Pertemuan usrah kami kali ini di dalam sebuah bilik di Masjid Negeri Shah Alam |
Alhamdulillah Allah telah meluangkan masa hambanya ini untuk menukilkan sebuah ilmu yang baru diperolehi daripada kembaranya di Shah Alam baru-baru ini.Memang cantik aturan Allah.Memang benarlah atas dasar ukhuwah dan tarbiyah mampu untuk mempertemukan dan menjalinkan persahabatan hambanya walaupun liqa`nya jauh beribu batu.Persahabatan inilah yang dibina atas landasan aqidah dan fikrah yang sama walaupun sebelum ini kami tak pernah kenal antara satu sama lain.Ana masih ingat lagi kisah yang diceritakan oleh naqib ana semasa ditarbiyah di sekolah izzuddin shah dahulu iaitu berkenaan kisah persahabatan yang terbina atas dasar tarbiyah.
Ceritanya berkenaan Imam Hassan AI-Banna yang pernah mengatur sebuah pertemuan dengan ahli ikhwanul muslimin secara mengejut.Pada pagi itu beliau membuat pengumuman untuk bertemu dengan para pengikutnya dari pelosok tanah Arab .Jadi dipendekkan cerita seluruh ahli pengikutnya hadir sebagai tanda wala` mereka kepada pemimpin.Namun tidak diduga di dalam pertemuan itu Imam Hassan Al- Banna hanya mengucapkan salam kepada pengikutnya .Tanpa merungut sepatah kata,mereka pun pulang membawa diri ke tempat masing-masing.Lihatlah begitu hebat aura persahabatan yang dibina atas dasar Fikrah Islamiah.Mereka sanggup turun beribu batu jauh,semata-mata untuk mendengar ucapan daripada ketuanya walaupun hanya ucapan salam sahaja.Jadi seharusnya kita serapkan semangat ini ke dalam sanubari,agar kita mampu menongkah arus,berkorban masa dan tenaga untuk menerima tarbiyah walaupun liqa`nya jauh beribu batu.Namun sekiranya hati-hati kita telah diikat atas dasar ukhuwah islamiah insyallah tempat yang jauh itu mampu didekatkan dengan hati-hati kita yang ikhlas.Insyallah hari ini ana akan memberikan satu analogi yang baru dipelajari daripada Abang Adam Tan sahabat kepada Abang Fathi yang bertugas sebagai pensyarah di UITM.