Bismillah...
Alhamdulillah Allah telah memberikan ana peluang untuk mencoretkan sedikit kata-kata di dalam blog ini.Hari ini ana tertarik untuk berkongsi satu kisah pengorbanan ibu terhadap anaknya yang masih kecil.Komik ini ada 3 page keseluruhannya..Diharapkan para pembaca dapat menghayati dan menyelusuri cerita ini sebaik mungkin.Hargailah emak kita sementara kita masih mampu bernafas di muka bumi ini....Insyaallah..
[17 : 23]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[17 : 24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."