni Mubarak menerima padah akibat perbuatannya sendiri.Padah menjadi anjing yahudi.
|
Husni Mubarak digambarkan oleh rakyatnya seperti Adolf Hitler |
|
Sayonara Husni Mubarak!!! |
|
Warga Mesir menunjukkan kasut mereka apabila Husni Mubarak enggan meletakkan jawatan |
Kejayaan di Mesir bukan sahaja disambut oleh rakyatnya semata tetapi turut diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia ini.Kejayaan menjatuhkan Husni Mubarak adalah kejayaan bersama seluruh umat Islam.Seluruh umat Islam mula ambil cakna melalui beberapa siri suara kebangkitan umat Islam di Timur Tengah.Umat islam mula celik.Obor-obor Islam yang dahulunya suram kini mula disentuhi oleh cahaya kebangkitan.Semangat juang umat Islam di Mesir kini telah merebak pula ke Negara arab yang lain bagi menjatuhkan pemerintah mereka,sekutu kuat Israel…
|
Protes Di Yaman |
|
Protes di Algeria |
Semangat as-syahid Imam Hassan Al-Banna
Detik bersejarah umat Islam di Mesir menjatuhkan Husni Mubarak sewaktu dengan tarikh ulangtahun ke-62 kesyahidan pemimpin Ikhwanul Muslimin, As-syahid Hassan Al-Banna.Ternyata usahanya untuk menegakkan Islam di Mesir tidak sia-sia.Kini jiwa rakyat di Mesir telah disemai dengan benih-benih semangat juang islam yang tinggi.Seolah-olah jiwa Imam Hassan Al-Banna telah hidup di dalam setiap masyarakat Islam di Mesir.Walaupun Rejim Jamal Abdul Naseer telah berjaya membunuh Imam Hassan Al-Banna,namun semangat perjuangannya tidak mampu dipadam olehnya.Kini Mesir telah melahirkan beribu umat Islam yang memiliki semangat juang seperti Imam Hassan Al-banna sehingga akhirnya Husni Mubarak pun akur dengan kehendak rakyatnya.
|
Tanggal 12 Februari 2011 merupakan ulangtahun ke-62 kesyahidan Imam Hassan Al-Banna |
Kejayaan mereka turut memberitahu dunia bahawa Islam akan bangkit semula bagi membasmi kejahilan yang telah ditaburkan oleh pihak kuffar di muka bumi ini.Rata-rata umat Islam di seluruh dunia mula ambil cakna dengan ajaran Islam yang sebenarnya.Revolusi Islam pasti akan merebak ke seluruh dunia.Tamadun manusia telah hancur akibat daripada kehidupan hedonisme yang diajar dan disemai oleh negara barat.Masyarakat kini mula sedar bahawa kehidupan barat telah banyak memporak perandakan negara mereka.Kini sudah tiba masanya umat Islam mengambil tempat untuk mengubah kembali corak kehidupan barat yang sudah parah dan berulat di dalam hati umat manusia.Sudah tiba untuk manusia kembali bertamadun. Namun persoalannya kini berapa ramai umat Islam yang telah ambil cakna dan bersedia untuk membasmi paksi kejahilan ini????????
JOM AMBIL CAKNA!!!!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment